• RSS

07 October 2012

kosong

Hampir sejam saya melihat skrin laptop. Cuba untuk menulis. Tapi hampa. Otak dan minda diperah namun, hampa. Mood cuba diseru dengan pelbagai jampi, namun juga hampa..

Saya cuba menulis ketika masa benar-benar diperuntukkan untuk menulis. Tapi jelas hampa. Saya cuba menulis ketika idea tiada, hasilnya hampa. Saya juga cuba menulis ketika mood tiada. Nyata semuanya sia-sia.

Maka matlamat untuk menulis gagal sama sekali. Hanya satu yang tercapai. Iaitulah mengibas habuk di blog ini. Sekian.

2 comments:

Hafizhilmi said...

Idea menulis datang semasa penulis merantau, merayau, berjalan, bekerja, atau semasa sedang menunggu. Semasa idea ini datang, terus susun apa yang mahu ditulis/dikongsi dalam kepala. Jika takut cepat hilang dari ingatan, buat catatan ringkas dalam handphone. Duduk depan laptop adalah untuk menulis, bukan masanya baru nak fikir apa yang hendak ditulis.

Tip mengembangkan isi penulisan ialah - melihat sesuatu, timbulkan persoalan dalam diri, kemudian fikir dan jawab sendiri. Jika tidak mampu jawab sendiri, tanya orang lain dan jadikan bahan penulisan. Wallahualam.

NORAZLINDA AMIN said...

terima kasih Tuan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...