• RSS

22 April 2011

Melankolik perpisahan


“lepas ni, dah tak dapat dah macam ni lagi..”
“kak, tadi kita cakap pasal program yang tak jadi tu nak ganti dengan apa ya?..”

******************************************

Bila ada senior yang cuba memulakan topik berbaur perpisahan, saya sebolehnya menepis. Tukar topik. Pura-pura tidak dengar. Fokus kononnya. Sedangkan gundah di hati ini hanya Allah yang tahu. Bukan tidak tahu perpisahan itu sesuatu yang PASTI. Bukan enggan patuh dengan sunnatullah, namun perpisahan itu agak manyakitkan bagi yang benar-benar merasai.
Dan hinggalah waktu itu tiba juga. Jiwa melankolik. Irama lagu pun jadi syahdu. Lagu yang dimainkan hanya bertemakan sahabat, perpisahan dan perjuangan.  Hati jadi sayu. Rindu bakal bertamu. Entah bila lagi akan berjumpa.

*****************************************

Artis : Hafiz Hamidun
Album : Syukran
Tajuk: Tinggallah Kenangan

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin dapat di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu


Puas saya cari video klip lagu ini tapi tidak jumpa. Mungkin pembaca sekalian boleh dengar sendiri lagu ini untuk lebih menghayati. 

**************************************

Tapi, saya sentiasa yakin. Perpisahan dunia ini PASTI bersifat sementara. Jadi, sapulah air matamu. Usirlah dukamu. Insya Allah jika ukhuwwah ini benar-benar keranaNya, maka yakinlah kita bakal dipertemukan di akhirat sana. Ameen Insya Allah..

Sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan alam kampus sekalian…..
Sejuta keampunan diminta seandainya diri yang masih muda mentah ini pernah melakukan perkara yang tidak-tidak, terkurang ajar, ingkar arahan, terguris perasaan, dan sebagainya.
Terima kasih tidak terhingga di atas tarbiyah, ilmu dan tunjuk ajar yang pernah diberi.
Selamat berjuang di medan sebenar buat yang pergi,
dan doakan agar kami sentiasa kental di sini…J





1 comments:

Anonymous said...

"Jika hari ini ku terlalu gembira, INGAT kanlah diriku dengan amarah Allah. Jika hari ini aku lemah tak berdaya, INGAT kan diriku dengan TARBIYAH dari Allah, Jika hari ini aku jatuh tak berupaya, INGAT kan diriku dengan KUASA Pencipta, dan Jika hari ini dan selepas ini aku terus lena tanpa adanya JAGA, iringilah aku dengan seribu DOA.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...