• RSS

19 September 2010

SYAWAL



Takbir yang berkumandang menandakan berakhirnya bulan mulia ramadhan. Jika ramadhan bulan madrasah dan tarbiyah, maka syawal ini bulan graduasi dan kemenangan. Semoga kita benar-benar terdidik dengan amal ibadah yang ditunaikan sepanjang ramadhan lepas. Insya Allah..

Istimewanya syawal kali ini juga kerana ia jatuh pada bulan September. Selain ulang tahun bulan kelahiran saya, abang, abah dan beberapa anak saudara saya juga  lahir pada bulan ini. Maka, Pn Hjh Asmah selaku emak dan nenek yang berhati mulia ini telah menempah kek khas untuk kami. Bukan senang nak cari kek hari jadi buatan melayu di musim perayaan ini.

Norazlinda bt Amin-2/9/90
Ahmad Farid bt Amin@bro andak-15/9/86
Anas Hakim b. Ishak-19/9/03
Ahmad Yasir b. Ishak & A’ida Yasirah bt. Ishak-24/9/05
Nur Haziqah Hazirah bt Ameludin-29/9/02
Hj Amin b. Hj Shamsudin@abah (sudah kembali ke rahmatullah..al-fatihah)-30/9/40

“Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosa kami. tambahkanlah mahabbah wa rahmah dalam keluarga kami.. Satu padukanlah hati-hati kami dalam mentaati agamaMu. Jadikanlah keturunan kami keturunan yang mendirikan solat dan memperjuangkan syiarMu. Perbetulkanlah akhlak kami. Lembutkanlah hati kami. Peliharalah diri kami dari melakukan maksiat. Aamin..”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...