Assalamualaikum wbt..
sekadar coretan ringkas sebelum melelapkan mata. Rentetan daripada post di facebook sebelum ini,
"Ok kelas, nota kat papan hitam ni, memang untuk perhiasan je. tak perlu salin ye. latihan ni pun tak payah buat. tengok je. kamu mesti dah hebat kan?! dan saya mengajar di depan ni pun, kamu tak perlu dengar. anggap jelah saya tak wujud kat dalam kelas ni. Memang itu tujuan kamu semua sekolah kan?"
#agak-agak kalau cakap macam ni kat anak murid esok, apa respond mereka ye ?
Ramai yang memberikan komen yang baik serta cadangan yang bagus. Tidak kurang juga kata-kata berbentuk nasihat apa yang diperlukan sebagai seorang guru yang baru bertatih macam saya. Sengaja saya ingin mewujudkan perasaan melakolik dalam kelas. Tapi, kaedah ini belum lagi saya cuba. Saya tidak mengharap untuk menjadikan ia realiti kerana bagi saya ini adalah pilihan terakhir.
kisah di kelas hari ini, sebelum ke kelas, saya betulkan niat. Cuba untuk menjadi positif semampunya. "hari ini, aku tak nak marah dalam kelas 4 C (bukan kelas sebenar)"
Tiba waktu, saya masuk dengan wajah ceria. Cuba menyabarkan diri untuk tidak melenting apabila melihat beberapa orang pelajar masih tidur ketika salam dijawab beramai-ramai.
"Ok kelas, sebelum ni kita belajar apa?" cuba ingin melihat ingatan pelajar dalam kelas minggu lepas.
"gabungan operasi set." jawab seorang pelajar.
"Ok. Bagus! ada yang ingat. So, maknanya, kita dah habis tajuk set minggu lepas. Jadi hari ini kita masuk tajuk baru iaitu Penaakulan matematik ataupun in english we call mathematical reasoning."
sesetengah pelajar menganga.
"Ok. sekarang, perhatikan apa yang saya buat." saya mulakan tajuk baru. Saya baling pemadam papan hitam ke belakang kelas. Semua pelajar saya senyap dan menoleh ke belakang. Mungkin menjangkakan ada yang menjadi mangsa balingan. tapi sebenarnya itu sekadar balingan kosong.
"Sekarang saya nak tanya, logik atau tidak kalau saya katakan, pemadam papan hitam itu bercakap.?" saya mulakan set induksi untuk menarik minat pelajar dalam topik ini.
" logik cikgu" jawab seorang pelajar sambil tersengih-sengih ingin menduga saya barangkali. Pelajar itu saya abaikan.
" tak logik cikgu!!" majoriti daripada kelas menjawab.
"Ya bagus. sememangnya semua objek yang tidak hidup, semuanya tidak boleh bercakap. Ilmu logik inilah yang kita akan belajar dalam tajuk ini.Kita akan belajar bagaimana ingin menentukan logik dari sudut matematik." saya menerangkan sedikit lebar.
Pelajar yang tidur sudah bangun terpisat-pisat. pelajar yang lain mula membetulkan duduk dan membuka buku teks.
maka bermulalah sesi pengajaran hingga akhirnya..
Hari ini saya merasakan sangat selesa mengajar. Tiada satu pun perkara yang menyakitkan berlaku. Di celah-celah sesi pengajaran, sempat saya bertanya seorang pelajar yang selalunya 'nakal' ketika saya mengajar.
" Kenapa saya rasa kelas hari ini ok ye?"
"Cuba cikgu tengok siapa yang tak datang hari ni?" jawab pelajar tersebut berwajah selamba.
"tapi saya tengok, awak pun selalu buat hal juga kalau saya mengajar bila ada mereka." saya cuba ingin melihat respondnya.
"saya kan kawan baik diorang cikgu, saya mesti layan diorang cikgu. Kalau tak, nanti ada yang terluka..." jawab pelajar itu dengan tersengih.
Adeyh.. pelajar ini sangat baik hari ini. Jelas, jiwanya sememangnya ingin belajar namun, apabila adanya pelajar 'parasit' yang menghasut untuk tidak menghiraukan saya ketika mengajar, maka dia terpaksa melayan demi 'semangat ukhuwwah yang tidak bertempat" ini.
Aduhai anak-anak muridku, cetek benar fikiran mereka. Sanggup memusnahkan diri sendiri demi persahabatan parasit ini..
"Ok, terima kasih kelas!! " saya mengakhiri kelas.
"Teeeriimaaa kaaasiiih cikgu!" sambut satu kelas.
Sebelum melangkah keluar, hati saya sedikit berbunga kesyukuran apabila sempat menangkap kata-kata seorang pelajar
"Giler ah.. selalunya aku tak sabar-sabar bila lah nak habis matematik. tapi hari ni, tak rasa pun macam belajar matematik. tahu-tahu dah habis kelas...."
Semoga 10 minggu yang berbaki benar-benar mentarbiyah saya untuk menjadi seorang murobbi. Ameen ya Rabb!! Mohon doanya ya.. ^_^
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
1 comments:
Alhamdulillah, mungkin sbb dh betulkan niat, Allah permudahkan segala urusan.. :)
Post a Comment