• RSS

17 May 2011

kemuncup

Cabaran dan dugaan itu lumrah. Apatah lagi jika namanya orang berjuang. Dalam laju mengayun langkah, pasti akan ada kemuncup yang cuba-cuba menduga. pantas menerkam kaki si pejuang. sekadar ingin menguji tahap keimanan. Bisa kemuncup tidaklah sebisa duri. Namun, kemuncup yang berceracak itu mencuri keselesaan yang ada. si pejuang tetap tegar. terus melangkah tanpa dihirau kemuncup yang menumpang memberatkan langkahnya. Sesekali si pejuang terpandang kemuncup di kakinya, dia tersenyum. Takjubnya, si pejuang itu tidak sekali-kali menyalahkan kemuncup itu. Dia redha. kemuncup itu tarbiyah buat dirinya. kemuncup ini perlu ada! dengus hatinya. Demi menyelamatkan umat ini.....

Sungguh aku perlukan kemuncup itu. Kemuncup itu pasti kan ku rindu..

~NBK 8505~
~2.30 pm~
~17 mei 2011~

2 comments:

Lagenda said...

salam. semoga kita tidak memilih untuk keluar padang mencabut kemuncup yang ada.

Linda Amin said...

Ameen.. Insya Allah semoga thabat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...