• RSS

20 December 2010

Kasih Tak Bersyarat



Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku



kasih yang tertinggi di dunia ini adalah kasih ibu pada anaknya. seandainya kasih itu boleh diukur dengan mata kasar, sebesar apalah agaknya ya.. adakah sebesar bumi ini? adakah seluas laut? atau adakah setinggi gunung? tidak! kasih ibu pada anaknya tidak boleh diukur. 


kasih seorang ibu pada anaknya bukan dibuktikan dengan belaian kemesraan semata-mata. bukan juga dengan menuruti segala permintaan si anak. Tapi kasih seorang ibu yang sebenarnya adalah dengan mendidiknya dengan syariat Islam yang sebenar supaya si anak beroleh keredhaanNya. tidaklah mampu rasanya untuk kita menyenaraikan tugas ibu sejak dari usia si anak dalam kandungan hinggalah ketika ibu menghembuskan nafasnya terakhir. terlalu banyak.


namun, apa yang kita mampu balas? adakah dengan duit berkepuk di bank? tidak sama sekali. ia tidak mampu dibalas dengan apa jua sekalipun. Segulung ijazah yang kita hadiahkan juga hanyalah sekadar penyejuk hati mereka dan ia belum mampu membalasi jasa ibu. 

ibu tidak pernah meminta apa pun sebagai balasan. Cukuplah sekadar melihat anaknya berjaya, pandai menjaga kehormatan diri, dan patuh pada suruhan Allah itu sudah memadai. Begitu yang pernah emak katakan pada saya. Emak sentiasa meredhai setiap keputusan yang saya lakukan. Emak sentiasa memahami keadaan saya yang jarang pulang ke rumah walaupun jarak antara UTM-Muar hanyalah 2 jam 30 minit. Kerana emak percaya dan yakin, anaknya punyai tanggungjawab. Emak tidak cepat melatah apabila mendengar kata-kata dari si mulut celupar yang menuduh saya tidak selalu pulang kerana saya tidak suka duduk di rumah.

kasih emak terus mengalir deras. Terlalu deras hingga tidak tercari mana akhirnya. 

saya bersyukur dan bangga punyai ibu seperti ini. Ibu yang memahami jarak antara anak dan ibu bukanlah penghalang untuk kasih itu berhenti mengalir. 

terima kasih emak kerana bersedia untuk berkorban perasaan. Rindu emak pada saya dibiarkan berpada. tidak dilayan semahunya. 

Ya Allah! mana mungkin aku cari ibu sebaik ini. Syukurku padaMu Ya Allah atas kurniaan terhebat ini. 

dan buat emak, sayang dan cintaku selepas Allah dan rasulku hanyalah untukmu. Terima kasih emak atas kasih tak bersyarat yang engkau curahkan di sepanjang hayat ini.  






1 comments:

husna said...

jasa ibu ayah tidak terbalas dgn wang ringgit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...