• RSS

28 May 2010

Bila Allah Menduga Kita




Penulis: Syed Alwi Alatas

Penerbit: Must Read Sdn Bhd

Harga: Sem.Malaysia,RM19.90 Sabah/Sarawak, RM22.90

Buku yang saya baca ini, mendapat tempat ke-10 dalam ranking MPH buku tempatan terlaris yang disiarkan di akhbar NST beberapa hari lepas.

Penulis mengajak pembaca untuk menambah iman terhadap qada' dan qadar iaitu rukun iman yang keenam. Selain daripada dalil Al-Quran dan hadith sahih yang digunakan, penulis juga menggarapkan pelbagai kisah ulama' terdahulu, tokoh barat dan juga pengalaman beliau sendiri. Buku ini amat menarik untuk memotivasikan kembali jiwa yang ditimpa musibah dan untuk menambah kesyukuran kita pada Allah SWT. Tidak keterlaluan untuk saya katakan jika buku ini sebaik La Tahzan hasil karya Dr 'Aidh Al-Qarni.

Ingin saya kongsikan salah sebuah kisah yang dimuatkan oleh penulis dalam bab Iman Terhadap takdir.

Ibnu Taimiyah bercerita mengenai seorang menteri yang selalu menjawaba 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya mengenai sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah terpotong jarinya. Baginda berasa amat sakit. Raja pun bertanya pada menteri di sebelahnya tentang kejadian yang baru sahaja dialaminya.

"Baik, wahai Raja," Jawab menteri itu tanpa keraguan

"Apa? Kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.

"Ya, wahai Raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dipenjarakan. Kemudian Raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya,"Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada dalam penjara seperti ini?"

"Baik wahai Raja," Jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninnggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan untuk menemani. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan raja sendiri telah tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.

Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat penyembahan. Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari raja telah terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja.

" Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita." Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut.

" Orang ini jarinya sudah terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban,"

Dengan ini mereka melepaskan raja tersebut dan baginda kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang sangat gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menterinya. Dia segera ke penjara dan berkata pada menterinya itu,

" Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik,"
Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata,

"Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka Ibnu Taimiyah menutup cerita ini dengan mengatakan,"Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik,"

Lesen oh lesen!

Ketika saya membaca sebuah akhbar, terbaca sebuah artikel yang membuat saya berfikir dan tersenyum.

Marjina berasa hairan melihatkan gelagat kedua-dua penjual ganja dan candu di Kota Baghdad. Seorang penjual candu memekik,

"candu, candu... candu Cik Siti, candu ya Sheikh..."

Marjina berjalan lagi, dia berjalan terus. Hingar bingar di sekelilingnya tidak dipedulikan lagi. Tapi tiba-tiba seorang lagi penjual datang menghampirinya membuat tawaran,

"Ganja.... ganja..." kata penjual itu.
" Ganja murah, murah"

Ganja? candu? Bagaimanakah kedua-dua bahan ini boleh masuk ke perkarangan Kota Baghdad? Dia pun segera beredar dari situ untuk membeli barang keperluan tuannya. Di sebuah kedai, Marjina disapa lembut oleh seorang peniaga,

"Mahu beli apa Cik Siti?"

"saya mahu beli belacan," jawab Marjina

"Laa... shhhh.. Jangan cakap kuat-kuat Cik siti," kata penjual itu. " saya jual belacan ini tiada lesen,"

"Eh, nak jual belacan pon kena ada lesen?"

"Benar Cik Siti. Nak jual ganja perlu ada lesen, nak jual candu perlu ada lesen. Belacan tiada lesen, jadi saya smuggle (belacan ini ) dari Malaysia."

"Oh begitu..."

"Cik Siti Mahu berapa (belacan)?"

"satu.."

Penjual itu melemparkan belacan dengan hati-hati dalam bakul Marjina, sambil matanya terus liar memerhati keadaan sekeliling. Kerisauan sentiasa menyelebungi hatinya jika ada kelibat penguatkuasa di situ.

Kisah ini adalah secebis babak adegan yang diambil daripada filem Ali Baba Bujang Lapok arahan seniman agung Tan Sri P.Ramlee.
Ia suatu kritikan, sindiran ke atas sikap pemerintah yang menghalalkan perlesenan ke atas bahan yang merosakkan. Namun, tidak tahu adakah isu ketika itu bertepatan dengan sindiran yang dibuat.

Lesen oh lesen. Seandainya lesen boleh berkata-kata, sudah pasti ia juga tidak mahu digunakan untuk menghalalkan JUDI yang haram.



19 May 2010

16 mei: Guru Pembina Negara Bangsa

panel penemuduga: apa tema hari guru tahun ini?

calon guru : guru pembina negara bangsa

panel penemuduga: pasti? bukan guru pembina negara maju?

calon guru : saya pasti guru pembina negara bangsa!


ini antara soalan yang diajukan panel semasa saya menghadiri sesi temuduga di UTHM yang kemudiannya melayakkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan kini. Alhamdulillah..=)

namun, adakah berita yang terpapar di akhbar kosmo ini melambangkan guru yang bakal menjadi pembina negara bangsa?!



Adegan seks ustazah di asrama pelajar

KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


p/s: terlewat menulis entri hari guru

18 May 2010

Sekolah agama: bukan kilang mencetak individu muslim

Apabila anak-anak sudah berumur 12 tahun, para ibu bapa sudah mula memikirkan dimanakah sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di peringkat menengah. Bagi anak-anak yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, SBP atau MRSM sudah tentu menjadi pilihan untuk menjadikan anak-anak mereka lebih berdikari dan diberi kemudahan yang lebih istimewa dari segi akademik, kemudahan belajar dan bermacam-macam lagi. Namun, tidak kurang juga ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka diberi ajaran agama yang cukup sudah tentu mereka lebih memilih sekolah beraliran agama. Namun, tidakkah mereka berfikir, adakah anak-anak mereka bersedia dan sesuai untuk belajar di sekolah agama?

Bagi keluarga dan individu yang berfikrah islam yang sempurna sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk berada di sekolah agama. Malahan, sekolah itu nanti menjadi batu loncatan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik , malahan segala kemahiran-kemahiran lain juga bakal terasah dan seterusnya akan dilantik untuk berada di barisan kepimpinan pula.

Namun, sekolah agama juga menempatkan pelajar-pelajar yang tidak bersedia untuk menerima segala macam peraturan-peraturan yang dianggap menyesakkan jiwa remaja mereka. Yang paling ketara ialah, garis panduan pemakaian.

Pelajar perempuan wajib bertudung labuh, dibahagian tangan bercekak dan bersarung kaki di semua kawasan terbuka.

“pergh! Panasnya. Semua labuh..”

“tudung labuh? Macam hantu je.”

“pakai stokin? Err… kaki tu aurat ke?”

“Alhamdulillah.. semuanya tak jadi masalah”

Beginilah antara reaksi tatkala mereka membaca buku peraturan yang disertakan dengan surat tawaran. Terdapat banyak lagi peraturan yang berbeza diantara sekolah agama dengan sekolah biasa. Pembatasan pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, wajib solat berjemaah, wajib membaca Al-Mulk sebelum tidur,wajib membaca Ma’thurat setiap petang, wajib menghadiri tazkirah maghrib dan banyak lagi kewajipan yang ada.

Pelbagai persepsi pelajar terhadap peraturan-peraturan ini. Ada yang menerimanya sebagai bala dan tidak kurang juga yang berlapang dada. Apa yang paling bahaya ialah, mereka yang menerimanya hanyalah sebagai peraturan sekolah yang sengaja mengongkong dan bukanlah peraturan yang bertujuan untuk mendisiplinkan dan membentuk muslim cemerlang berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunah dan Pengajian Syariah Islamiah juga hanya bertindak sebagai keperluan akademik yang memenuhkan slip pendaftaran peperiksaan sahaja dan bukanlah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Lebih parah lagi jika mereka bertindak melawan pihak sekolah, menghasut pelajar lain membenci sekolah dan seterusnya memberontak. Maka, wujudlah kes-kes yang kurang sedap didengar yang berlaku dikalangan pelajar sekolah agama. malahan, adakalanya punca yang dianggap remeh bakal memberi impak yang besar kepada sesetengah individu.

Buktinya, sekitar tahun 2003 kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar junior yang dibelasah oleh beberapa orang senior di sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Setelah disiasat, pelajar yang mati itu dibelasah hanyalah kerana merosakkan kettle abang seniornya.

Begitu juga dengan Benjamin Stephen ataupun nama sebenarnya Badrul Hisyam yang murtad keluar daripada islam dan mengfitnah Islam di gereja-gereja. Setelah diselidiki, dia dahulu bersekolah di sebuah sekolah agama di Perak tetapi rakan-rakan seniornya selalu membuli dan mengusiknya kerana dia berperwatakan lembut. (sila baca majalah solusi isu 12 ruangan Ust Hasrizal yang bertajuk Gejala Pemikiran Skeptis Terhadap Agama )

Selain itu, banyak lagi kes-kes ‘terpendam’ yang dirahsiakan pihak sekolah bagi menjaga kepentingan tertentu. Bukan semua sekolah agama di Malaysia ini yang terbabit dengan gejala tidak sihat, namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Inilah hakikatnya. Jika pada zaman 80-an dahulu sekolah agama melahirkan golongan pro-taz (professor ustaz) Kini, sekolah agama sudah tidak lagi melahirkan golongan ilmuwan islam sebanyak dahulu. Apa yang ada hanyalah golongan cerdik pandai yang cemerlang keputusan peperiksaannya tetapi gagal dari segi akhlaknya. Bi’ah solehah di sekolah hanyalah diamalkan secara hipokrit. Pesanan ustaz dan tazkirah-tazkirah setiap hari hanya dianggap omongan kosong sahaja.

Tidak tahu kemana arah tuju sekolah agama yang kian dipandang sepi oleh masyarakat. Sekolah agama sudah semakin kurang nilai agamanya. Tidak lagi dipandang tinggi.

“alah, budak sekolah agama pun sama je macam budak sekolah biasa.. buli ada juga. Curi pun ada. Lepasan sekolah agama pun ramai yang free hair. “

Inilah dialog ngeri yang tidak mampu untuk saya nafikan. Dialog ini juga terhasil apabila masyarakat terlalu high expectation terhadap pelajar sekolah agama.

Kesimpulan yang saya mampu ungkapkan, sekolah agama hanyalah sebuah sekolah yang memberi jalan dan panduan untuk membentuk pelajar menjadi muslim cemerlang dari segi ilmu fardhu ‘ain dan kifayah. Semuanya terpulang pada pelajar itu sendiri yang mahu mengambil kesempatan tersebut ataupun membazirkannya begitu sahaja. Pelajar sekolah agama tetap masih seorang manusia yang tidak lari daripada dosa dan kesalahan dan bukanlah seorang nabi yang maksum. Sekolah agama bukanlah tiket untuk ke syurga. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Keimanan seseorang tidak boleh diukur sama sekali dari segi ilmu yang diperolehi kerana kuantiti ilmu tidak sama dengan kuantiti dan kualiti amal.



(gambar hiasan)


Program HIMPUN Patriot Negara (last part)




HIMPUN part3
3rd day

8.00 pagi: PDK 4: patriotism

Berbincang dalam kumpulan. Masing-masing memberi hujah dan pendapat mengenai kenyataan yang diberikan.
Anda diminta memilih mana-mana kenyataan yang anda minati:
•Dua kerakyatan
•Rakyat Malaysia memohon kerakyatan negra asing
•Professional Malaysia yang bekerja di Negara asing
•Mengagungkan Negara asing
•Kebanggaan menggunakan produk import
•Mudah menerima dan mengamalkan nilai dan gaya hidup barat
•Selesa melancong ke luar Negara

Anda diminta menyenaraikan mengikut keutamaan yang manakah situasi di bawah yang diperlukan oleh Malaysia.
•Perpaduan rakyat
•Kestabilan politik
•Rakyat yang berilmu
•Kemantapan ekonomi
•Rakyat yang patriotik
•Keamanan dan keselamatan

11.00 pagi: PDK 5: Malaysiaku, rumusan dan penutup

Pertandingan cheers kumpulan. Aktiviti terakhir, setiap kumpulan diberikan lidi, benang dan pisau. Arahan yang diberikan, “anda semua diminta untuk membina satu mercu tanda yang melambangkan Negara Malaysia daripada alat-alat yang diberikan”. Beberapa orang pantas mengesan ayat ‘anda semua’ membawa maksud semua kumpulan harus berkerjasama untuk menghasilkan satu sahaja mercu tanda. Maka bertungkus lumuslah kami membahagi tugas masing-masing dan akhirnya terhasillah sebuah Menara Berkembar Petronas.

2.30 petang : bertolak pulang

SATU MALAYSIA (versi Universiti Lim Kok Wing)

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

c/o:
kita satu bangsa, kita satu Negara
kita satu matlamat, oooooo
kita satu bangsa, satu Negara
kita satu Malaysia

bermulanya sekarang
perjalanan dilaksana
seia sekata sehati dan sejiwa

membina masa hadapan
menuju kejayaan
kita semua rakyat Malaysia
harmoni, saling menghormati

ulang chorus.

12 May 2010

Program HIMPUN Patriot Negara ( part 2)



2nd day
7.00 pagi: riadhah dan sarapan

8.00 pagi: PDK 1 : Evolusi Pembinaan Negara & Sistem politik Negara
Kami diminta menjawab beberapa soalan berkaitan sejarah selama 15 minit.
Nyatakan apakah yang anda tahu mengenai perkara-perkara berikut:
1.Berapa lama negara ini dijajah?
2.Nama pahlawan-pahlawan Negara yang menentang penjajah dan negerinya
3.Referendum
4.Kontrak social
5.Onn Jaafar
6.PKM
7.Tarikh kemerdekaan
8.Tarikh pembentukan Malaysia
9.Kerusi parlimen 1955-2008
10.Jus soli
11.Malayan Union
12.Jalur Gemilang
13.Sistem Pemerintahan Malaysia
14.13 mei 1969
15.Irama Lagu Terang Bulan
16.MAGERAN
17.Nama Perdana Menteri Malaysia mengikut urutan
18.PERIKATAN
19.DEB
20.Parlimen
21.Suruhanjaya Reid
22.Dewan Rakyat
23.Dewan Negara
24.Majlis Raja-raja
25.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Seterusnya, kami diminta membincangkan gambar peristiwa terpenting di Malaysia.
1.Melaka di Zaman kesultanan Melayu Melaka
2.Tentera Jepun di Tanah Melayu
3.Kota A Famosa Peninggalan portugis
4.Demonstrasi Anti-Malayan Union
5.Penjajahan British di Tanah melayu
6.Laungan keramat MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

11.30 pagi: PDK 2: Perlembagaan Negara & Hubungan etnik
Masih format perbincangan yang sama. Jawab soalan-soalan berikut:
1.Apakah pengertian Perlembagaan?
2.Nyatakan bagaimana Perlembagaan Malaysia digubal
3.Sejauh manakah kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah Negara
4.Kenapa Perlembagaan Negara berada di kemuncak system pemerintahan kerajaan Malaysia?
5. Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya sebahagian besar warganegara di Negara ini sewenang-wenangnya melanggar undang-undang?
6.Apakah kaitan Kontrak Sosial dengan Perlembagaan Malaysia?
7.Bagaimanakah seseorang yang bukan berasal daripada Negara ini boleh menjadi warganegara?
8.Mengapakah orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Negara ini?

2.30 petang: PDK 3 : Malaysia Era Globalisasi
Berjalan ke Taman Negara Tg Piai dibawah sinaran mentari yang dicemari uv yang memeritkan. Namun, berasa sedikit teruja kerana dapat melihat pemandangan yang cukup indah di hujung Tanah Besar Asia.

5.00 petang: riadhah
Explorace sambil berjalan pulang. Cabaran-cabaran yang agak tidak digemari iaitu mengubah ciptaan Tuhan walaupun dalam masa kurang daripada dua jam (menconteng muka dengan lukisan bertemakan 1MALAYSIA) dan makan makanan yang mentah ( lada, peria, serbuk kopi dan telur ). Sedikit kecewa dengan urusetia diatas pengurusan masa yang lemah kerana tiba di dorm pada pukul 6.35 petang sedangkan solat asar belum ditunaikan!

9.00 malam: tayangan filem “1957 Hati Malaya”
Lakonan mantap yang berjaya memberi pemahaman fakta sejarah kepada sesiapa yang menonton. “….tapi kalau dah merdeka nanti jangan pula menggunakan duit di belakang rakyat…” antara dialog Ahmad Badawi lakonan Rahim razali

Program HIMPUN Patriot Negara (part 1)


(Dr faiz)




(7-9 mei 2010)

(1st day)


9.00 pagi : bas bertolak ke Tg Piai Resort, Pontian

10.45 pagi: tiba di Tg Piai Resort

11.00 pagi: pendaftaran.
(taklimat tidak dapat dibuat kerana peserta daripada UTEM belum tiba)

2.30 petang: taklimat dan ice breaking.
Taklimat disampaikan oleh wakil urusetia program iaitu Ust Nasir Masroom daripada UTM. Seterusnya ice breaking dimulakan dengan beramah mesra bersama rakan-rakan daripada UTHM dan UTEM. Saling bersalaman dan berpelukan sesama jantina tetapi berlainan agama. kemudian, kami dipecahkan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan melayu, cina dan india daripada tiga buah universiti yang berbeza iaitu UTHM, UTEM dan UTM. Setiap kumpulan diberikan seorang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai di jabatan hal ehwal pelajar daripada universiti berlainan. Saya ditempatkan bersama-sama dengan kumpulan lima.

Nama fasilitator: Hj Razali Abd Jalil
Nama kumpulan: forward five
Ketua kumpulan: Shahrul Khair – UTHM
Ahli kumpulan: Khairul – UTHM
Maisarah – UTHM
Pang – UTHM
Ashraf – UTEM
Nadia – UTEM
Kissava – UTM
Gary – UTM
Kin – UTM
Janah – UTM
Linda – UTM

9.00 malam : Upacara perasmian oleh Dr Mohd Fauzi Ramlan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa “… as a student, thera are four things that you should have.. first, communication skill second, Critical Thinking Problem Solving (CTPS), third, Leadership skill and lastly, Ethic & Moral which is including soft skills, ethic, integrity, and professional…”

Selesai majlis perasmian, semangat kami dibakar dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Faiz yang merupakan, Timbalan Naib Canselor UUM.

tajuk: HIMPUN dan mahasiswa: Hubungan dan Tanggungjawab.
Dalam ceramah beliau:

Wujud persepsi negative masyarakat terhadap mahasiswa IPT:
•Tidak faham sejarah
•Kurang patriotik
•Tidak ada matlamat
•Kurang menghargai peluang
•Rendah komitmen belajar
•Batas etnik yang tinggi.

Objektif HIMPUN:
•Memantapkan patriotism dalam pembentukan modal insan
•Mengukuhkan perpaduan di kalangan mahasiswa
•Meningkatkan jaringan hubungan antara mahasiswa pelbagai university
•Menjalankan usaha melahirkan kepimpinan berwibawa dari kalangan mahasiswa
•Mendukung gagasan 1MALAYSIA


Tuntutanan semasa:
•Kelulusan akademik terbaik
•Penguasaan bahasa inggeris dan mandarin terbaik
•Penglibatan kegiatan mahasiswa
•Pendedahan luar, peringkat serantau dan antarabangsa
•Memiliki ijazah lanjutan.’life-long education’
•Menjayakan gagasan 1MALAYSIA (tingkat perpaduan dan Negara maju 2020)

Kemahiran yang perlu dikuasai:
•Kemahiran peribadi ( personal skills)
Kendali stress, pengurusan masa dan kemahiran hubungan interpersonal.
•Kemahiran akademik (academic research)
Pembelajaran berkesan, mengendali research, menulis kerja ilmiah dan menguasai peperiksaan.
•Kemahiran mencari peluang pekerjaan (job-search skills)
Mendapat maklumat kesesuaian belajar dengan pekerjaan, proses permohonan kerja dan proses pemilihan.

Tahap pembangunan ke Arah Kematangan Diri:
•Meningkatkan kompetensi
•Mengurus emosi
•Membentuk autonomi diri kea rah saling kebergantungan
•Membentuk hubungan interpersonal yang matang
•Membentuk identity
•Membentuk halatuju
• Membentuk integriti

Kemahiran Insaniah ‘soft skills’
•Kemahiran berkomunikasi
•Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
•Kemahiran kerja berpasukan
•Moral dan etika bersosial
•Kemahiran kepimpinan
•Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
•Kemahiran keusahawanan

Dalam ceramahnya juga ada menyebut mahasiswa juga mestilah faham, hayati dan junjung tinggi isu dan nilai berkaitan sejarah Negara, perlembagaan Negara, rukunegara, demokrasi, patriotism, wawasan 2020 dan 1 MALAYSIA.

09 May 2010

Setiap hari untuk ibu


Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...