Tajuk: Ya Allah.. akalku terhad Ilmuku dangkal
Penulis: Sofiyah Satuyah Rasin
Penerbit: Oasis Books Sdn Bhd
Harga: Sem. Malaysia: RM18.00, Sabah/Sarawak: RM21.00
Memetik salah satu bab dalam buku ini…
Kecacatan…. Satu anugerah.
Usianya baru 10 tahun, kanak-kanak lelaki jepun ini kehilangan tangan kirinya dalam satu kemalangan jalan raya namun minatnya yang mendalam untuk menguasai judo, salah satu seni mempertahankan diri di Jepun tetap berkorbar. Ibu bapanya beralah dan menghantarnya kepada seorang guru judo tua yang sangat berpengalaman.
Dengan kesungguhan dan azam yang membara, kanak-kanak ini tiada masalah mempelajari apa yang diajarkan gurunya. Namun, ada satu perkara yang dirasakan pelik oleh kanak-kanak ini. Suda tiga bulan belajar tetapi gurunya mengajar satu jurus atau gerakan Judo.
Didesak oleh perasaan ingin tahu, kanak-kanak ini bertanya:
“sensei, ini sahaja ke gerakan yang saya perlu belajar. Tak ada gerakan lain ke?”
“memang ini sahaja gerak Judo yang engkau perlu kuasai.” Jawab gurunya.
Walaupun tidak berapa faham dan tidak berapa puas hati dengan jawapan gurunya, namun dia yakin dengan gurunya dan it uterus gigih berlatih tanpa mengenal kecewa dan putus asa.
Beberapa bulan kemudian, guru membawanya ke pertandingannya yang pertama. Alangkah terkejutnya kanak-kanak ini kerana dia Berjaya menjatuhkan dua pencabarnya kepada pusingan awal. Pusingan ketiga lebih mencaba, tetapi oleh kerana pencabarnya hilang kawalan diri, kanak-kanak itu Berjaya sekali lagi. Dia hampir tidak percaya apabila dirinya diisytiharkan Berjaya ke peringkat akhir.
Pencabarnya pada peringkat akhir lebih besar, lebih kuat dan lebih berpengalaman berbanding dirinya yang baru berusia 10 tahun, pertama kali masuk pertandingan dan kudung pula sebelah tangan. Pada minit-minit awal pertandingan, kanak-kanak ini kelihatan seperti tidak setanding dengan lawannya, pengadil yang risaukan keselamatan kanak-kanak ini ingin menamatkan pertandingan. Guru tua tadi segera bertegas meminta supaya pengadil meneruskan pertandingan.
“jangan tamatkan! Biar dia teruskan.”
Pertandingan diteruskan sehinggalah pada satu saat, pencabarnya tersilap pertimbangan dan melakukan kesilapan besar lalu hilang kawalan. Peluang keemasan untuk kanak-kanak kudung menjatuhkan pencabarnya dan di luar jangkaan ramai, dia menjuarai pertandingan tersebut.
Dalam perjalanan balik sebagai seorang juara, murid dan guru berbincang mengenai setiap gerakan yang diguna dalam pertandingan tersebut. Kanak-kanak itu akhirnya mendapat keberanian bertanya kepada guru, bagaimana hanya denga satu gerakan sahaja dia boleh mengalahkan semua pencabarnya, malah akhirnya dibobatkan sebagai juara.
“sensei, macam mana saya boleh menang hanya dengan satu gerakan?”
“ada dua sebab engkau menang,”
“pertama, engkau sekarang telah hampir menguasai salah satu gerakan Judo yang paling sukar dikuasai…”
“kedua, satu-satunya cara yang diketahui boleh menjatuhkan gerakan Judo yang engkau gunakan ialah dengan ‘mengunci’ tangan kirimu. Engkau tak ada tangan kiri untuk ‘dikunci’ pleh pencabarmu.”
Fahamlah kanak-kanak tersebut keadaannya dan mengapa guru hanya mengajarnya satu gerakan. Siapa sangka, kecacatan tangan kiri yang biasanya dianggap kelemahan dalam seni mempertahankan diri telah menjadi kekuatan utamanya. Dia melihat ke arah tangan kudungnya, menyentuhnya dengan tangan kanan dengan rasa syukur.
Penulis membawa kisah ini dan mengaitkannya dengan sifat Allah Al-Qawwiy ( Maha Kuat) dan Al- Hakim (Maha Bijaksana). Allah meminjamkan sekelumit kekuatan dan kebijaksanaan kepada kanak-kanak dan guru tua tersebut.
Buku ini mengandungi pelbagai jenis pengalaman dan kisah-kisah menarik dan dihuraikan melalui sudut asmaulhusna. Setiap apa yang berlaku menjadi bukti kehebatan Allah Ta’ala. Jika dihayati sepenuhnya buku setebal 271 muka surat ini boleh menjadi penguat hati dan menambahkan iman kita terhadap kebesaran Allah. Insya Allah..
0 comments:
Post a Comment