• RSS

15 March 2013

PakSoM

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

Saya sebenarnya, sedang membaiki soalan kaji selidik untuk instrumen kajian PSM saya. Dan saya 'lari' ke sini kerana satu cawan kopi putih cap kapal api yang saya minum tadi tidak mampu menghalang saya daripada mengantuk. Maka dengan menulis entri baru di sini, saya berharap mengantuk saya hilang dan digantikan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berPSM. Harap-haraplah..

Kalau tidak silap, ini entri pertama saya menulis tentang PakSoM dengan serius.

Sebenarnya, semenjak tahun dua lagi, saya sudah takut dengan PSM. Kenapa? Sebab saya digerunkan tanpa sedar oleh kelakuan para senior yang bermati-matian ketika mereka berPSM. Ada yang sampai tidak keluar bilik bertahun-tahun (tipu!). Ada yang makan tidak selera. (Tipu juga!) ada yang tensyen sehingga tercetusnya hobi baru dan buat model danbo (Ini benar!) lebih parah lagi bagi mereka yang terlibat dengan eksperimen di makmal. Sangat mengharukan. Bakteria tak membiak, data 'error' dan macam-macamlah ragamnya. Itu tidak termasuk yang asyik bertukar-tukar tajuk sahaja dengan supervisor. Iyalah. kita biasanya fikirkan tajuk yang senang dibuat. Tapi supervisor biasanya inginkan tajuk yang baru dan belum pernah dikaji. Maka, dalam tempoh ke arah tahun akhir itu persoalan yang sering bermain-main di minda ialah, BENARKAH PSM ITU BEGITU SUSAH? Sebenarnya, ia bergantung. Bergantung kepada kursus yang kita ambil, bidang kajian, dan jenis kajian. Tapi, tahap tekanannya sama sahaja. 

Ini kisah semester lepas

Ada senior kata, sementara awak LM tu, bolehlah mula cari-cari tajuk yang sesuai. Maka saya yang lurus ini pun, carilah juga idea untuk tajuk PSM saya. cari punya cari,   memang tak jumpa. Iyalah tajuk ni, bukan boleh difikir dengan akal semudah-mudahnya. Perlu juga dengan hasil pembacaan atau kajian sikit-sikit. Dan ketika LM, manalah saya ada masa untuk semua itu. Dipendekkan cerita, ketika sehari sebelum bermula semester baru tahun empat, kakak ipar saya, yang juga seorang guru mencadangkan supaya saya mengkaji mengenai keberkesanan LINUS. Segera saya membuat pembacaan sedikit mengenainya dan bentangkan kepada supervisor dalam ta'aruf kali pertama   Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, supervisor menerima tajuk saya. Hati gembira bukan kepalang. :)

Ketika ta'aruf pertama bersama supervisor dan rakan-rakan sepenyeliaan, Dr Hee telah menetapkan hari perjumpaan untuk bentang progress ialah setiap hari rabu jam 2petang. Ya. Setiap minggu Dr mahukan progress! Gila tak gila, mahu tak mahu, kena juga buat. Tapi sebenarnya, tidak juga setiap minggu. Sebab, kadang-kadang, perjumpaan terpaksa dibatalkan, banyak juga taklimat yang wajib kami mahasiswa tahun empat hadir. Dan ada juga yang disebabkan oleh kesibukan Dr sendiri. Maka, bolehlah kami mengurut dada dan bertenang.

Kalau ada orang tanya, "Eyh, PSM kau buat pasal apa?", 

Saya malas nak jawab. Sebab nanti kena terangkan. Tapi biasanya saya jawab jugalah,"LINUS".
 
Dan ramai juga dengan muka bijak, mereka akan jawab ,"Oh, projek LYNAS yang dekat Pahang tu eyh?," 

Dush! Bukanlah.. 

" Tu LYNAS projek radioaktif. Takda kaitan langsung dengan bidang pendidikan. Ni, LINUS (Literacy and Numeracy Screening) Satu program tansformasi pendidikan yang KPM baru jalankan untuk gantikan program kelas pemulihan di sekolah rendah. Program ni matlamatnya sama ja dengan pemulihan. untuk membasmi pelajar buta huruf. Saya punya PSM, nak tahu la keberkesanan LINUS ni setelah dijalankan hampir tiga tahun di sekolah rendah" Biasanya ini adalah ayat yang paling ringkas yang saya terangkan bagi mereka yang bertanya.

Semester satu, tahun empat ni, memang sangat mencabar. Semester yang paling banyak program dan jam kredit. Bina Insan Guru, Seminar buku teks, Kursus sukan, lawatan ke Putrajaya, lawatan ke SAJ, analisis air di sungai Johor, lawatan ke Jabatan Kimia, interview pengusaha pusat tusyen, TECS, ISO, OSHA, TA, program PMI, dan ada lagi rasanya yang saya tak tulis di sini. Jam kredit pula ada 20. Sepatutnya 17 ja. tapi disebabkan saya kena UM subjek kimia analisis yang saya gagal masa tahun tiga, maka, jadilah 20. Siapa suruh gagal? Tapi, saya redha kena repeat. Sebab, dapat jumpa dengan pensyarah yang terbaik, iaitu Dr Razali yang terkenal di jabatan analisis di fakulti sains dan dapat baiki pointer juga. Alhamdulillah..  Pun begitu, semester ini juga semester yang paling banyak kali saya buat usrah dengan adik-adik. Alhamdulillah lagi. banyaklah bagi saya. mungkin sikit bagi JU. Huhu. 

"Kalau dapat susah nak lepas,
Kalau lepas, susah nak tangkap."
 Apakah itu? PSM lah. apa lagi. kalau dah mula buat, susah nak berhenti. Tapi kalau dah berhenti, nak mula balik, memang berat. 
 


Diam tak diam, berakhir juga semester satu dengan jayanya. Bab 1-3 pun berjaya dihantar sehari sebelum TA. Masa ni, saya tarik nafas dalaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm dan lepaskan dengan lega. Saya tahu, taklah sempurna mana. tapi, saya dah buat sehabis baik. Janji hati puas!

Ini kisah semester ini

Semester ini sangat awesome. Sebab, kelas cuma hari selasa dan khamis je setiap minggu. Hari lain, cuti! Cutilah sangat.. Dengan assignmentnya yang dah melambak, quiz, test yang tak boleh tembak, dan beberapa komitmen yang tak perlu kot nak sebut kat sini. 

Berbalik kepada perkembangan PSM, semester ni dah mula PSM II. Jumpa supervisor, bentang soalan kaji selidik. Saya memang takda keyakinan langsung nak tunjuk pada Dr sebab, tengok soalan kawan-kawan yang lain, semua hebat dan mantop. Dan bila saya bentang ja, Dr pun komen. Setiap soalan Dr komen dan betulkan. baik betul Dr saya ni. Betul-betul dia nak tolong student dia. Dan Dr kata soalan-soalan yang saya buat ni, tak cukup untuk mengkaji keberkesanan LINUS ni. kena perbaiki lagi. =-=! Baik Dr.

Ada sahabat cakap, PSM untuk budak fakulti pendidikan ni, senang je. "Alah..setakat buat questionnaire je..
"Amboih! Senang hang cakap nooo.. Hang try buat tengok!" Saya menjerit kepadanya dalam hati. 

Nampak macam senang dan mudah. Tapi hakikatnya, nak menghasilkan soalan kaji selidik ni bukanlah boleh dibuat dengan kacang. Kena teliti betul-betul. Menjawab tak objektif kita. Dan bahasa yang digunakan, kena mudah difahami. Sementara saya baiki soalan-soalan ni, saya teruskan juga dengan prosedur untuk buat edaran soalan di sekolah. 

Bukan senang ya nak pergi sekolah ni. Sebelum ni, nak ke sekolah untuk buat tugasan, senang ja. Cuma dapatkan surat dari fakulti dan JPN. Tapi, bila kita nak pergi atas sebab kajian untuk tesis, maka kena lalui banyak proses. 

Isi borang biru di fakulti ---> tunggu 3 hari ---> Dapatkan surat akuan buat PSM daripada fakulti ---> scan ---> isi borang permohonan untuk buat kajian di sekolah di website KMP (e-RAS). hantar bab 1-3 dan instrumen kepada KPM juga surat dari fakulti yang dah di'scan' tadi ---> Tunggu 5 hari berkerja ---> telefon KPM --->telefon lagi --->telefon lagi dan lagi ---> telefon lagi dan lagi dan lagi--->  lagi lagi lagi telefon.

Cara dia memang macam tu. kena bagi tekanan yang padu kepada pegawai yang uruskan benda ni di KPM sebab, dia akan berzikir "esok awak telefon lagi ye dik." setiap kali kita telefon. Entah bila dia nak respond pun saya tak tahu. Haduih! Padahal nak dapatkan kebenaran pergi sekolah je pun... 

Sekarang, ada sesiapa berani kata budak pendidikan punya PSM senang? Suka hatilah nak cakap apa pun...

Baiklah. Saya pun dah hilang mengantuk. Ini sahaja yang saya mampu untuk tulis mengenai PSM setakat ini.  


Disaat kekeringan idea untuk PSM, inilah hasilnya. Ntah apa-apa.
Wallahu'alam

Nota:
1. Semua kerja akan mudah bila kita fikir ianya mudah. 
2. PakSom ialah nama manja bagi PSM
3. Doakan saya dapat menyiapkan PSM dengan jayanya dan grad on time. Ameen.. 

13 March 2013

Cintaku Luruh di OXFORD

Sudah lama sebenarnya tidak menyentuh novel. Tidaklah terlalu lama. kali terakhir menyentuhnya cuti 2 semester lepas. Selepas latihan mengajar. Tu pun novel Kak Kiena. Aku Yang kau Tinggalkan. Biasanya, kalau saya teringin untuk membaca novel, saya akan meminta cadangan tajuk daripada beliau memandangkan novel yang dibacanya kebiasaannya boleh beri saya kepuasan yang maksima.

Kenapa saya membaca novel ini? Tidak perlulah tahu kenapa. Cukuplah sekadar tahu, saya memang kagum dengan penulisnya, Noor Suraya. Novel pertamanya yang saya pernah baca ialah Tanah Andriyana ketika zaman sekolah dulu dan novel kedua, yang inilah. Oxford. Maksudnya, penulis ini, tidak termasuk dalam senarai hasilnya yang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Tapi setelah selesai membaca novel ini, saya terasa ingin menggali semula hasil tulisannya sebelum ini. Ya mungkinlah. Apabila saya sudah mempunyai wang yang cukup dan masa yang banyak sementara menunggu waktu untuk posting nanti.

Zuha Zaid Salim anak seorang ahli politik terkenal di Malaysia. Gadis tidak bertudung ini sempat belajar di Universiti Oxford selama satu tahun sahaja dalam bidang bahasa dan kesusateraan Bahasa Inggeris. Bukan sengaja dia menamatkan awal pengajiannya di negara eropah ini tapi atas desakan musibah yang ditimpa bapanya itulah dia terpaksa pulang ke tanah air dan menyambung pengajiannya di UPSI dengan mengekalkan bidangnya iaitu TESL. Setelah bapanya tidak sehaluan dan menukar parti politik pilihannya, reputasinya jatuh teruk dikalangan masyarakat. Dia dijadikan kambing hitam oleh rakan seperniagaannya sehinggakan kewangannya dibekukan dan diisytihar muflis. Semua aset atas namanya ditarik oleh bank.

Zuha watak utama. Bercinta dengan Falah di Oxford. namun, masing-masing malu untuk berterus terang dan mengharapkan empunya diri masing-masing tahu perasaan yang dipendam melalui pemberian bunga Ros berwarna ungu kepada Zuha dan jahitan sarung kusyen berbunga kepada Falah ketika hari terakhirnya di Oxford.

Cukuplah sekadar ini saya ceritakan kisah cinta mereka. Jika ingin tahu selanjutnya, sila dapatkannya di kedai buku berhampiran.

Saya iktiraf novel ini sebagai novel yang berkualiti kerana di dalamnya, penulis memasukkan unsur realiti politik di Malaysia, nasib pendidik, status Bahasa Melayu, suasana usrah dan tarbiyah, ekonomi dan industri juga ayat Al-Quran dan potongan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semuanya diadun segar menceritakan realiti kehidupan di negara kita ini. Tiada fakta yang direka melainkan kisah cinta itulah.

Selamat Membaca :)



Tajuk: Cintaku Luruh di Oxford
Penulis: Noor Suraya & Imaen
Penerbit: JS Adiwarna Publications
Bilangan Muka Surat: 735
Harga: Sem. Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37

Nota:
1. Saya beli pada 1/3 dan tamat membacanya 13/3. Sepatutnya saya boleh baca dengan lebih cepat. Tapi dengan 12 hari yang saya ambil ini, menunjukkan saya mengawlakan perkara lain berbanding baca novel. huhu. Ini pun setelah berkali-kali saya merayu kepada PSM supaya membenarkan saya membaca novel kali ini. (hang ingat PSM tu makhluk apa?)
2. Kita kalau nak baca novel ni, jangan ambil kisah cintanya sahaja. Ambil sekali semua perkara yang menjadi watak, latar tempat, masa dan masyarakatnya. Kadang-kadang, yang sisipan itulah yang bermakna dan input berguna.
3. Novel ini saya hukum 'tidak geli'. hehe

12 March 2013

Saya tak pandai melukis!

CalculusII oh CalculusII !

Malam ini saya berlatih melembutkan tangan untuk melukis circle, paraboloid, hyperboloid dan loid-loid yang lain di atas paksi x, y dan z. 3 dimensi.

Pelik. Calculus I yang saya ambil ketika tahun 2 dahulu tidak pula memaksa untuk saya melukis-lukis begini. Cuma sekadar differentiate dan integrate yang menggunakan formula yang berjuta tu sahaja lah. Dan itu saya lebih rela daripada perlu 'mematahkan' jari untuk melukis segala traces, surfaces dan macam-macam lagi.

Sangat menyeksakan sebab saya tak pandai dan tak terror. Ditambah pula kemahiran melukis yang saya memang takda!

Dalam kelas Calculus II minggu lepas, saya dibunuh dengan perasaan kecewa yang melampau. Berkali-kali saya cuba untuk melukis, tapi tidak pernah sempurna. senget di sana-sini sehingga saya rasa benci untuk melihat hasilnya.

Saya intai lukisan Shafiqah di kiri saya.
 "Kenapa kau punya cantik..."  saya bertanya dengan niat untuk memuji..
"Mana ada.. biasa je.." Jawab Shafiqah.

Saya intai lukisan Aqilah di sebelah kanan saya. Kurang cantik daripada Shafiqah punya. Tapi yang pasti, lebih cantik daripada saya punya!

Akhirnya pandangan saya kembali ke papan putih. Merenung kosong. Setengah jam kelas berbaki, dihabiskan dengan merenung wajah pensyarah yang mirip Shiela Amzah itu. Saya renung wajahnya dengan renungan yang benar-benar mengharap simpati. Tapi dia tak perasan.

Tiba-tiba saya teringat dulu-dulu ketika saya masih kecil bersekolah rendah. Saya memang tidak pandai melukis. Dalam subjek pendidikan seni, jika cikgu suruh melukis, maka kertas lukisan saya akan kosong bersih ataupun ada juga lukisan. tapi bukan saya yang lukis. Hasil ehsan kawan-kawan yang tolong lukis. Kalau tak pun, bila balik rumah, mak yang tolong lukis. Bila peperiksaan akhir tahun, saya akan menjawab soalan yang tidak memerlukan saya melukis. contohnya, soalan kolaj, tiup warna dalam straw untuk hasilkan corak yang abstrak, dan sebagainya asalkan bukan melukis.

Mungkin ramai yang menganggap "Ek eley.. benda senang pon kau tak boleh buat! Lukis je pun.."

Ya. Bagi mereka yang pandai melukis, ketahuilah bahawa anda adalah orang yang saya tabik spring dan ketahuilah juga bahawa jika anda menghina orang yang tidak pandai melukis, ketahuilah bahawa saya adalah orang pertama yang terobek-robek hatinya terpancung dengan kata-kata anda.

Sekian.

Nota:
1. Sesiapa yang mempunyai kekurangan yang sama dengan saya, anggaplah entri ini sebagai satu tanda kebersamaan kita.
2.Tiada sesiapa yang tercedera ketika saya menulis entri ini.
3. Doakan saya lulus subjek ini dan saya grad on time.
4. Terima Kasih.

26 February 2013

Bilakah tarikh PRU 13?

Hati si teruna berdegup kencang. Hari ini adalah hari penentuan. Setelah sekian lama tempoh jawapan yang ditunggu setelah taaruf kali pertama dahulu. Peluh yang sudah keluar rintik di dahi sudah lama kering dek alunan kipas yang laju. Sesekali dia mencuri pandang wajah perempuan yang ditakdimnya itu. wajahnya tampak tenang, namun di hati belum tentu. dengan wajah sebegitu, dia tidak mampu mengagak apakah jawapan perempuan yang dicintainya ini.

"Ana harap, soalan yang akan ana lontarkan ini, menjadi jawpaan yang terbaik buat kita." si gadis membuka mulut.

Semua panel yang ada mengangkat kening. Bingung. Si teruna apatah lagi. bertambah nervous dibuatnya.

"soalan apalah pulak dia ni nak bagi..." rungut si teruna di dalam hati.

"Bilakah tarikh PRU 13?!" soal si gadis dengan senyuman. mukanya diangkat sedikit dan terus tunduk tanda malu.

semua panel mengucapkan syukur. Pertemuan berakhir di situ. 

namun, si teruna masih terduduk perosok di suatu sudut. Tangannya memangku muka dengan penuh kebingungan. Dia berfikir " Apa kaitan tarikh PRU13 dengan jawapan lamaran aku?"

siapa faham, sila komen. :) 




16 February 2013

Kern Tuut

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, apa itu mujahadah.

Saya bukanlah ustazah. Hanya hamba Allah yang jahil dan banyak kekurangan. Entah macam mana, idea spontan daripada Allah ini yang keluar.

"Pernah tak tahan rasa nak kentut sebab nak jaga wudhu' ?" Saya bertanya.

"mestilah.". Sahabat saya menjawab.

"macam tulah mujahadah."

"haa..ok"

"Ada orang, senang je nak tahan kentut. Tapi bagi ramai orang, susah giler nak tahan kentut. Tapi boleh ke orang yang senang tahan kentut tu, perlekehkan cakap kat orang yang tak tahan kentut tu " apalah kau ni, tahan kentut pun payah?"

"haah..memangla. orang-orang tak sama. Jadi, tak boleh nak aplikasikan teori sama pada semua orang. Jadi kita lebih tahu diri kita."

"Itulah maksud saya. mujahadah ni bergantung pada individu"

"haah. sekalipun senang, tiba masa tak boleh tahan, terkentut juga. Sebab tu jangan lebat sangat bangga dengan keupayaan menahan kentut."

"Ya. Dan lepas tu kita ambil wudhu' semula kan. Macam tulah kita..lepas tersasar kita bertaubat kembali."

"Dan tinggalkan ia kan :)  "

"Ya. Macam mana nak elakkan kentut?" Saya bertanya soalan seterusnya.

"Elakkan makanan yang menyebabkan kentut."

"Ya. buang air besar, elakkan makanan yang berangin tu semua perkara yang membantu kita untuk mujahadah menahan kentut tadi."

"haah. Itulah perlunya mujahadah"

"Ya. Kalau in real situation, buatlah macam-macam perkara untuk membantu mujahadah tu"

"haah. Insya Allah semoga gagah perkasa"

"Kerana itu, perlunya bersahabat dengan orang yang soleh untuk ingatkan kita apa yang kita pernah cakap kepada orang lain, tapi kita tak buat. Bukan fire dia dengan kata-kata pedas, As-Sof 2-3!!. Kesian kat dia. Dia bukan malaikat.

"haah. Insya Allah semoga gagah perkasa dan santun"

":). Insya Allah..doakan saya juga"

"saya juga semestinya"

Maaf  jika ada pembaca yang geli geleman atau luga tekok dan merasakan analogi kentut dan mujahadah itu adalah sesuatu yang tidak senonoh. Tapi, relevannya, jika kita ingin memberi penerangan kepada sesorang, gunakanlah bahasa yang mudah faham. Takkanlah nak jawab, "sahabatku, sesungguhnya mujahadah itu adalah berasal daripada perkataan bahasa arab. dan definisi dari sudut bahasa ialah bla..bla..bla..manakala dari sudut istilah pula ialah bla..bla..bla..."

memang jeng kreng la jawabnya.

Saidina Ali r.a pernah berkata:

Maksudnya: "Bercakaplah dengan manusia bersesuaian dengan pengetahuan mereka, sukakah kamu didustakan Allah dan RasulNya? (disebabkan kamu menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan mereka lalu berlaku kesilapan dalam memahaminya)". [Riwayat Al-Bukhari]

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...