• RSS

02 July 2010

Berita Harian atau Harakah?

Bila saya baca bharian.com...

Hubungan Anwar, rakan Yahudi terbukti intim: TPM
Oleh Nazura Ngah, Syuhada Choo Abdullah dan Hardi Effendi Yaacob
bhnews@bharian.com.my
2010/07/02
Rakyat perlu pertimbangan perjuangan politik Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal kerana menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis' kepada rakan Yahudi di Amerika, membuktikan hubungannya dengan kelompok itu adalah intim, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar politik Ketua Pembangkang itu.

“Yang penting rakyat harus tahu hubungan Anwar dengan kumpulan ini (Yahudi) memang intim, jelas terbukti jadi kita harus buat pertimbangan, apakah sebenarnya politik Anwar, untuk apa dia berjuang.

“Sebab itu bila dia rasa sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu kerana dia cukup bimbang kalau-kalau sahabatnya di sana akan bukan saja tidak puas hati, mungkin akan marah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu bahawa Anwar memberitahu rakannya di Amerika bahawa beliau kesal menggunakan istilah seperti `pencerobohan Zionis’.

Dalam artikel ditulis Timbalan Editor ruangan rencana pengarangnya, Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar tanpa segan silu memohon maaf atas kesilapan beliau kerana bimbang kenyataannya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan di kalangan rakan Yahudinya.

Sementara itu, PAS berpendapat jika betul Anwar menyatakan rasa kesal seperti dilaporkan Washington Post, Anwar boleh dianggap mempunyai sikap berbeza-beza.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, berkata parti itu tidak bersetuju jika benar Anwar meluahkan pendirian sedemikian kepada rakannya di Amerika.

“Kepemimpinan PAS mesti bersikap tegas dalam perkara ini... kita tetap katakan itu (perbuatan rejim Yahudi) adalah pencerobohan Zionis,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Harun berkata, bagaimanapun PAS berharap laporan itu tidak benar dan akan mendapatkan penjelasan daripada Anwar mengenainya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan Anwar sebagai ‘berlidah biawak’ kerana cuba mendapatkan kembali sokongan masyarakat antarabangsa.

“Anwar memang terkenal dengan sifat lidah biawak. Bila berjumpa masyarakat India, beliau menjadi pejuang masyarakat itu, bila jumpa masyarakat Cina, beliaulah hero masyarakat itu, bila bersama masyarakat Islam, beliaulah pejuang Islam.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, berkata sikap Anwar amat berbahaya kepada negara dan sebagai umat Islam di Malaysia, terutama Melayu, mesti berpegang kepada prinsip membenci Zionis.

“Tindakan orang beragama Islam yang sanggup menggadai maruah agama demi mendapatkan sokongan atau undi orang bukan Islam adalah amat mengecewakan dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata laporan itu membuktikan Anwar terdesak ‘mengampu’ kuasa asing supaya beliau terus kekal signifikan.

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata laporan Washington Post itu jelas membuktikan `politik dua alam’ Anwar.

“Di Malaysia, dia jadi hero memaki hamun Yahudi. Konon cerita Malaysia dalam bahaya kerana syarikat Israel menguasai kerajaan. Rakyat dan umat (Islam) terpedaya, menjulangnya sebagai wira Islam zaman ini,” katanya.

“Tetapi bila di Amerika, lain cerita. Sehingga terpaksa melahirkan rasa kesal kepada Yahudi kerana bersuara seperti Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Maka, melututlah `penyelamat umat’ di depan Yahudi Amerika!” kata Zulkifli dalam blognya

Bila baca Harakahdaily.net

Umno guna APCO serang saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.

“Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara,” ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.

Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi.

“Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia).

“Bila saya kata ‘dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel', itu Utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya,” kata beliau lagi.

Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan.

Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa.

“Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah.

“Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan,” jelasnya.

jadi, mana yang betul?

1 comments:

far hani said...

apekah cerita sebenarnye?? wallahua'lam.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...