• RSS

20 September 2013

Kenapa sambung master?

Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alaihi wa barik wasalim..

Alhamdulillah.. Hari ini Jumaat minggu kedua sebagai mahasiswa tahun satu di peringkat sarjana. Permulaan selepas pengakhiran. Tempat lama, dunia baru.

Melangkah ke dunia baru ini juga, sungguh ramai yang cukup 'ambil berat' dengan saya. Contoh soalan dan pandangan 'ambil berat' yang sangat klise bagi saya.

"Kenapa sambung master?, bukan sepatutnya tunggu posting je ke?"

"Kenapa sambung master? nanti kalau dapat posting, macam mana?"

"Laa.. sambung master ke? nak jadi pensyarah ke?"

"Kenapa sambung master? tak best ke jadi cikgu?"

"Lepas sambung master, nak masuk sekolah ke? tak rasa membazir ke ada master tapi pergi sekolah?"

"So ni, lepas master kena tunggu SPP panggil untuk posting pulak la kan? lama tau nak kena tunggu.."



Pada mulanya, saya mendaftar dalam sarjana bimbingan dan kaunseling.


"Oh... nak jadi kaunselor lah ni?, hebat-hebat."

"Aik! larinya bidang. kenapa tak ambil matematik?"

Dan setelah sedar keupayaan diri yang sifar ilmu kaunseling, maka saya menukar kos kepada psikologi dalam pendidikan.

"psikologi dengan matematik pun jauh lari bidang tu."

"kesiannya awak tukar kos daripada kaunseling. Saya bukannya apa. bimbang awak punya peluang kerja tu nanti.. psikologi ni macam susah sikit nak dapat kerja"


Itu sebahagiannya. Ada yang bertanya kerana benar-benar ingin tahu. Dan ada juga yang mempersoalkan kerana tercabar. terima kasih kerana mengambil berat pada saya.

Apa-apa pun, sukalah untuk saya berterus terang di sini. Menyambung pelajaran di peringkat sarjana termasuk dalam perancangan tiga tahun saya selepas tamat peperiksaan akhir di sarjana muda yang lalu. Saya berhasrat untuk menyambung kerana benar-benar ingin menambah ilmu dalam bidang pendidikan. Saya ingin menjadi pelapis kepada warga pendidik yang lebih berkualiti. Ditambah pula kami warga ISMP tiada jaminan daripada pihak kerajaan bilakah tarikh sebenar kami akan ditempatkan untuk mengajar. Saya juga ingin menyiapkan diri dari awal kerana sebelum ini, semua guru diwajibkan untuk mempunyai ijazah sarjana muda dan tidak mustahil akan datang, semua guru wajib pula mengambil sarjana. Manakala dari sudut ekonomi pula, siapa tahu akan datang gaji bagi seorang guru sarjana dan sarjana muda berbeza.

Mengenai posting, borang posting telah pun saya isi secara manual dan atas talian di laman sesawang SPP. Hanya berusaha sekadarnya dan akan menangguh atau menolak tawaran seandainya dipanggil untuk temuduga dalam tempoh setahun setengah ini. Ini juga tidak mematikan semangat saya bersama rakan-rakan yang lain untuk menuntut hak posting.

Saya tidak berhasrat untuk menyambung dalam bidang matematik kerana saya mahu berehat daripada memegang kalkulator. Pada saya, cukuplah sekadar di peringkat sarjana muda sahaja belajar matematik kerana applikasinya dalam kehidupan nanti tidak banyak melainkan sekelumit sahaja.

Saya memilih bimbingan dan kauseling pada mulanya kerana benar-benar ingin menjadi seorang kaunselor. Namun setelah dinasihati oleh koordinator program, saya beralah dengan keputusan. Ketiadaan asas langsung dalam bidang ini mungkin akan membuatkan saya terpinga-pinga dalam kelas nanti. Semestinya ada hikmah yang menanti. Maka dengan itu, saya memilih program yang berhampiran dengan kaunseling iaitu psikologi. Kali terakhir saya belajar mengenainya ialah ketika tahun satu semester dua. Sudah agak berkarat dan itu membuatkan saya semakin bersemangat untuk membaca semula buku Santrock keluaran Mc Graw Hill itu.

Dari sudut peluang kerja pula, sejujurnya saya tidak berminat untuk membahaskan sekarang. Kerana pada saya, saya bukanlah jenis yang menuntut ilmu kerana untuk memilih-milih kerja. Tapi saya belajar untuk amal dan mengajar. Bukanlah saya jenis yang tidak memikirkan masa depan, tapi pada saya peluang kerja itu akan datang kemudian. Dan rezeki itu sememangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Setiap bidang, ada kesusahan dan keseronokan tersendiri. Doakan saya, Hamba Allah yang sedang menuntut ilmu dan ingin menjadi ummat yang cemerlang kebanggaan Nabi. Semoga Himmah menuntut ilmu ini berbuah hikmah kelak.

Wallahu'alam.

12 September 2013

Cersapen: Kasim seorang naqib

Hari ni Kasim frust betul. Mana taknya, markah test PDE dia dapat rendah. Paling rendah dalam kelas pula tu. Dah la dapat markah teruk, lepas tu, pensyarah announce kat dalam kelas lagi. Hadoihhhh...memang la kawan-kawan lain, tak ketawakan pun. Ini bukan zaman sekolah rendah. Tapi, menyedari dia seorang sahaja yang dapat markah rendah dan dimalukan begitu, perasaannya seperti macam nak terjun dari bangunan tingkat 188. Mujur dia ada iman. Agak mustahil juga untuk dia terjun sebab dia naqib usrah.

Masuk sahaja bilik, dia terus campak beg atas meja dan hempas badan atas katil. Memang tilam asrama taklah seempuk tilam yang melantun macam kat rumah tu. Jadi, sakit jugalah badan kalau terhempas kuat macam tu. Tapi Kasim dah tak kisah tu semua. Yang ada dalam otak dia, dia kecewa.

Jam dah pukul tiga petang. Kelas hari ni sepatutnya tamat jam empat. Tapi pensyarah habiskan awal sebab nak bagi peluang pelajar jumpa dia atau buat pembetulan dengan kawan-kawan lain lepas dia pulangkan semula kertas test tadi. Tapi, Kasim tak ada mood langsung buat macam tu. Lepas pensyarah kata "class dismissed", dia terus keluar dewan kuliah yang muat seramai 50 orang tu dan pecut dengan motor hondanya ke bilik.

Kepalanya ditekup dengan bantal. Badannya meniarap. Dia pun tak tahu kenapa dia dapat markah rendah sedangkan dia dah berusaha sehabis-habisan. Erm.. Pada dia, stay up satu malam sebelum test itu sudah dikira usaha sehabis-habisan sebab semua orang pun usaha macam tu kot. Mesyuarat program persatuan pun dia minta excuse sebab bagi alasan nak study. Dia harap, ahli mesyuarat yang lain dapat husnudzan dengan dia.

"Arggghhhhhh!!!!", Kasim jerit. Mujur mulutnya ditekup dengan bantal maka tidaklah mengejutkan Sazali jiran bilik sebelah.

Beberapa kali juga dia menjerit-jerit tak keruan. Macam orang putus cinta. tapi dia tak menangis. Dia masih mengekalkan kemachoannya.

Tiba-tiba, sedang dia sibuk melayan perasaan frust itu, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej whatsapp yang diterima.

"hisshhh sape plak pengacau nih!", sambil mendengus itu, tangannya meraba ke poket seluar sambil mengeluarkan telefon bimbit.

mesej whatsapp dibaca. Sulaiman, anak usrah kesayangannya rupanya.

"Salam, bang. Abang free tak petang ni? jom kita usrah. Saya frust la hari ni dapat markah test teruk. Saya perlukan kata-kata motivasi daripada al-quran. Boleh abang bincang tajuk ni petang ni?"

Kasim terdiam dan rasa mahu hantuk kepala ke dinding.



Nota:
1. Cersapen: Cerita Sangat Pendek
2.PDE : Partial Differential Equation
3. Ada orang, dia kecewa dan mengadu pada orang. Ada juga orang, dia kecewa tapi dia mengadu pada Tuhan. Kita yang mana?
4. Ada orang, dia sedih dan dia buat orang lain lagi sedih. Ada juga orang, dia sedih tapi dia mampu buat orang lain gembira. Kita yang mana?

08 September 2013

..............................




#Terjumpa keratan akhbar ni masa kemas-kemas buku cuti tempoh hari..
Al-Fatihah buat Allahyarham ayahanda Hj Amin b. Hj Shamsudin..

07 September 2013

How To Train your Dragon?

Pulang dari beraya hari tu, anak sedara buka tv. Saya pun tumpang sekaki. Kartun. How To Train Your Dragon. Cerita dah separuh. Tapi masih boleh faham jalan cerita.



Hiccup anak muda belasan tahun. Tinggal dengan bapa yang tegas tapi penyayang. Dia dihantar di sekolah untuk belajar. Uniknya di sekolah, mereka tidak menggunakan silibus seperti sekolah lain. tapi apa yang guru mereka ajarkan ialah bagaimana untuk membunuh naga. Bermula daripada teori dan amali semuanya ke arah untuk membunuh naga. Silibus ini bertepatan dengan tradisi kampong tersebut iaitu menjadikan anak mereka seorang pembunuh naga yang ulung yang dikenali sebagai Viking. Makanya, sejak kecil lagi, mereka telah didoktrin supaya membunuh naga jika terjumpa tak kira dalam apa cara sekali pun.

Suatu malam, sedang Hiccup membelek buku teksnya mengenai jenis-jenis naga, dia berfikir dan bertanya dalam diri, mengapa dia perlu membunuh naga. Sedangkan naga itu tidak menyerang mereka penduduk kampong. Padanya, mengapa dia harus membenci pada sesuatu yang tidak membawa mudarat pada dirinya.
Hari demi hari begitu sahaja. Hiccup tetap belajar di sekolah hanya untuk menjaga hati bapanya. Hakikatnya, dia melalui siri pembelajaran dengan penuh kebosanan. Dia masih tidak menemui jawapan mengapa naga itu perlu dibunuh. Dalam kelas amali, dia tidak melawan jika diserang oleh naga. Dia hanya mengelak. Bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia tidak dapat menjawab sebuah persoalan, mengapa dia harus membunuh naga.

Suatu hari, Hiccup berjalan-jalan di hutan berhampiran. Sedang dia bersiar-siar, dia terjumpa seekor naga yang tercedera ekornya. Dengan itu, naga tersebut tidak dapat terbang. Hiccup  berazam dan berusaha untuk membantu naga tersebut untuk terbang semula.

Dipendekkan cerita, Hiccup menjadikan naga tersebut sebagai bahan kajiannya. Setiap hari pulang daripada sekolah, dia akan bertemu dengan naga yang diberi nama toothless itu  sehinggalah dia belajar dan dapat mengenal seekor naga lebih dari apa yang dia dan rakan-rakanya belajar di sekolah. Dia juga mendapat tahu bahawa ada cara yang paling mudah untuk melemahkan naga iaitu dengan hanya menyentuh hidung dan bawah dagunya.

Banyak lagi plot cerita ini yang saya tidak ingin nukilkan. Di akhir kisah ini, Hiccup berjaya mengubah persepsi seluruh penduduk kampong bahawa naga bukanlah seganas dan seburuk yang seperti telah didoktrin oleh nenek moyang mereka. Hiduplah penduduk kampong dengan aman bersama haiwan kesayangan mereka yang baru iaitu naga.

Naga yang sebelum ini menjadi musuh namun kini menjadi rakan.

Benarlah kata pepatah arab, “Seseorang itu akan menjadi musuh pada perkara yang tidak diketahuinya”

Banyak pengajaran yang anda boleh perolehi dari kisah animasi ini jika anda bukan jenis yang skeptikal terhadap hasil tangan barat. Ia mungkin sebuah kisah dongeng tapi pengajaran yang baik ini kadang-kadang menjentik juga kita untuk berfikir.

Mari kita berfikir, dalam hidup kita, dalam tindakan kita, adakah kita memilih keputusan yang terbaik atas dasar kemahuan diri atau kemahuan orang lain? Atau kerana tradisi orang terdahulu? Alangkah ruginya.. Hidup tanpa tahu, faham dan sedar nilai hidupnya sendiri.

Semak juga dalam gerak kerja organisasi kita. Adakah hasil syura yang kita banggakan itu benar-benar difahami oleh semua ahli syura dan semua ahli gerakan faham mengapa keputusan sebegitu dilakukan. Adakah keputusan yang dibuat merujuk kepada situasi semasa atau hanya kerana mengikut tradisi orang terdahulu? Alangkah ruginya.. jadilah kita pengikut buta..

Tidakkah kamu mahu menjadi orang yang berfikir?

.

29 August 2013

Syawal. Perlu ke sedih?


Syawal biasanya disambut dengan mood sedih. Iklan-iklan di tv selalunya menceritakan anak-anak tak balik raya, anak perantauan raya bersendirian, dan lain-lain. Ditambah pula lagu-lagu raya bernada melankolik yang mampu membuatkan manusia menangis mendengarnya.

Sungguh pun sedih, manusia masih mampu terlompat-lompat merayakan syawal yang Allah telah anugerahkan. Buktinya, lagu anugerah syawal di media prima.

Dua emosi jelas bertentangan. Manusia mampu sedih dan gembira dalam syawal. Apa yang membezakan kedua emosi itu ialah nilai. Sejauh mana manusia menjadikan kedua-duanya bernilai dalam hidup. Sedih dan gembira yang bukan kerana hasil tarbiyah media. Tapi hasil tarbiyah ramadhan. Semoga Allah redha!

Raya 1993

Raya 1998

Raya 2001

Raya 2008

Raya 2009

Raya 2010

Raya 2011. abang andak tunang. 

2012 tak sempat nak ambil gambar sama-sama. sibuk buat persiapan walimah abang

Raya 2013. abang andak tak terer tangkap gambo.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...