Filem ini adalah kesinambungan daripada drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 setiap jumaat jam 9 malam pada tahun 2009. Drama yang penuh dengan konflik ini telah berjaya mengumpul jutaan penonton dan peminat seluruh Malaysia. Mungkin ini yang memotivasikan Kabir Bhatia selaku pengarah drama tersebut untuk meneruskan kisah ini di filem.
Penggemar drama dan filem melayu mungkin setuju dengan saya apabila saya katakan filem ini lain daripada yang lain. Jalan ceritanya mempunyai konflik yang berbeza, isu kekeluargaan, cinta selepas perkahwinan dan banyak lagi.
Sedikit preview drama Nur Kasih bagi yang belum menontonnya.
Adam yang bersifat memberontak dan bengis mengajar ustaz Hassan untuk menilai semula cara beliau mendidik anak. Juga mind setting seorang ayah yang sentiasa menganggap anaknya nakal secara tidak langsung menzahirkan layanan anak seperti Adam dibezakan. Aidil selalu dipuji kerana bacaan Al-Qurannya lancar. Adam selalu dimarahi kerana tidak pandai menyebut huruf dengan makhraj yang betul dan juga tidak pernah dipuji walaupun dia sangat pandai melukis.
Begitu juga dengan keluarga Imam Bakar yang mempunyai anak perempuan yang kurang elok akhlaknya, Sarah. Sikap kedua ibu bapanya yang terlalu melebihkan anak angkatnya, Nur Amina menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang tinggi dan lebih parah lagi tindakan Sarah sering di luar jangkaan.
Ulasan: Ibu bapa harus menghargai perbezaan kebolehan dan perwatakan anak-anak. Mereka perlu membuka minda. Keistimewaan dan kebolehan anak-anak yang perlu dipuji dan dihargai bukanlah sekadar perkara berkaitan solat dan Al-Quran sahaja. Kerana semuanya baik menurut Allah.
Aidil yang sangat ingin melihat perubahan pada adiknya, Adam sanggup mengorbankan perasaan cintanya pada Nur Amina dengan mengizinkan ayahnya meminangkan Nur untuk Adam. Teori yang digunakan, “ kita akan lebih bahagia jika kita melihat orang yang kita sayang bahagia.”
Ulasan: Secara praktikalnya benarkah teori ini? Bukankah dalam hal yang berkaitan ibadah, kita harus mengawlakan diri kita dahulu? Namun, ia bergantung pada situasi. Jika Adam tidak berkahwin dengan Nur akan berlaku kecelakaan yang lebih teruk, maka wajarlah Aidil untuk mengorbankan perasaan demi menjaga kemaslahatan yang mendatang. Begitulah seharusnya. Kebahagiaan yang sudah hanya sejengkal berada di depan mata kita bukanlah menjamin kebahagiaan kita di akhirat. Mungkin ia hanya bersifat keduniaan sahaja.
Aidil bertemu Aliya di sebuah kedai buku ketika menunaikan umrah. (hakikatnya dilakonkan di kedai buku Popular sekitar Selangor). Dalam masa yang sama Mak Jah (ibu Aidil) sedang berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil segera bertemu jodoh. Setelah mereka akhirnya berkahwin, pelbagai konflik yang terjadi. Sifat cemburu Aliya kadang kala melampau-lampau. Dia juga tidak thiqah pada suaminya sendiri. Hanya banyak kepada mengadu pada orang tuanya. Kurang istikharah. Aliya juga kurang memahami ibu mertuanya.
Ulasan: Doa ibu memang mustajab. Apa lagi jika berdoa di tempat yang mustajab seperti Jabal Rahmah. Malangnya mungkin ada orang yang pergi umrah semata-mata untuk dipercepatkan jodoh. Melalui pemerhatian saya, perempuan yang ‘loaded’ mudah berperasaan yang tidak-tidak pada suami. Cuba perhatikan filem Ketika Cinta Bertasbih versi Ramadhan. Anna yang faqih dalam ilmu syariat juga boleh hilang thiqah pada suaminya yang juga seorang pengurus Pesantren. Betullah apa yang diajarkan Rasulullah saw. Sekufu itu perlu dalam kriteria mencari calon pasangan hidup.
Selain ini, banyak lagi perkara-perkara penting yang boleh diambil sebagai pengajaran walaupun banyak yang kita dah tahu, tapi aplikasinya mungkin lebih jelas jika ia dilakonkan. Menonton filem dan drama bukan sekadar hiburan tapi perlu diambil ilmu pengajaran.
Jika diperhatikan dari sudut lain, pattern drama yang diarahkan oleh Kabir Bhatia mempunyai satu perkara yang sama iaitu sistem lighting atau pencahayaan yang digunakan. Ia tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Tapi cukup mempunyai unsur klasik dan moden yang sangat cantik saya kira. (mungkin ada yang tidak faham dengan kenyataan ini). Cuba perhatikan drama Kekasihku Seru, Nur Kasih dan Gemilang. Bandingkan lighting yang digunakan. Sama.
Sedikit mengenai pengarah, Kabir Bhatia seorang Islam. Bibliografi mengenainya pernah disiarkan di Majalah I tentang usahanya menghasilkan filem dan drama yang mempunyai unsur ketuhanan dan kekeluargaan. Menurutnya lagi, “ saya ingin berdakwah melalui penghasilan drama-drama saya”. Kita sebagai umat Islam perlu memandang ini sebagai perkara positif tambahan pula beliau merupakan seorang saudara baru (jika tidak silap saya).
Menarik dalam filem ini, Aidil dan Aliya dikurniakan dua orang anak. Ilyas dan Maryam (lakonan adik Mia adamaya). Namun, Aliya mati kemudiannya. Nur mengandung. Namun, Nur dan Adam terlibat dengan satu kemalangan dan mengakibatkan keguguran kepada kandungan Nur. Konflik terjadi. Adam sekali lagi menghilangkan diri. Ending? (saya tidak tahu)
Tema filem dan drama ini islamik memandangkan ia berkaitan tudung, ustaz, cinta selepas perkahwinan dan penggambaran juga dilakukan di Jordan. Namun, ia tidaklah sebagus KCB yang begitu menjaga pelakonnya daripada bersentuhan berlainan jantina walaupun lakonan sebagai suami dan isteri. Mungkinkah ada pengarah filem di Malaysia yang mampu menerapkan elemen islamik dan meletakkan syarat berlandaskan Al-Quran dan Sunah dari segenap aspek terutama pada pelakon-pelakon mereka? Tunggu sahaja nanti…
2 comments:
x sabaq nak tgk movie nie...
naseb baek dh abes exam time movie nie kuar...
yippie!!!! (^_^)
saya setuju dgn qilah,..(^^),....
smg filem ini memberi pengajaran buat kte ,....
Post a Comment