Bismillah..Alhamdulillah wa syukrulillah..
2012 dalam kenangan. Sekarang sudah masuk hari keenam tahun 2013.Cepat benar masa berlalu. Setahun bagai sebulan, seminggu bagai sehari. Masa begitu pantas dirasakan. Tanda-tanda kiamat bakal menjengah dalam keadaan makhluk bersedia atau pun tidak.
2012 sarat dengan memori dan pengalaman. Pahit, manis, tawar, kelat, masam semuanya bercampur gaul menjadi rojak kehidupan yang lazat jika diingat-ingat kembali. Saya nukilkan beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang 2012.
Hamizah masuk hospital.
2 Januari sahabat sefikrah saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah usus. Sedikit bahagian ususnya perlu dipotong demi menyelamatkan keseluruhan sistem penghadamannya. Maka, tanpa diminta oleh sesiapa, saya dan Atikah Shaari menemaninya di hospital sehingga hari pembedahan. Sebenarnya, pihak hospital hanya membenarkan seorang sahaja untuk teman pesakit, tapi saya tetap berdegil untuk menemani Hamizah. Bukan tidak yakin dengan kemampuan Atikah, tapi sukar juga kalau seorang sahaja yang menjaga. Sekurang-kurangnya kami berdua boleh bergilir-gilir untuk solat, ke tandas, dan sebagainya. Macam-macam saya dapat lihat sepanjang berada di hospital ini. Tengok kanan, tengok kiri, semua orang terbaring sakit. Ada ibu tua yang anaknya setia menemani di sisi. Ada juga gadis yang pakwenya menyuapkan makanan. Jururawat yang selalu buat lawak, doktor pelatih yang nervous masa nak cucuk jarum, Doktor senior yang sempoi, dan mak cik cleaner yang tekun berkerja. Semuanya ada watak masing-masing dan saya mengambil kesempatan ini untuk memerhati karenah mereka. Inilah kegemaran saya. membaca setiap kepelbagaian watak manusia. Daripada sinilah akan lahirnya rasa bersyukur dan sifat memahami yang sentiasa saya cuba pelajari. Boleh baca entri pengalaman Hamizah di hospital di
sini. Nasihat saya, di mana pun kita berada, jadikanlah diri kita ini seorang pemerhati supaya ia akan mendidik kita untuk belajar mengenai ilmu kehidupan yang jarang kita perolehi secara formal.
Buku
Tahun ini adalah tahun yang saya paling banyak membaca buku. Ada yang
dibedah dan ada juga yang tidak dibedah di blog. Membaca dengan bahagia lebih-lebih lagi ketika saya berLM. masuk sahaja semester baru, saya hanya berjaya menghabiskan satu sahaja buku iaitu "Padanya Ada Hikmah" Tulisan Prof Dr Muhaya dan Bahruddin Bekri. Itu pun kerana ia setebal 120muka surat sahaja. kalau tak habis, tak tahulah nak cakap apa. Teruk bebenor.. Maka, buku yang lain seperti "Jangan Berhenti Berlari" tulisan Dr Zaharuddin Abd Rahman dan "Sinergi" tulisan Hilal Asyraf saya hanya baca sekejap-sekejap jika ada kelapangan. Mana tidaknya, setiap kali nak baca, mesti 'hantu' PSM mula datang mengingatkan saya yang dirinya perlu disantuni terlebih dahulu. Adeyh la..
|
novel terakhir yang saya baca. (pinjam dari bakal pengantin. K.Kiena) |
Latihan Mengajar (19 March-29 Jun)
3 bulan dilatih untuk belajar mengajar. Betul ajar, jadi orang. Salah ajar, jadi orang juga. Orang Utan! hehe.. Malas nak tulis panjang, boleh rujuk di entri
ini hingga
akhir.
|
kek sempena majlis perpisahan anjuran anak-anak murid |
Konvensyen Fiqh Ummah zon selatan (7-8 Julai)
Tidak sangka, UTM dipilih oleh team K-Fiqh Sdn Bhd untuk dijadikan tempat berlangsungnya konvensyen peringkat kebangsaan ini. Dan alhamdulillah berkesempatan juga untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan. Entri khas di
sini.
|
bergambar bersama Al-Mawlid ketika menjual tiket di PERSADA, JB |
|
barisan HQ, sukarelawan dan asatizah.
|
|
barisan HQ dan sukarelawan
|
Abang andak kahwin (9-11 November)
9 abang bernikah. 10 majlis di pengantin perempuan. 11 majlis di rumah saya. Alhamdulillah. setelah mengikat tali pertunangan selama setahun dua bulan, akhirnya abang andak atau pun nama sebenarnya Ahmad Farid disatukan dengan pasangannya Siti Aidah. Banyak yang saya belajar untuk majlis walimah mereka ini. memandangkan saya ialah anak bongsu dan perempuan pula tu, maka saya secara automatiknya menjadi orang kanan emak dalam sekalian hal. Warna tema langsir dan khemah, apa yang nak diisi dalam door gift para tetamu, cenderahati untuk geng pakatan rewang, dan banyak lagi lah kebanyakkannya hasil keputusan saya dan emak. Bila warna yang ditanya, maka ofkos lah saya cadangkan warna kegemaran saya. huhu. Hasilnya, walimah orang lain, favourite warna orang lain. Alah.. abang saya tu, lelaki, manalah kisah sangat bab-bab warna ni. Janji, majlis dia setel.. Dan.. sepanjang tempoh pertunangan hinggalah perkahwinan, saya nampak ke mana aliran duit yang selama ini menjadi salah satu syarat untuk berkahwin. Bukan suka-suka untuk meletakkan syarat 'sudah kerja' untuk berkahwin. (bagi lelakilah). lebih-lebih lagi, keluarga marhaen seperti saya. Majlis ala kadar pun, rumah perlu dicat,700 kad mesti diedarkan. Itu pun ada juga yang datang tak berkad. Maklumlah, majlis kenduri kahwin ni adalah salah satu medan untuk berkumpul sedara mara yang jauh apatah lagi yang dekat. begitu juga kawan-kawan. kawan emak saya, arwah abah, dan adik-beradik saya. juga kawan saya. Disebabkan jarak umur adik beradik saya yang jauh, maka tahun walimah juga jauh. Along berkahwin pada tahun disember 1996. Kak Ngah 1999. Abang Uda 2004 dan abang andak 2012. see. nampak tak jarak jauh tu. kerana jarak jauh itulah, semua sedara mara dan kawan-kawan emak abah saya begitu teruja untuk datang ke walimah abang saya. Biar majlis tidak mewah tapi beri kepuasan kepada semua pihak. makanan biar cukup. kerusi biar muat. Selesai sahaja majlis, semua menarik nafas lega. Alhamdulillah..
|
Gambar pertunangan. Dari kiri: Kak Ngah, Emak, Kak Aidah (Yang Bertunang), saya, mak su, dan Kak Ipah (isteri abang uda) soalan saya: adakah muka saya dengan Kak Aidah sama?!
|
|
Alhamdulillah selesai..:)
|
Handphone hilang (11 November)
Dalam kesibukan ketika majlis walimah di rumah, saya kehilangan telefon touch screen yang pertama saya. Samsung Corby. usianya hanya 9 bulan. Hilang ketika saya charge di dapur rumah sebelah (rumah along). Tak sangka pula boleh hilang dan ada yang nak mencuri. Akibatnya, saya kehilangan semua nombor telefon kenalan dan gambar-gambar berharga yang belum sempat saya transfer ke laptop.
Alhamdulillah.. sebenarnya banyak lagi yang saya tidak sempat untuk kongsikan. 2012 dalam kenangan. mari kita menuju 2013 dengan penuh bermotivasi. Ada harapan yang perlu dihebahkan, ada juga yang hanya dilaungkan dalam hati. Semoga 2013 tahun yang lebih baik. Apa-apa pun, setiap hari kita mesti berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Jom Ubah!