• RSS

28 May 2010

Lesen oh lesen!

Ketika saya membaca sebuah akhbar, terbaca sebuah artikel yang membuat saya berfikir dan tersenyum.

Marjina berasa hairan melihatkan gelagat kedua-dua penjual ganja dan candu di Kota Baghdad. Seorang penjual candu memekik,

"candu, candu... candu Cik Siti, candu ya Sheikh..."

Marjina berjalan lagi, dia berjalan terus. Hingar bingar di sekelilingnya tidak dipedulikan lagi. Tapi tiba-tiba seorang lagi penjual datang menghampirinya membuat tawaran,

"Ganja.... ganja..." kata penjual itu.
" Ganja murah, murah"

Ganja? candu? Bagaimanakah kedua-dua bahan ini boleh masuk ke perkarangan Kota Baghdad? Dia pun segera beredar dari situ untuk membeli barang keperluan tuannya. Di sebuah kedai, Marjina disapa lembut oleh seorang peniaga,

"Mahu beli apa Cik Siti?"

"saya mahu beli belacan," jawab Marjina

"Laa... shhhh.. Jangan cakap kuat-kuat Cik siti," kata penjual itu. " saya jual belacan ini tiada lesen,"

"Eh, nak jual belacan pon kena ada lesen?"

"Benar Cik Siti. Nak jual ganja perlu ada lesen, nak jual candu perlu ada lesen. Belacan tiada lesen, jadi saya smuggle (belacan ini ) dari Malaysia."

"Oh begitu..."

"Cik Siti Mahu berapa (belacan)?"

"satu.."

Penjual itu melemparkan belacan dengan hati-hati dalam bakul Marjina, sambil matanya terus liar memerhati keadaan sekeliling. Kerisauan sentiasa menyelebungi hatinya jika ada kelibat penguatkuasa di situ.

Kisah ini adalah secebis babak adegan yang diambil daripada filem Ali Baba Bujang Lapok arahan seniman agung Tan Sri P.Ramlee.
Ia suatu kritikan, sindiran ke atas sikap pemerintah yang menghalalkan perlesenan ke atas bahan yang merosakkan. Namun, tidak tahu adakah isu ketika itu bertepatan dengan sindiran yang dibuat.

Lesen oh lesen. Seandainya lesen boleh berkata-kata, sudah pasti ia juga tidak mahu digunakan untuk menghalalkan JUDI yang haram.



1 comments:

far hani said...

salah satu cara/medium utk menegur perundangan negara kita hari ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...