Islam merupakan agama yang bermaruah tinggi dan dihormati di
pelusuk dunia. Setiap syariat yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan
hadith telah jelas membawa kesejahteraan
dan kebaikan kepada penganutnya. Islam juga semakin diterima oleh penduduk
barat yang bukan beragama Islam. Contohnya ketika serangan tentera Israel terhadap
kapal Mavi Marmara yang membawa misi bantuan untuk penduduk Gaza yang telah
mengorbankan seramai sembilan orang rakyat Jordan yang lalu. Peristiwa ini
telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia. Penduduk Amerika dan bangsa-bangsa
eropah yang lain turut melakukan bantahan dan berdemonstrasi bagi menunjukkan bantahan
mereka terhadap penindasan orang islam meskipun berlainan agama.
Namun, apa yang berlaku pada 9 ogos yang lalu amat
memalukan. Penganjuran Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion festival (IFF)
yang telah diadakan di Monte Carlo, Las Vegas jelas bersifat mempermainkan
kesucian Islam itu sendiri.
Aurat
Jika disebut mengenai festival busana muslim, perkara utama
yang sepatutnya diketengahkan ialah pakaian yang menutup aurat. Namun apa yang
jelas adalah model-model yang menyertai festival ini terang-terangan tidak
berpakaian mengikut syarak. Bukan sahaja tidak bertudung malah, pakaian mereka
jelas menampakkan susuk tubuh dan menampakkan kulit. Sedangkan dalam Islam
jelas menggariskan aurat seorang perempuan itu adalah seluruh tubuhnya kecuali
muka dan tapak tangan.
(sumber:klik sini)
“Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam,
atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)
“Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan
wajah saja
-
Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
Menghina Islam
Terdapat seorang model yang memakai pakaian berlambangkan
tulisan khat bahasa arab ‘Muhammad’ terbalik. Hal Ini menjadi semakin serius. Ayuh kita imbas
kembali sekitar tahun 2005 dunia
digemparkan dengan isu sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi
Muhammad saw termasuk karikatur yang menunjukkan baginda memakai serban
berbentuk bom. Akibatnya Denmark mendapat kecaman seluruh dunia. Termasuklah respons
yang ditunjukkan di Negara kita, demonstrasi-demonstrasi tanda bantahan oleh pelbagai badan kerajaan dan bukan
kerajaan, parti-parti politik dan juga mahasiswa kampus. Ini termasuklah pemboikotan barang-barang
perniagaannya yang telah mengakibatkan mereka kerugian puluhan juta dolar. Walaupun
pada mulanya Perdana menteri Denmark ketika itu tidak mahu meminta maaf kerana
beralasan menegakkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar namun setelah diasak
dari pelbagai pihak, akhirnya pada tahun 2006, kerajaan Denmark meminta maaf
kerana penyiaran tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh
dunia.
Bagaimana pula dengan Malaysia sebuah Negara Islam yang
terlibat secara langsung dalam festival ini? Jika selama ini Malaysia menjadi
antara Negara yang terkehadapan dalam membicarakan isu penghinaan terhadap
Islam, tapi kini pemimpin Negara kita telah terlibat dengan menjadi salah
seorang peneraju kepada festival yang jelas menghina Islam dan menghina
Rasulullah saw khususnya . Di manakah suara-suara ilmuan agama yang berada di
barisan kepimpinan kerajaan yang lantang berforum di pentas? Jika hal ini tidak
mendapat tindakan sewajarnya, maka sia-sialah sambutan Maulidur Rasul dan perarakan
membawa sepanduk yang kita selalu adakan yang kononya membuktikan cinta kita
kepada Nabi Muhammad saw. Semuanya tipu belaka.
Misi yang jelas
Kita mungkin tertanya-tanya apakah sebenarnya misi Festival
Busana Muslim ini diadakan? (lebih lanjut sila ke www.islamicfashionfestival.com.my ) Apakah perbezaan
antara festival ini dengan festival pakaian yang lain? Adakah untuk memartabatkan atau memberi pendedahan
kepada umat Islam seluruh dunia mengenai garis panduan pemakaian seorang wanita?
atau ingin membuktikan kesenian Islam dalam pemakaian? ataupun ingin
membuktikan islam tidak jumud dalam berfesyen? Walau apa pun jua, perlaksanaan festival
ini tiada bezanya dengan festival pakaian yang biasa. Perkataan ‘Busana Muslim’
hanyalah sekadar tiket bagi memancing minat
orang Islam yang tidak hadam akan maksud Islam yang sebenar. Ataupun sebagai
topeng untuk menghalalkan festival pakaian di mata golongan cetek agama.
Umat Islam harusnya sedar dan membuka fikiran seluasnya di
atas kemungkaran yang telah berleluasa di dunia ini. Allah Ta’ala telah memberi
peringatan-perinagatan kecil kepada hambaNya dengan menurunkan bencana alam dan wabak penyakit yang sering datang dan
pergi . Namun ia masih tidak mampu memberi kesedaran kepada umat manusia. Mahukah
kita ditimpa Tsunami seperti di Acheh sekali lagi? Mahukah kita dibenamkan
dengan gempa bumi atau tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa suatu ketika
dahulu? Mahukah kita mati kesesakan nafas disebabkan oleh penularan virus
influenza A H1N1? Atau mahukah kita Malaysia diterbalikkan seperti apa yang
kaum Nabi Lut rasai dahulu? Nauzubillah…
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi
buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang Telah diberi
Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). dan
bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”
(Al-Maidah: 57)
“Maka tatkala mereka melupakan apa
yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang
dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan
yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.” (Al-A’raf: 165)
“(keadaan mereka) serupa dengan
keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya.
mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan
dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras siksaan-Nya.”
(Al-Anfal:52)
“Dan jika kami hendak membinasakan
suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di
negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam
negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan
kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Isra’: 16)
“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka
penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab
(penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis
di dalam Kitab (Lauh mahfuzh).” (Al-Isra’: 58)
Semoga kita tergolong dikalangan orang
mukmin yang diselamatkan Allah dari azabnya. Ini hanyalah pandangan seorang
mahasiswa Islam yang semakin takut dengan fitnah dunia. Wallahualam.
4 comments:
Salam Linda,.
post yang terbaik rasa dlm mengupas isu tentang aurat!
keep writing, Linda! know that, u r excellent!
^_^ stuju dgn yang
Benar ape yg akak tulis.semakin byk penganjur yg menganjur festival mcm ni mampu mbuatkan org bukan Islam keliru dgn ajran Islam..
Benar ape yg akak tulis.semakin byk penganjur yg menganjur festival mcm ni mampu mbuatkan org bukan Islam keliru dgn ajran Islam-husna-
Post a Comment