• RSS

26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


kepada semua yang mengenali diri, ampun dan maaf dipinta sepanjang perkenalan. Terima kasih di atas segala  yang pernah diberikan. Semoga Syawal yang bakal tiba ini memberi seribu cahaya dan benar-benar memberi kemenangan yang layak untuk diraikan buat kita semua. 

25 August 2011

Di mana ikhlas kita?


Tersebutlah kisah di zaman pemerintahan khalifah, tercetusnya sebuah peperangan antara kaum muslimin dan kuffar. Strategi peperangan sudah dirancang sebaiknya. Segala kelengkapan juga sudah dikemas rapi. Maka berangkatlah semuanya ke tempat musuh berkubu.

Setibanya di sana, semuanya terkejut. Kubu benteng yang dibina oleh pihak lawan sangat rapat. Tiada langsung ruang yang boleh diceroboh. Tenteranya juga tiada tanda-tanda untuk keluar.

Setelah bermesyuarat, hasil syura memutuskan tentera Islam berkampung di hadapan kubu benteng tersebut sambil setiap daripada tentera tersebut berusaha memikirkan cara untuk menyelinap ke dalam kubu tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, musim sejuk pun hampir tiba. . Tentera kafir masih berdegil untuk tidak keluar daripada tempatnya. Tentera Islam pula semakin gelisah. Idea yang diharapkan masih belum kunjung tiba.

Hinggalah ada seorang tentera yang akhirnya didatangi ilham. Kebetulan khemahnya sangat berdekatan dengan dinding kubu tersebut. Tanpa pengetahuan tentera-tentera yang lain, beliau merobek dinding tersebut dengan menggunakan pisau. Sedikit demi sedikit, papan kayu yang kukuh itu terkikis.  Sekali pandang, entah bila akan tembus. Hari demi hari, robekan tersebut semakin besar. Hinggalah akhirnya terbentuk lubang yang membolehkan seorang tentera untuk masuk.

Setelah itu, masuklah seorang tentera dan membuka pintunya dari dalam bagi membolehkan semua tentera Islam masuk ke dalam kota tersebut dengan mudahnya dan akhirnya tentera musuh dapat ditawan.

Ketika sesi post-mortem..

“ wahai tentera muslimin sekalian, setelah dikenalpasti antara kunci kemenangan kita semua ialah kerana kebijaksanaan salah seorang daripada kamu yang membuat lubang di dinding kubu tersebut. Siapakah tentera yang bijak ini? Silalah beritahu sekarang kerana Khalifah, berhajat untuk memberikan ganjaran” seru panglima.

Suasana disambut sepi. Tiada seorang pun yang mengaku.

“ silalah mengaku kerana saya perlu menyiapkan laporan peperangan kita ini dan perlu dihantar kepada Khalifah.”

Semuanya masih senyap.

Panglima mulai gundah kerana laporan yang Khalifah pinta masih belum disiapkan gara-gara tentera yang bijaksana tersebut belum dijumpai.

Hari berganti hari hinggalah sepurnama lamanya.

Di suatu malam yang gelap pekat, Panglima didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam dan menutup keseluruhan muka kecuali dua matanya.

“ Assalamualaikum wahai panglima.” Ujar lelaki tersebut.

“ waalaikumsalam wahai pemuda”, Jawab Panglima.

Tanpa sempat Panglima menanyakan siapakah gerangan lelaki tersebut, lelaki itu bertanya,
“saya tahu Panglima sekarang dalam keadaan resah kerana laporan peperangan tempoh hari masih belum siap bukan?”

“ ya benar! ” Panglima menjawab sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali.

“ jangan bimbang, saya tahu siapakah tentera yang bijak itu.”

“ wah! Akhirnya saya jumpa dengan si bijak itu.” Ujar Panglima dengan gembira.

“ namun, si bijak tersebut telah menetapkan dua syarat kepada pendedahan identity beliau ini”

“ ya silakan beritahu apakah syarat tersebut.”

“ pertama, tentera tersebut tidak mahu namanya diketahui. Kedua, dia juga tidak mahu menerima sebarang ganjaran oleh Khalifah dan siapa sahaja.” Lelaki tersebut menjawab dan terus beredar pergi dan terus hilang dalam kegelapan malam membiarkan Panglima termangu-mangu sendirian.

Kisah ini ada diriwiyatkan dalam kitab-kitab sirah lama bagi menghuraikan sifat ikhlas dalam diri individu muslim. Dalam setiap tulisan tersebut hingga kini, tentera yang bijaksana itu tidak diketahui oleh penulis. Beliau hanya digelar “ si bijaksana kunci kemenangan Islam”

Sahabatku sekalian, sekarang tepuk dada kita dan tanyakan pada iman. Siapakah di antara kita yang benar-benar ikhlas melakukan setiap pekerjaannya kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia, penghargaan majikan, dan penganugerahan pangkat? Pemuda dalam kisah ini tidak pernah dikenali oleh mana-mana makhluk hingga kini kecuali Allah Ta’ala. Nilailah sendiri di mana tahap keikhlasan kita.

Jom bina dan tingkatkan keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan ini!  Semoga ia menjadi batu loncatan untuk kita terus ikhlas dalam bulan-bulan berikutnya kelak.
Wallahualam.


 nota:
1. tazkirah ini disampaikan oleh Dr Ramli bin Awang Ketua Jabatan, Jabatan Program Luar, Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai pada jam 8.00 pagi tadi di pejabat fakulti.
2. sepanjang bulan Ramadhan ini, FTI mengadakan sesi tazkirah pendek setiap pagi. saya lihat ia satu insiatif bagi meningkatkan kerohanian dan produktiviti semua pekerja seterusnya ia dapat menyangkal dakwaan Habib Bourguiba, " puasa mengurangkan produktiviti negara"



22 August 2011

Versus




Tajuk: Versus
Penulis: Hlovate
Harga: Sem Malaysia: RM19.00 , Sabah/Sarawak: RM 22.00
Bilangan muka surat: 432 helai
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd

Ini merupakan karya Hlovate yang pertama saya baca. Membaca synopsis di belakangnya membuatkan saya geli. Novel apa ni?

Ringkasnya novel ini mengenai perubahan sekumpulan skatters. Perubahan mengenal Tuhan.

Nota:
1. Novel ini punyai kisah cinta itu yang membezakannya dengan Contengan Jalanan
2. Contengan Jalanan lebih mantap ^_^

Contengan Jalanan




Tajuk: Contengan Jalanan
Penulis: Hlovate
Harga: RM21.00
Bilangan muka surat: 583 helai
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd

Bahagian pertama : Fend

the man who decided to change on the 12th hour will die on the 11th    

 Bahagian pertama novel ini penulis menggunakan latar masa bulan Ramadhan. Maka ia menjadi nilai tambah untuk saya lebih hayati wataknya ketika membacanya . Fend, Chad, K2 merupakan watak utama. Melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Hidup mereka sebagai mahasiswa jurusan seni, tidak kurang daripada menjadikan  studio sebagai rumah kedua. Studio untuk menghasilkan projek lukisan grafik dan juga studio yang lagi satu.. studio  jamming!  Fend lebih cenderung kepada photo-sketch dan fotografi. Maka, yang selalu dibawanya bersama ialah sketchbook dan Nikon kesayangannya. Di mana ada idea, ilustrasi yang cantik semua sebolehnya ingin dipegunkan.

Hidup remaja di tahap umur yang baru mencapai ‘umur boleh mengundi’ ditambah pula dengan godaan bi’ah yang sangat mencabar iman, ramai yang tidak mampu bertahan. Suka untuk saya andaikan seperti berapa ramai yang mampu mengekalkan basahnya air wudhu’ di tengah panas yang gersang.

Namun, semuanya bisa berubah. Hanya dengan sekeping cd yang bertajuk “ the man who decided to change on the 12th hour will die on the 11th   mampu membuatkan Fend berfikir mengenai hidup. 
Namun, semakin difikir semakin kabur. Sehinggalah Allah mengilhamkan Chad sepupunya untuk mengajak 
Fend ataupun nama sebenarnya Affendy mengembara di bumi Australia bersamanya.

Di bumi Australia mereka beriktikaf di sebuah masjid. Mengisi Ramadhan buat kali pertamanya sebagai seorang muslim yang sebenar. Solat dan puasa dirasakan sangat mahal harganya dibandingkan sebelum ini.
 Fend tersungkur kembali mengenal Tuhannya di bumi Australia. Pulangnya ke tanah air membawa misi untuk mengajak sahabatnya K2 untuk turut merasai seperti  yang Fend rasai.

Bahagian kedua: K2

Erti hidup yang beda

Fend menyerahkan cd ‘keramat’ itu kepada K2. Besar pengharapan Fend supaya K2 juga turut diberi hidayah.

K2 berambut panjang. Sebahagian dirinya adalah muzik. Pandai bermain alat muzik yang pelbagai. Jamming di studio itu hobinya.

Fend berubah menjadi pendiam dan suka menyendiri selepas kematian Chad pada satu syawal tempoh hari. Sedih melampau. Mana tidaknya, Chad sangat berjasa dalam membantu Fend kembali mengenal Tuhannya. Perlakuan Fend yang murung dibiarkan K2 kerana sangkanya sukar untuk Fend melupakan sahabat yang dia selalu bersama.

Fend mengajak K2 ke daerah di mana dia pernah menghabiskan masa bersama dulu. Australia. diajak K2 si drummer itu duduk beriktikaf di masjid sepanjang mereka berada di sana. Menghabiskan masa beribadah dan melawat tempat-tempat yang sama seperti dengan Chad dulu. K2 berasa amat kekok. Jiwanya meronta-ronta untuk pulang. Tapi demi sebuah persahabatan, dan jika ini yang Fend mahukan untuk mengubat kerinduannya pada Chad maka K2 turutkan sahaja temannya itu. Di masjid ini juga, K2 bertemu dengan Bapak Tono yang memperkenalkan Jakarta padanya.

Kotanya hidup. Erti hidup yang beda” ujar Bapak Tono

Pulang dari Australia, Fend akur. Hati manusia Allah yang pegang. K2 tidak merasa apa-apa ketika beradanya mereka di sana. Cd yang Fend berikan dulu pun tidak membawa bekas walau sekelumit dalam hatinya.

Beberapa hari pulang ke Malaysia, K2 kembali lincah dalam arenanya. Muzik dan seni yang berkaitan. Hikayat Pendawa Lima karya sastera itu salah satu yang sedang bermain di mindanya. Sedang ralit memerhati lakaran watak tersebut di sketchbooknya, tiba-tiba didatangi idea untuk ke bumi Jakarta. Mungkin mencari benarnya kata-kata Bapak Tono “Jakarta kotanya hidup”.

Fend sempat bekalkan sketchbook dan tafsir Quran mini padanya.namun yang dibawa K2 ialah hanya sketchbook. Sketchbook yang dibekalkan bukan kosong. Tapi penuh lakaran serta maksud ayat-ayat tertentu yang dipetik dalam Quran. Semoga bermanfaat dan sesuai dengan jiwa K2. Read and heed.

K2 bermusafir di Jakarta. Dipertemukan Indra seorang yang berjiwa seniman sepertinya juga. Mereka sekepala. Perkenalan singkat, terus menjadikan mereka akrab sehingga di pertengahan musafir barulah K2 tahu yang Indra beragama kristian. Berhari-hari berjalan bersama, Indra tergerak hati untuk bertanyakan K2 mengenai solat. Berderau darah K2. Pertanyaan itu membuatkan K2 berfikir panjang. Seorang kristian boleh menyuruhnya solat. Sedangkan dirinya langsung tidak mempunyai kesedaran itu. Sketchbook pemberian Fend memang berguna. Seolah-olah memberi jawapan kepada persoalan-persoalan hidup yang K2 fikirkan. Sehinggalah akhirnya dia menyesal kerana tidak mengambil tafsir Quran mini yang turut Fend berikan dahulu. Dan akhirnya dia membelinya di sebuah kedai di Jakarta. Tempat dia bermusafir.

Alhamdulillah.. contengan jalanan yang membawa perubahan. Contengan melakar hidup yang sementara. Tidak berguna jika hidup tanpa Tuhan.

nota:
1. Novel ini saya baca ketika bulan Ramadhan dan dikhatamkan ketika bermusafir.
2. Siapa pun mereka, percayalah siapa kita untuk menghukum syurga neraka kepada pengakhiran hidup mereka. Allah tidak melihat siapa kita di awalnya. Tapi apa yang lebih penting ialah siapa kita di pengakhiran.
3. Saya sedang mula berjinak-jinak dengan novel tulisan Hlovate yang sarat dengan tulisan bersahaja, mesej dakwah, sangat sesuai untuk dibaca oleh mereka yang inginkan perubahan. Berubah sebelum terlambat. Orang yang ingin berubah di jam yang kedua belas akan mati di jam yang kesebelas.
4. novel ini juga sesuai untuk aktivis dakwah. Fikirkan cara dan sediakan ruang dan peluang seluasnya untuk mempersilakan mereka berubah. bukan menghukum.   

15 August 2011

di pertengahan ini

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
“ Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku…”

Kaki melangkah ke masjid. Allah, perbaikilah ibadahku pada malam ini. Semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Terawih malam ini Imam membacakan juzu’ 15. Sama angka dengan tarikh hari ini. Masuk berbuka tadi, genaplah 15 Ramadhan. Surah ke 17 itulah Al-Isra’.
Di rakaat pertengahan, Imam yang saya gelar ‘Sheikh Mishary UTM’ itu membaca ayat ini.

* 4Ó|Ós%ur y7/u žwr& (#ÿrßç7÷ès? HwÎ) çn$­ƒÎ) Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $·Z»|¡ômÎ) 4 $¨BÎ) £`tóè=ö7tƒ x8yYÏã uŽy9Å6ø9$# !$yJèdßtnr& ÷rr& $yJèdŸxÏ. Ÿxsù @à)s? !$yJçl°; 7e$é& Ÿwur $yJèdöpk÷]s? @è%ur $yJßg©9 Zwöqs% $VJƒÌŸ2 ÇËÌÈ   ôÙÏÿ÷z$#ur $yJßgs9 yy$uZy_ ÉeA%!$# z`ÏB ÏpyJôm§9$# @è%ur Éb>§ $yJßg÷Hxqö$# $yJx. ÎT$u­/u #ZŽÉó|¹ ÇËÎÈ

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Imam meneruskan bacaan untuk rakaat yang seterusnya,

Ÿwur (#qç/tø)s? #oTÌh9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$yur WxÎ6y ÇÌËÈ

32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

“Ya Allah, jauhi diri kami dari menyakiti ibu bapa kami walau sebesar zarah. Jauhi kami dari perbuatan zina. Zina hati, zina mata, dan zina anggota…..”

Sementara jema’ah mula meninggalkan ruangan solat, tangan mengambil Quran tafsir yang dibawa. Tangan laju menyelak ke halaman 562. Al-Mulk.

¨bÎ) tûïÏ%©!$# tböqt±øƒs Nßg­/u Í=øtóø9$$Î/ Oßgs9 ×otÏÿøó¨B ֍ô_r&ur ׎Î7x. ÇÊËÈ

12. Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.

Dan sebelum kaki melangkah keluar, bacaan seorang anak kecil dari corong speaker masjid  membuat saya terdiam. Dari celah ruang kejauhan, kelihatan satu halaqah. Enam orang semuanya. Imam Malaysia , dua orang lelaki dewasa dan tiga orang kanak-kanak lelaki bukan dari Malaysia. Salah seorangnya dari Somalia. Bakinya, tidak pasti.  Dari raut wajahnya mungkin dari tanah arab. Mereka bertadarus. Mikrofon sedang dipegang oleh anak itu. Subhanallah.. segala ayat terpuji wajar digambarkan di sini. Sayangnya, mereka bukan dari Malaysia. Yang dewasa bukan, apatah lagi anak kecil.


Pemuda-pemudi sekalian, ayuh! Jangan biarkan bulan turunnya Al-Quran ini sepi tanpa hingarnya bacaan Al-Quran. Gelap tanpa cahaya Al-Quran. Hidupkan! Semoga nanti akan istiqamah buat selamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...