• RSS

20 December 2010

Kasih Tak Bersyarat



Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku



kasih yang tertinggi di dunia ini adalah kasih ibu pada anaknya. seandainya kasih itu boleh diukur dengan mata kasar, sebesar apalah agaknya ya.. adakah sebesar bumi ini? adakah seluas laut? atau adakah setinggi gunung? tidak! kasih ibu pada anaknya tidak boleh diukur. 


kasih seorang ibu pada anaknya bukan dibuktikan dengan belaian kemesraan semata-mata. bukan juga dengan menuruti segala permintaan si anak. Tapi kasih seorang ibu yang sebenarnya adalah dengan mendidiknya dengan syariat Islam yang sebenar supaya si anak beroleh keredhaanNya. tidaklah mampu rasanya untuk kita menyenaraikan tugas ibu sejak dari usia si anak dalam kandungan hinggalah ketika ibu menghembuskan nafasnya terakhir. terlalu banyak.


namun, apa yang kita mampu balas? adakah dengan duit berkepuk di bank? tidak sama sekali. ia tidak mampu dibalas dengan apa jua sekalipun. Segulung ijazah yang kita hadiahkan juga hanyalah sekadar penyejuk hati mereka dan ia belum mampu membalasi jasa ibu. 

ibu tidak pernah meminta apa pun sebagai balasan. Cukuplah sekadar melihat anaknya berjaya, pandai menjaga kehormatan diri, dan patuh pada suruhan Allah itu sudah memadai. Begitu yang pernah emak katakan pada saya. Emak sentiasa meredhai setiap keputusan yang saya lakukan. Emak sentiasa memahami keadaan saya yang jarang pulang ke rumah walaupun jarak antara UTM-Muar hanyalah 2 jam 30 minit. Kerana emak percaya dan yakin, anaknya punyai tanggungjawab. Emak tidak cepat melatah apabila mendengar kata-kata dari si mulut celupar yang menuduh saya tidak selalu pulang kerana saya tidak suka duduk di rumah.

kasih emak terus mengalir deras. Terlalu deras hingga tidak tercari mana akhirnya. 

saya bersyukur dan bangga punyai ibu seperti ini. Ibu yang memahami jarak antara anak dan ibu bukanlah penghalang untuk kasih itu berhenti mengalir. 

terima kasih emak kerana bersedia untuk berkorban perasaan. Rindu emak pada saya dibiarkan berpada. tidak dilayan semahunya. 

Ya Allah! mana mungkin aku cari ibu sebaik ini. Syukurku padaMu Ya Allah atas kurniaan terhebat ini. 

dan buat emak, sayang dan cintaku selepas Allah dan rasulku hanyalah untukmu. Terima kasih emak atas kasih tak bersyarat yang engkau curahkan di sepanjang hayat ini.  






3 Idiots








Kekangan masa pada beberapa bulan lepas, menjadikan pertemuan saya dengan adik-adik usrah tertangguh. Jadi, segera satu tugasan saya berikan pada mereka.
Tajuk tugasan:
Sila hayati filem 3 Idiots dan berikan ulasan mengenai filem tersebut.  
Ini jawapan mereka:
Fadz

  • jangan mudah putus asa dalam setiap perkara yang kita lakukan walaupun mendapat cemuhan daripada sekeliling
  • Beri pertolongan kepada orang yang memerlukan walaupun orang tersebut pernah melukakanhati kita dengan cemuhan.
  •  Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaikwalaupun menghadapi pelbagai cabaran
  • Jangan menghina dan memandang rendah pada seseorang kerana berkemungkinan orang tersebut akan membantukita dalam kesusahan pada masa hadapan 


Husna 

  •    Berusaha bersungguh-sungguh dlam mncapai impian
  • Semangat setia kawan.Sudi membantu dalam masa susah atau senang
  • Belajar perlulah ikhlas bukan terpaksa
  • Tak menerima sesuatu ilmu secara membuta tuli.Harus diketahui dengan memahami ilmu itu sebelum mempraktikkanya.

Hani

  • walau macam mane pon owang tu dh mmbnci kite n lakukan mcm2 pade kite, jgn laa kite brdendam dengan mereka....sesungguhnya, bila perbuatan jahat di balas dengan kebaikan, insyaAllah terbuka hati mereka utk melihat kebaikan kita.....kite boleh aplikasikan dlam kehidupan kite sbgai muslim, bile mreka yg non-muslim tgok kebaikan yg kita lakukan, mudah-mudahan terbuka gak hati diowang.....=)
  • jgn berputus asa!! walau ape pon yg berlaku, pasti ade hikmah di sebaliknya...jgn laa kite putus asa, pastu terjun bangunan ke, bunuh diri....kan berdosa tu..hehe...cbe kita tenangkan diri, muhasabah diri semula...cbe berfikiran positif..ingat!! setiap yg berlaku ada sebab yg mgkin kite x ketahui......Allah itu maha mengetahui...Dia tau ape yg terbaik...
  • don't judge a book by it's cover..even org tu mke nmpk mcm dungu...xbole la nk simpulkn org tu xtau pe2...org mcm tu diam2 ubi berisi...then,,,xleh la nk pndg rendah kat org tuh...sbb idop ni mcm roda..xsmestnye kte akn slalu kat ats..ade masenye kita akan berade d bwah...
  • kita xleh pakse owang utk jdik pe yg kite nak..terpulang laa pade dye nk jdik ape pon.....dye berhak utk mncorak hidup dye sndri...=)

Amira

  • menyayangi sahabat melebihi diri sendiri atau dgn erti kata lain tahap ukhwah yg trtinggi..
  • jgn prnah sesekali merasakn diri kita lebih tinggi dr org lain dgn memandang rendah trhdp seseorg itu..barangkali dia jauh lebih baik dr kita..
  • sntiasa brlaku adil trhadap semua pihak tnpa perlu pnindasan trhadap insan yg kurg bkmampuan drpd kita..perlunya sifat brtimbang rasa..
  • dlm mghadapi kgagalan,sntiasa bfikiran rasional..yg pnting ingt Tuhan..ikut hati,mati..ikut rasa,binasa..
  • pnting nya sifat berani..berani menentang kmungkaran..berani melakukan prubahan..berani kerana benar..
  • prlulah jujur dan brcakap benar agar org prcayakan kita..
  • dlm mnuntut ilmu,jgn hanya hafal semata2,tnpa memahami erti sbnar hafalan kita..seperti mghafal keseluruhan ayat2 suci Al-Qur'an tnpa memahami ertinya sekali..
  • sntiasa brbuat baik trhadap org lain..ingtlah,xkn rugi kalau kita buat baik walaupun dibalas dgn kejahatan..
  • skurang2nya brsangka baiklah..jgn mudah marah tnpa usul priksa..
  • kekayaan harta bkn segala2nya..kekayaan jiwa lbih utama..

01 December 2010

Wo Ai Ni Allah



Tajuk: Wo Ai Ni Allah
Penulis: Vanny Chrisma W
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan muka surat: 292
Novel ini saya baca dua kali untuk saya benar-benar hayati isinya. Ini adalah novel spiritual. Kisah penderitaan keluarga Ateis dalam mencari siapakah tuhan yang sebenar.
Tan Tio seorang penjenayah yang pernah terlibat dengan pelbagai kes rompakan, pembunuhan dan pengedaran dadah sehinggalah dia tiba-tiba sahaja bercakap-cakap mengenai tuhan. Dan dia mendakwa berkali-kali dia bertemu Tuhan dalam mimpinya juga sering menyuruh orang di sekelilingnya agar bertaubat kerana dunia itu bersifat sementara. Maka itu, Ah Liong yang merupakan ketua penjenayah itu menghalaunya keluar daripada kumpulan mereka dan menganggap Tan Tio gila!
Mei Hwa merupakan isteri Tan Tio. Wanita cantik yang berkerjaya dan insan yang paling keras mengatakan tuhan itu tidak wujud. Pergaduhan sudah biasa dalam keluarga mereka. Dia terlalu tertekan dengan suaminya yang dianggap sebenarnya menghidapi penyakit skizofrenia dan gila.
Amei Chan gadis kecil berumur 14 tahun. Dia selalu jadi mangsa pergaduhan ayah dan ibunya dan selalu bersama ayahnya dalam mencari jawapan siapa sebenarnya Tuhan.
 Novel ini membawa kisah penderitaan mereka dalam mengenal siapa itu Tuhan. Bagaimanakah bentuknya, adakah ia boleh disentuh, dihat dan sebagainya. Ya. Mereka derita. Derita batin. Pelbagai agama mereka temui. Puas juga mereka bertemu Fransiscus yang beragama kristian, Sami Chin beragama Buddha dan bersoal jawab dengan Ustaz Rohim di masjid. Sebenarnya Ustaz Rohim telah memberi jawapan yang terbaik. Namun, apabila Tuan Tio mencari tuhan itu secara  logik dan memikirkan Zat tuhan, sudah pasti jawapan ustaz tersebut tidak memberi kepuasan baginya.
Misi mencari tuhan itu pada mulanya hanyalah usaha Tan Tio. Kemudian, diikuti anaknya Amei dan akhirnya Mei Hwa juga turut mencari tuhan. Bagaimana masyarakat Islam, Buddha dan kristian  menangani golongan ini digambarkan dalam beberapa episod. Hanya sedikit reaksi negatif itupun yang ditunjukkan oleh Ustaz Ibnu di awal bab. Selainnya seperti  Ustaz Rohim dan isterinya Siti Maimunah hingga syahid ketika melindungi Mei Hwa, Husain dan Amir doctor psikiatri  yang merawat Amei Chan dan lain-lain lagi semuanya bersikap sewajarnya.
Pelbagai lagi konflik yang digarapkan penulis dalam novel ini bagi mengusik emosi pembaca. Insya Allah jika ia dibaca dengan hati, kita akan bertambah syukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai seorang muslim dan berusaha untuk membuktikan Islam bukanlah sekadar agama keturunan.
Secebis lembaran dalam novel ini,   
“……Dari hubungan, timbulnya perasaan . daripada perasaan timbulnya idaman. Daripada idaman timbulnya tamak. Daripada tamak, timbulnya kejadian. Dari kejadian, timbulnya kelahiran. Dari kelahiran, timbulnya usia tua, kematian, dukacita, ratapan, perasaan sakit, kekesalan dan keputusasaan. ……” ujar Sami Yan Chin.
“…Ambillah sepuluh macam ramuan. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaduk atau kerendahan hati, jadikanlah padanya tumbuhan taubat, taruhlah ke dalam lompang keredhaan, dan tumbuklah dengan penumbuk qanaah. Lalu simpan di kuali taqwa, tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke gelas syukur, kemudian kipasilah dengan kipas harapan, lalu minumlah dengan sendok pujian. Sesungguhnya jika kamu melakukan hal itu, maka akan menjadi ubat bagi segala penyakit dan bencana di dunia dan akhirat…” ucap Ustaz Rohim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...