• RSS

22 April 2011

Melankolik perpisahan


“lepas ni, dah tak dapat dah macam ni lagi..”
“kak, tadi kita cakap pasal program yang tak jadi tu nak ganti dengan apa ya?..”

******************************************

Bila ada senior yang cuba memulakan topik berbaur perpisahan, saya sebolehnya menepis. Tukar topik. Pura-pura tidak dengar. Fokus kononnya. Sedangkan gundah di hati ini hanya Allah yang tahu. Bukan tidak tahu perpisahan itu sesuatu yang PASTI. Bukan enggan patuh dengan sunnatullah, namun perpisahan itu agak manyakitkan bagi yang benar-benar merasai.
Dan hinggalah waktu itu tiba juga. Jiwa melankolik. Irama lagu pun jadi syahdu. Lagu yang dimainkan hanya bertemakan sahabat, perpisahan dan perjuangan.  Hati jadi sayu. Rindu bakal bertamu. Entah bila lagi akan berjumpa.

*****************************************

Artis : Hafiz Hamidun
Album : Syukran
Tajuk: Tinggallah Kenangan

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin dapat di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu


Puas saya cari video klip lagu ini tapi tidak jumpa. Mungkin pembaca sekalian boleh dengar sendiri lagu ini untuk lebih menghayati. 

**************************************

Tapi, saya sentiasa yakin. Perpisahan dunia ini PASTI bersifat sementara. Jadi, sapulah air matamu. Usirlah dukamu. Insya Allah jika ukhuwwah ini benar-benar keranaNya, maka yakinlah kita bakal dipertemukan di akhirat sana. Ameen Insya Allah..

Sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan alam kampus sekalian…..
Sejuta keampunan diminta seandainya diri yang masih muda mentah ini pernah melakukan perkara yang tidak-tidak, terkurang ajar, ingkar arahan, terguris perasaan, dan sebagainya.
Terima kasih tidak terhingga di atas tarbiyah, ilmu dan tunjuk ajar yang pernah diberi.
Selamat berjuang di medan sebenar buat yang pergi,
dan doakan agar kami sentiasa kental di sini…J





20 April 2011

Ratu Hatiku

musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian

sering terimbas sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami

engkau ratu di sanubari
menjalar di tiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan

andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri

deraian air mata bertemu di pipinya
melihat anak-anaknya berjaya
Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba
pasti tak akan selama-lamanya

kaulah ratu hatiku

Artis: AlarmMe

 Allahurabbi.. Bersyukurku Kau memberiku Ratu Hati yang tidak ternilai harganya.. Seorang ibu yang mengasihiku lebih daripada nyawanya. Ibu yang bisa memahami anaknya dalam apa keadaan sekalipun. Ibu yang sentiasa menyebut namaku di dalam doanya.. Ibu yang sering bersabar menunggu kepulangan anaknya.. Ibu yang.....entah terlalu banyak jasamu yang kamu curahkan wahai ibuku..
Sangat rindu dan sayang kamu.. Allah.. sampaikan salam kerinduan seorang anak ini pada ibunya..





17 April 2011

Nur Kasih The Movie


Filem ini adalah kesinambungan daripada drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 setiap jumaat jam 9 malam pada tahun 2009. Drama yang penuh dengan konflik ini telah berjaya mengumpul jutaan penonton dan peminat seluruh Malaysia. Mungkin ini yang memotivasikan Kabir Bhatia selaku pengarah drama tersebut untuk meneruskan kisah ini di filem. 

Penggemar drama dan filem melayu mungkin setuju dengan saya apabila saya katakan filem ini lain daripada yang lain. Jalan ceritanya mempunyai konflik yang berbeza, isu kekeluargaan, cinta selepas perkahwinan dan banyak lagi.

Sedikit preview drama Nur Kasih bagi yang belum menontonnya.

Adam yang bersifat memberontak dan bengis mengajar ustaz Hassan untuk menilai semula cara beliau mendidik anak. Juga mind setting seorang ayah yang sentiasa menganggap anaknya nakal secara tidak langsung menzahirkan layanan anak seperti Adam dibezakan. Aidil selalu dipuji kerana bacaan Al-Qurannya lancar. Adam selalu dimarahi kerana tidak pandai menyebut huruf dengan makhraj yang betul dan juga tidak pernah dipuji walaupun dia sangat pandai melukis. 

Begitu juga dengan keluarga Imam Bakar yang mempunyai anak perempuan yang kurang elok akhlaknya, Sarah. Sikap kedua ibu bapanya yang terlalu melebihkan anak angkatnya, Nur Amina menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang tinggi dan lebih parah lagi tindakan Sarah sering di luar jangkaan.

Ulasan: Ibu bapa harus menghargai perbezaan kebolehan dan perwatakan anak-anak. Mereka perlu membuka minda. Keistimewaan dan kebolehan anak-anak yang perlu dipuji dan dihargai bukanlah sekadar perkara berkaitan solat dan Al-Quran sahaja. Kerana semuanya baik menurut Allah.

Aidil yang sangat ingin melihat perubahan pada adiknya, Adam sanggup mengorbankan perasaan cintanya pada Nur Amina dengan mengizinkan ayahnya meminangkan Nur untuk Adam. Teori yang digunakan, “ kita akan lebih bahagia jika kita melihat orang yang kita sayang bahagia.” 

Ulasan: Secara praktikalnya benarkah teori ini? Bukankah dalam hal yang berkaitan ibadah, kita harus mengawlakan diri kita dahulu? Namun, ia bergantung pada situasi. Jika Adam tidak berkahwin dengan Nur akan berlaku kecelakaan yang lebih teruk, maka wajarlah Aidil untuk mengorbankan perasaan demi menjaga kemaslahatan yang mendatang. Begitulah seharusnya. Kebahagiaan yang sudah hanya sejengkal berada di depan mata kita bukanlah menjamin kebahagiaan kita di akhirat. Mungkin ia hanya bersifat keduniaan sahaja.

Aidil bertemu Aliya di sebuah kedai buku ketika menunaikan umrah. (hakikatnya dilakonkan di kedai buku Popular sekitar Selangor). Dalam masa yang sama Mak Jah (ibu Aidil) sedang berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil segera bertemu jodoh. Setelah mereka akhirnya berkahwin, pelbagai konflik yang terjadi. Sifat cemburu Aliya kadang kala melampau-lampau. Dia juga tidak thiqah pada suaminya sendiri. Hanya banyak kepada mengadu pada orang tuanya. Kurang istikharah. Aliya juga kurang  memahami ibu mertuanya.

Ulasan: Doa ibu memang mustajab. Apa lagi jika berdoa di tempat yang mustajab seperti Jabal Rahmah. Malangnya mungkin ada orang yang pergi umrah semata-mata untuk dipercepatkan jodoh. Melalui pemerhatian saya, perempuan yang ‘loaded’ mudah berperasaan yang tidak-tidak pada suami. Cuba perhatikan filem Ketika Cinta Bertasbih versi Ramadhan. Anna yang faqih dalam ilmu syariat juga boleh hilang thiqah pada suaminya yang juga seorang pengurus Pesantren. Betullah apa yang diajarkan Rasulullah saw. Sekufu itu perlu dalam kriteria mencari calon pasangan hidup. 

Selain ini, banyak lagi perkara-perkara penting yang boleh diambil sebagai pengajaran walaupun banyak yang kita dah tahu, tapi aplikasinya mungkin lebih jelas jika ia dilakonkan. Menonton filem dan drama  bukan sekadar hiburan tapi perlu diambil ilmu pengajaran.

Jika diperhatikan dari sudut lain, pattern drama yang diarahkan oleh Kabir Bhatia mempunyai satu perkara yang sama iaitu sistem lighting atau pencahayaan yang digunakan. Ia tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Tapi cukup mempunyai unsur klasik dan moden yang sangat cantik saya kira. (mungkin ada yang tidak faham dengan kenyataan ini). Cuba perhatikan drama Kekasihku Seru, Nur Kasih dan Gemilang. Bandingkan lighting yang digunakan. Sama. 

Sedikit mengenai pengarah, Kabir Bhatia seorang Islam. Bibliografi mengenainya pernah disiarkan di Majalah I tentang usahanya menghasilkan filem dan drama yang mempunyai unsur ketuhanan dan  kekeluargaan. Menurutnya lagi, “ saya ingin berdakwah melalui penghasilan drama-drama saya”. Kita sebagai umat Islam perlu memandang ini sebagai perkara positif tambahan pula beliau merupakan seorang saudara baru (jika tidak silap saya).

Menarik dalam filem ini, Aidil dan Aliya dikurniakan dua orang anak. Ilyas dan Maryam (lakonan adik Mia adamaya). Namun, Aliya mati kemudiannya. Nur mengandung. Namun, Nur dan Adam terlibat dengan satu kemalangan dan mengakibatkan keguguran kepada kandungan Nur. Konflik terjadi. Adam sekali lagi menghilangkan diri. Ending? (saya tidak tahu) 

Tema filem dan drama ini islamik memandangkan ia berkaitan tudung, ustaz, cinta selepas perkahwinan  dan penggambaran juga dilakukan di Jordan. Namun, ia tidaklah sebagus KCB yang begitu menjaga pelakonnya daripada bersentuhan berlainan jantina walaupun lakonan sebagai suami dan isteri. Mungkinkah ada pengarah filem di Malaysia yang mampu menerapkan elemen islamik dan meletakkan syarat berlandaskan Al-Quran dan Sunah dari segenap aspek terutama pada pelakon-pelakon mereka? Tunggu sahaja nanti…
     




09 April 2011

maaf


Seperti biasa bismillah pembuka bicara…
Saya bukanlah insan yang faqih dalam bidang penulisan. Tiada cara khusus. hanya menulis berdasarkan apa yang tahu dan mampu. Saya sentiasa terbuka dalam menerima segala kritikan dan pandangan daripada sesiapa yang membaca tulisan saya. Bercakap mengenai tulisan, saya dengan rendah hati ingin memohon sejuta kemaafan buat warga Lujnah Penerangan dan Multimedia (LPM PMIUTM) di atas kesukaran dari segi mendapatkan kelulusan pihak atasan yang mereka hadapi ketika proses penerbitan seruan jumaat yang memuatkan tulisan saya beberapa minggu lepas. Saya amat terbuka jika pihak yang meluluskan ingin mengadakan pertemuan dengan penulis artikel tersebut namun tiada apa-apa setakat ini. Rentetan daripada itu, beberapa penerbitan Seruan Jumaat untuk minggu seterusnya turut tertangguh. Saya tidak pasti apakah punca artikel saya tidak diluluskan namun saya lebih rasional. Mungkin isu yang saya kupas adalah isu sensitif yang sedang hangat diperkatakan di kalangan warga kampus dan ia memerlukan huraian yang lebih murni dan intelek supaya dapat diterima oleh segenap golongan samada yang menyokong atau membantah isu pembatalan konsert The Times. Wallahualam. Saya tidak pasti. Saya akui kekurangan diri dalam menghasilkan artikel yang berkualiti.

Nota:
1.       Saya berminat sekiranya ada sebarang bengkel penulisan yang diadakan secara percuma.      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...