Assalamualaikum wbt..
sekadar coretan ringkas sebelum melelapkan mata. Rentetan daripada post di facebook sebelum ini,
"Ok kelas, nota kat papan hitam ni, memang untuk perhiasan je. tak perlu salin ye. latihan ni pun tak payah buat. tengok je. kamu mesti dah hebat kan?! dan saya mengajar di depan ni pun, kamu tak perlu dengar. anggap jelah saya tak wujud kat dalam kelas ni. Memang itu tujuan kamu semua sekolah kan?"
#agak-agak kalau cakap macam ni kat anak murid esok, apa respond mereka ye ?
Ramai yang memberikan komen yang baik serta cadangan yang bagus. Tidak kurang juga kata-kata berbentuk nasihat apa yang diperlukan sebagai seorang guru yang baru bertatih macam saya. Sengaja saya ingin mewujudkan perasaan melakolik dalam kelas. Tapi, kaedah ini belum lagi saya cuba. Saya tidak mengharap untuk menjadikan ia realiti kerana bagi saya ini adalah pilihan terakhir.
kisah di kelas hari ini, sebelum ke kelas, saya betulkan niat. Cuba untuk menjadi positif semampunya. "hari ini, aku tak nak marah dalam kelas 4 C (bukan kelas sebenar)"
Tiba waktu, saya masuk dengan wajah ceria. Cuba menyabarkan diri untuk tidak melenting apabila melihat beberapa orang pelajar masih tidur ketika salam dijawab beramai-ramai.
"Ok kelas, sebelum ni kita belajar apa?" cuba ingin melihat ingatan pelajar dalam kelas minggu lepas.
"gabungan operasi set." jawab seorang pelajar.
"Ok. Bagus! ada yang ingat. So, maknanya, kita dah habis tajuk set minggu lepas. Jadi hari ini kita masuk tajuk baru iaitu Penaakulan matematik ataupun in english we call mathematical reasoning."
sesetengah pelajar menganga.
"Ok. sekarang, perhatikan apa yang saya buat." saya mulakan tajuk baru. Saya baling pemadam papan hitam ke belakang kelas. Semua pelajar saya senyap dan menoleh ke belakang. Mungkin menjangkakan ada yang menjadi mangsa balingan. tapi sebenarnya itu sekadar balingan kosong.
"Sekarang saya nak tanya, logik atau tidak kalau saya katakan, pemadam papan hitam itu bercakap.?" saya mulakan set induksi untuk menarik minat pelajar dalam topik ini.
" logik cikgu" jawab seorang pelajar sambil tersengih-sengih ingin menduga saya barangkali. Pelajar itu saya abaikan.
" tak logik cikgu!!" majoriti daripada kelas menjawab.
"Ya bagus. sememangnya semua objek yang tidak hidup, semuanya tidak boleh bercakap. Ilmu logik inilah yang kita akan belajar dalam tajuk ini.Kita akan belajar bagaimana ingin menentukan logik dari sudut matematik." saya menerangkan sedikit lebar.
Pelajar yang tidur sudah bangun terpisat-pisat. pelajar yang lain mula membetulkan duduk dan membuka buku teks.
maka bermulalah sesi pengajaran hingga akhirnya..
Hari ini saya merasakan sangat selesa mengajar. Tiada satu pun perkara yang menyakitkan berlaku. Di celah-celah sesi pengajaran, sempat saya bertanya seorang pelajar yang selalunya 'nakal' ketika saya mengajar.
" Kenapa saya rasa kelas hari ini ok ye?"
"Cuba cikgu tengok siapa yang tak datang hari ni?" jawab pelajar tersebut berwajah selamba.
"tapi saya tengok, awak pun selalu buat hal juga kalau saya mengajar bila ada mereka." saya cuba ingin melihat respondnya.
"saya kan kawan baik diorang cikgu, saya mesti layan diorang cikgu. Kalau tak, nanti ada yang terluka..." jawab pelajar itu dengan tersengih.
Adeyh.. pelajar ini sangat baik hari ini. Jelas, jiwanya sememangnya ingin belajar namun, apabila adanya pelajar 'parasit' yang menghasut untuk tidak menghiraukan saya ketika mengajar, maka dia terpaksa melayan demi 'semangat ukhuwwah yang tidak bertempat" ini.
Aduhai anak-anak muridku, cetek benar fikiran mereka. Sanggup memusnahkan diri sendiri demi persahabatan parasit ini..
"Ok, terima kasih kelas!! " saya mengakhiri kelas.
"Teeeriimaaa kaaasiiih cikgu!" sambut satu kelas.
Sebelum melangkah keluar, hati saya sedikit berbunga kesyukuran apabila sempat menangkap kata-kata seorang pelajar
"Giler ah.. selalunya aku tak sabar-sabar bila lah nak habis matematik. tapi hari ni, tak rasa pun macam belajar matematik. tahu-tahu dah habis kelas...."
Semoga 10 minggu yang berbaki benar-benar mentarbiyah saya untuk menjadi seorang murobbi. Ameen ya Rabb!! Mohon doanya ya.. ^_^
17 April 2012
04 April 2012
Andai Aku di sisiMu
Lirik Lagu Andai Aku Di
SisiMu – Hafiz Hamidun
Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu
Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu
Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu
Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-aku-di-sisimu-hafiz.html#ixzz1qzdhd8s2
Ya Allah semoga daerah ini daerah barokah tempat aku lebih mendekati diriMu..
03 April 2012
Diari Cikgu 3
Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat baginda
Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda.
Allah yang mempunyai sifat Maha Bijaksana itu sememangnya
kaya mempunyai segala-gala jenis ilmu. Antara ilmu yang tidak mungkin dimiliki
oleh manusia biasa ialah ilmu mengenai masa akan datang. Seawal sesaat selepas
ini pun, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada diri kita sama ada
baik atau buruk. Apatah lagi jika kita berfikir siapa kita 10 tahun yang akan dating.
Memang, kita adalah pelukis yang mencorak masa depan. Namun, dengan kudrat yang
sangat terbatas ini sungguh tidak mampu mengalahi peratus besar ketentuan yang
dijanjikan oleh Allah Ta’ala. Selayaknya kita hanya perlu berusaha semampunya,
berdoa dan bertawakal kerana Maha Penentu itu mempunyai Rahmat yang terlalu
banyak buat hambanya..
Di awal perkenalan saya dengannya, tidak menyangka sungguh
dia peramah begini. Sekadar bertegur sapa di fakulti itu biasa. Hinggalah kami
bertukar nombor telefon sebelum bermula latihan mengajar di UTM.
Setelah segala usaha pencarian rumah sewa berakhir, kami
berpakat untuk berkongi menyewa bilik. Itu sahaja jalan yang dirasakan terbaik
untuk orang yang tidak berkenderaan seperti kami, faktor jarak rumah dengan
sekolah itu perkara wajib yang perlu diambil kira.
Baru dua minggu mengenali dirinya, kami sudah berkongsi
pelbagai perkara. Keluarganya 5 orang adik beradik. Anak ketiga. Suka warna
ungu tapi banyak baju kurung warna coklat (my favourite). Agamanya Kristian. Rajin
beribadah. Sebelum tidur dibaca buku agamanya. Setiap ahad wajib ke gereja. Jumaat
ini katanya, good Friday. Maka dia akan berpuasa daripada memakan makanan
pepejal.
Kami banyak persamaan. Minatnya kepada buku-buku motivasi
dan suka menulis.
Menariknya dirinya yang tidak suka alkohol dan daging
khinzir. Sangat memahami kebajikan saya yang tidak makan makanan yang diragui
kehalalannya seperti kedai kek dan restoran Cina. Hatta ketika membeli mee
segera, dia terlebih dahulu memeriksa tanda halal untuk saya.
Agama kami berbeza. Bangsa kami juga berbeza. Tapi kami percaya
adanya Tuhan yang menciptakan segala makhluk. Setiap kebaikan yang dibalas
dengan kebaikan, usaha yang menjanjikan kejayaan dan kesusahan yang ada
kesenangan. Dia percaya Jesus itu mati pada hari jumaat dan hidup semula pada
hari ahad. Dan saya percaya nabi Isa itu akan turun ke dunia ketika menjelang
tibanya hari kiamat. Kami juga percaya keburukan seseorang itu bukan
melambangkan agamanya.
Kata paderi di gerejanya, “ Orang yang mengaku dirinya
Kristian tetapi tidak patuh kepada agamanya itu, maka dia bukan seorang
Kristian”
Saya turut menyokong,” Sama juga seperti Islam. Tidak semua
Orang Islam kini mengamalkan Islam sepenuhnya. Contohnya seperti anak murid
saya yang mengaku tidak solat zohor kerana penat”
Seumur hidup saya, belum pernah saya mempunyai rakan
berlainan aqidah serapat ini. kami saling menghormati agama masing-masing dan
berusaha untuk menjadi hamba yang patuh pada agama masing-masing.
Kami menggelengkan kepala bersama-sama. Masing-masing
memikirkan masalah umat.
Semoga tempat bermustautin ini menjadi daerah barokah
seperti yang diharapkan. Insya Allah.