Alhamdulillah wa sykurulillah..
Embun pagi 2011 masih berpeluang untuk menjadikan saya dingin. Sememangnya dingin yang ini tidak sedingin di penghujung disember lepas. Dingin sebelum ini terlalu luar biasa sejuknya. Sejuk yang memeritkan. Dingin yang hanya mampu dihangatkan dengan dakapan erat ukhuwwah. Dingin yang membawa bersama erti tarbiyyah dan tadhiyyah. Dingin yang menyaksikan ikrar bukti kesetiaan tanda cinta pada agama. Dingin yang itu juga kadang kala dihangatkan dengan sebuah lagu yang bergema padu bukti kesatuan mereka yang menyanyikan.
Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang
Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang
Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang
Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang
Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!
Dingin 2011 biasa sahaja. dingin yang menyamankan dan tidak sesekali memeritkan. Saya senang sekali dengan kehadirannya. Hari ini hari yang keenam dingin 2011 bertandang. Dingin ini membawa bersama roh semangat untuk terus mengorak langkah ke hadapan selepas saya bertemu dengan dingin yang sebelumnya.
Saya sering kali terngiang-ngiang dengan ikrar sebelum ini. Takut ia tidak terlaksana nanti. Hari-hari yang bakal mendatang saya tidak tahu bagaimana rencananya. Kata-kata kita sering diuji. Jadi bersedialah wahai diri untuk diuji. Terlaksana atau tidak bukanlah pokoknya. Apa yang penting harus sentiasa ikhlas dan faham tentang apa yang dilakukan dan perjuangkan. Kalau itu semua ada, insya Allah tidak akan futur buat selamanya. Juga dengan ikhlas dan faham, kita tidak akan banyak mengeluh dan mempersoalkan apa yang ditaklifkan.
Saya rimas dengan keluhan sahabat “ kenapa aku kena jadi ……?”. Aduhai sahabat, taklifan bukan hobi kegemaran yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang. Ia tidak boleh dipilih-pilih seperti memilih barangan di kedai. Aku nak yang ini, ini dan ini. aku tidak mahu yang itu, itu dan itu. Taklifan itu amanah dari Allah. Allah yang memilih kita untuk melakukannya.
Saya tidaklah sehebat mana. Masih banyak lagi ilmu yang belum diraih. Masih banyak kecacatan di sana-sini. Saya percaya mehnah dan tribulasi di hadapan menuggu masa untuk membaham saya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Lahaulawa quwwata illa billah..
nota:
1. Hanya orang tertentu sahaja yang memahami entri ini.
4 comments:
salam. saya 'tak faham'.
1)jika ada yang mengeluh, sila dengar keluhan dia kerana orang yang penat memerlukan tempat untuk meluah perasaan
2) tapi kalau dah selalu sangat, cadangkan kepada dia supaya letak jawatan sebab dia dah tak layak untuk buat kerja tu.
~sekadar cadangan..wlm
to lagenda pejuang islam: terima kasih atas cadangan. semoga kita tidak menjadi orang yang selalu mengeluh
Husnu Zhan : keluhan itu sebagai ubat untuk meluah perasaaan..
Berusahalah untuk hindarkan keluhan..InsyaALLAH
to kak tasnim: Insya Allah.. sedang berusaha menjadi pendengar yang TERBAIK..
Post a Comment