• RSS

18 May 2010

Sekolah agama: bukan kilang mencetak individu muslim

Apabila anak-anak sudah berumur 12 tahun, para ibu bapa sudah mula memikirkan dimanakah sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di peringkat menengah. Bagi anak-anak yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, SBP atau MRSM sudah tentu menjadi pilihan untuk menjadikan anak-anak mereka lebih berdikari dan diberi kemudahan yang lebih istimewa dari segi akademik, kemudahan belajar dan bermacam-macam lagi. Namun, tidak kurang juga ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka diberi ajaran agama yang cukup sudah tentu mereka lebih memilih sekolah beraliran agama. Namun, tidakkah mereka berfikir, adakah anak-anak mereka bersedia dan sesuai untuk belajar di sekolah agama?

Bagi keluarga dan individu yang berfikrah islam yang sempurna sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk berada di sekolah agama. Malahan, sekolah itu nanti menjadi batu loncatan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik , malahan segala kemahiran-kemahiran lain juga bakal terasah dan seterusnya akan dilantik untuk berada di barisan kepimpinan pula.

Namun, sekolah agama juga menempatkan pelajar-pelajar yang tidak bersedia untuk menerima segala macam peraturan-peraturan yang dianggap menyesakkan jiwa remaja mereka. Yang paling ketara ialah, garis panduan pemakaian.

Pelajar perempuan wajib bertudung labuh, dibahagian tangan bercekak dan bersarung kaki di semua kawasan terbuka.

“pergh! Panasnya. Semua labuh..”

“tudung labuh? Macam hantu je.”

“pakai stokin? Err… kaki tu aurat ke?”

“Alhamdulillah.. semuanya tak jadi masalah”

Beginilah antara reaksi tatkala mereka membaca buku peraturan yang disertakan dengan surat tawaran. Terdapat banyak lagi peraturan yang berbeza diantara sekolah agama dengan sekolah biasa. Pembatasan pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, wajib solat berjemaah, wajib membaca Al-Mulk sebelum tidur,wajib membaca Ma’thurat setiap petang, wajib menghadiri tazkirah maghrib dan banyak lagi kewajipan yang ada.

Pelbagai persepsi pelajar terhadap peraturan-peraturan ini. Ada yang menerimanya sebagai bala dan tidak kurang juga yang berlapang dada. Apa yang paling bahaya ialah, mereka yang menerimanya hanyalah sebagai peraturan sekolah yang sengaja mengongkong dan bukanlah peraturan yang bertujuan untuk mendisiplinkan dan membentuk muslim cemerlang berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunah dan Pengajian Syariah Islamiah juga hanya bertindak sebagai keperluan akademik yang memenuhkan slip pendaftaran peperiksaan sahaja dan bukanlah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Lebih parah lagi jika mereka bertindak melawan pihak sekolah, menghasut pelajar lain membenci sekolah dan seterusnya memberontak. Maka, wujudlah kes-kes yang kurang sedap didengar yang berlaku dikalangan pelajar sekolah agama. malahan, adakalanya punca yang dianggap remeh bakal memberi impak yang besar kepada sesetengah individu.

Buktinya, sekitar tahun 2003 kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar junior yang dibelasah oleh beberapa orang senior di sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Setelah disiasat, pelajar yang mati itu dibelasah hanyalah kerana merosakkan kettle abang seniornya.

Begitu juga dengan Benjamin Stephen ataupun nama sebenarnya Badrul Hisyam yang murtad keluar daripada islam dan mengfitnah Islam di gereja-gereja. Setelah diselidiki, dia dahulu bersekolah di sebuah sekolah agama di Perak tetapi rakan-rakan seniornya selalu membuli dan mengusiknya kerana dia berperwatakan lembut. (sila baca majalah solusi isu 12 ruangan Ust Hasrizal yang bertajuk Gejala Pemikiran Skeptis Terhadap Agama )

Selain itu, banyak lagi kes-kes ‘terpendam’ yang dirahsiakan pihak sekolah bagi menjaga kepentingan tertentu. Bukan semua sekolah agama di Malaysia ini yang terbabit dengan gejala tidak sihat, namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Inilah hakikatnya. Jika pada zaman 80-an dahulu sekolah agama melahirkan golongan pro-taz (professor ustaz) Kini, sekolah agama sudah tidak lagi melahirkan golongan ilmuwan islam sebanyak dahulu. Apa yang ada hanyalah golongan cerdik pandai yang cemerlang keputusan peperiksaannya tetapi gagal dari segi akhlaknya. Bi’ah solehah di sekolah hanyalah diamalkan secara hipokrit. Pesanan ustaz dan tazkirah-tazkirah setiap hari hanya dianggap omongan kosong sahaja.

Tidak tahu kemana arah tuju sekolah agama yang kian dipandang sepi oleh masyarakat. Sekolah agama sudah semakin kurang nilai agamanya. Tidak lagi dipandang tinggi.

“alah, budak sekolah agama pun sama je macam budak sekolah biasa.. buli ada juga. Curi pun ada. Lepasan sekolah agama pun ramai yang free hair. “

Inilah dialog ngeri yang tidak mampu untuk saya nafikan. Dialog ini juga terhasil apabila masyarakat terlalu high expectation terhadap pelajar sekolah agama.

Kesimpulan yang saya mampu ungkapkan, sekolah agama hanyalah sebuah sekolah yang memberi jalan dan panduan untuk membentuk pelajar menjadi muslim cemerlang dari segi ilmu fardhu ‘ain dan kifayah. Semuanya terpulang pada pelajar itu sendiri yang mahu mengambil kesempatan tersebut ataupun membazirkannya begitu sahaja. Pelajar sekolah agama tetap masih seorang manusia yang tidak lari daripada dosa dan kesalahan dan bukanlah seorang nabi yang maksum. Sekolah agama bukanlah tiket untuk ke syurga. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Keimanan seseorang tidak boleh diukur sama sekali dari segi ilmu yang diperolehi kerana kuantiti ilmu tidak sama dengan kuantiti dan kualiti amal.



(gambar hiasan)


3 comments:

tasnim said...

Assalamualaikum,

Setuju dgn Linda..sekolah Agama hanyalah suatu jalan yang memberikan pengetahuan dan menghidupkan kecintaan kpd Allah di dlm diri pljr2nya. Sama ada mrk (pljrnya) benar-benar menjadi insan soleh/ah adalah di atas diri sndri.

Saat terhimpit..ada yang dapat menerima, ada yang terasa rimas dan melarikan diri. Ada juga shbt yang 'melarikan' diri dari sekolah agama dan mengutuk-ngutuk di luarnya. Terlalu banyak unsur2 mksiat di perskitaran kita skrg..

"Iman bukan untuk diwarisi, bukan untuk dicetak-cetak.."

Namun, semua ini meenjadi fitnah yang besar kpd pljr2 agama. Sedih...cuma jgn jdikan ini alasan utk mengenepikan sekolah2 agama terutamanya SAR..

wallahu'alam.

husna said...

Iman adalah mutiara bak kata lagu raihan.sekolah agama itu sendiri sbagai alat atau tmpat utk mndpatkannya.terpulang kpd individu tersebut utk mngamalkannya atau tidak dlm kehidupan...

far hani said...

mereka juga insan biasa.....yang diciptakan sama seperti orang lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...