Tajuk: Rindu & Air mata Di Ktzi’ot
Penulis: Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
Harga: Sem. Malaysia RM16.00 Sabah/Sarawak RM18.00
Novel ini bukanlah seperti novel melayu biasa yang telah ‘berjaya’ melalaikan kebanyakkan remaja dalam dunia percintaan. Tapi novel ini sarat dengan sejarah bangsa yahudi, zionis, kerakusan dan kekejaman tentera mereka melayan tawanan. Kisah percintaan antara Ibrahim Pasha lelaki muslim dan Anastasya gadis berbangsa Yahudi hanyalah sekadar pewarna ala kadar dalam menghiasi mood keseriusan dan ketegangan setiap babak.
Ibrahim Pasha telah ditangkap oleh tentera zionis kerana berada di kawasan larangan atas tuduhan dia adalah pejuang Islam Hizbullah. Menariknya novel ini adalah ketika bapa saudara rakannya mengatur strategi untuk membebaskannya dengan bantuan seorang bekas tali barut Mossad yang sudah insaf kerana sudah terlalu banyak menghirup darah manusia. terlepas dari mulut zionis adalah mustahil. Namun, itulah yang terjadi. unsur Prison Break ataupun Mission Impossible dimasukkan ketika usaha menyelamatkan Pasha.
Suka untuk saya berkongsi sedikit fakta yang digarapkan dalam novel ini.
….zionisme adalah gerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air untuk orang yahudi.gerakan antarabangsa tersebut akhirnya berjaya dalam mendirikan Negara Israel pada 1948, iaitu sebagai Negara pertama dan satu-satunya Negara Yahudi moden……..
…….Mossad adalah agensi perisikan Israel. Berperanan mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari segenap Negara yang dianggap mengancam Negara Israel, terutamanya jiran-jirannya, yakni Negara-negara Arab. Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat ataupun M16 dari United Kingdom.Ditubuhkan pada 13 disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel. David Ben-Gurio. Shiloah mahu sebuah institut penyelarasan pusat yang dapat membaiki perkhidmatan keselamatan keselamatan, dan meyelaras perisikan tentera (AMAN) dengan perkhidmatan Keselamatan Awam (Shin Bet)…..
…..kebanyakkan yahudi adalah daripada Bani Israel purba, yang juga dikenali sebagai Ibrani. Kaum Ibrani menetap di Tanah Israel. Bani Israel menjejaki salasilah mereka kepada patriakh biblical Abraham melalui Isaac dan Jacob. Monarki bersatu didirikan di bawah Saul dan diteruskan di bawah raja david dan Solomon….
….nama Israel berakar umbi dalam Injil ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel sesudah Berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri. Dalam kepercayaan Kristian, musuh itu adalah Tuhan yang sedang ,menyamar. Negara Bible ini yang diasaskan oleh Jacob. Ia kemudian dipanggil anak-anak Israel atau Orang Israel (Israellite)….
……dalam Al-Quran juga, Yahudi dipanggil bani Israel. Secara Epistemologi, Bani bermaksud anak-anak keturunan, sedangkan Israel adalah nama asli Nabi Ya’kub. Baginda adalah putera Nabi Ishaq bin Ibrahim. Baginda berhijrah ke Haran, wilayah Syria utara dan bernikah di sana. Dengan itu, berkembanglah generasi pertama Bani Isra’el….
Lagu kebangsaan Israel : Hatikvah (harapan)
Selagi tersemat di dalam dada,
Semangat Yahudi yang masih rindukan,
Untuk kaju kea rah timur,
Mata yang masih menatapi kea rah Zion:
Harapan kami masih kekal,
Harapan silam,
Untuk pulang ke tanah bapa kita,
Di Bandar mana Daud berkhemah,
Selagi tangisan dari mata kita,
Mengalir seperti hujan kerahmatan,
Dan keramaian rakyat kita,
Masih membayar penghormatan di kubur bapa kita,
Selagi Tembok berhargakita,
Bermuncul sebelmu mata kita,
Dan di atas kebinasaan Kuil kita,
Mata yang masih penuh dengan tangisan,
Selagi perairan Jordan,
Dengan penuhnya bertambah tebingnya,
Dan di bawah ke laut Galilee
Dengan bunyi gamat gugur,
Selagi berada di lebuhraya Barren
Pintu Bandar raya rendah hati bertanda
Dan dalam kalangan runtuhan bangunan Jerusalem,
Seorang anak perempuan Zion masih menangis
Selaginya tangisan suci
Mengalir dari mata seorang anak perempuan pada negaraku
Dan menaunguntuk Zion di pengawal malam
Dia masih bangun pada tengah-tengah malam
Selagi titisan darah masih dalam urat kita
Mengalir mundur dank e hadapan
Dan pada kubur bapa-bapa kita
Titisan embun masih gugur
Selagi adanya cinta terhadap Negara
Berdegup di hati orang yahudi
Kita masih mempunyai harapan walaupun pada masa kini
Bahawa suatu tuhan yang marah masih mempunyai kesayangan terhadap kita
Dengarkan, O saudaraku di tanah buangan
Suara salah satu visionary kita
Sesiapa yang mendakwa bahawa hanya dengan yahudi yang terakhir
Di situ sahajalah penamatnya harapan kita!
Apa yang dipaparkan di video-video mengenai penderitaan bangsa Palestin kebanyakkannya hanyalah kesan kemusnahan, pendarahan, kematian orang ramai dan sebagainya. Tapi, apa yang ada dalam novel ini, penulis menceritakan dengan terperinci bagaimana tahanan mereka dilayan dengan amat kejam.
…..terdapat satu ratus lapan puluh jenis penyeksaan yang digunakan oleh Israel terhadap tahanan Lebanon dan Palestin. Yang paling sering digunakan adalah kepala mereka digoncang dengan keras, dimasukkan ke dalam tandas, memukul buah zakar, memainkan muzik dengan kuat di telinga mangsa, dilarang tidur, dicekik, dipaksa duduk di kerusi kanak-kanak hingga beberapa jam, digantung dengan dua tangan, gangguan seksual terutama terhadap tahanan anak-anak di bawah umur, ditelanjangi, diikat kaki dan tangan ke belakang, dimasukkan kedalam penjara secara berhimpit dan dipukul ulu hati mereka.mereka juga menyimbah mangsa dengan air kencing dan tahi yang dimasukkan ke dalam beg yang digantung di bahagian atas kepala mangsa untuk membiarkan air yang kotor itu menitis di atas kepala…….
Menghafal dan menghadam setiap sejarah dan konflik Israel-Palestin dalam novel ini bagi saya bukanlah mudah. Namun, jika dibaca berulang kali dan diikuti dengan kajian sedikit sebanyak daripada pelbagai sumber, Insya Allah Palestin akan terasa dekat dengan anda, pemboikotan terhadap barangan Israel dan sokongan terhadap barangan jenama muslim akan kembali subur dan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Kini, sesetengah ustaz berlulusan PHD tidak segan silu mengaku selalu berkunjung di sebuah restoran makanan segera . isu kesahihan adakah ia benar menyalurkan sumbangan ekonomi kepada tentera Israel bukanlah isu utama, tapi sejauh mana kita sebagai individu muslim merasa sensitive dan mengharamkan diri daripada menyentuh,memakan dan mengguna barangan yang telah disenaraikan sebagai penyumbang dana kepada tentera Israel yang telah membedil dan melahap daging-daging saudara seIslam kita, itu yang lebih utama. Setakat mana kebencian kita terhadap keganasan tersebut?
Sudahlah kita tidak mampu lari daripada menggunakan facebook, blogspot, yahoo dan pelbagai lagi material mereka, apalah salahnya kita meminimumkan penggunaan barangan buatan mereka.
Rindu & Air Mata di Ktzi’ot tidaklah terlalu berat untuk dihadam. Namun bukanlah juga terlalu ringan seperti novel-novel biasa. Bacalah! Semoga ia mampu menghidupkan semangat jihad anda dan kuasa empati mampu menjadikan anda lebih bersyukur menghargai nikmat Allah.
Wallahualam..
1 comments:
Astagfirullah..
Pinjamkan akak lps akak siapakan PSM ni ya..boleh~?
Post a Comment