• RSS

20 July 2010

Motivasi Pagi bersama Ust Hasrizal Abd Jamil di IKIM 2

Fungsi agama dalam memberi


Erti hidup pada memberi itu haruslah dilengkapi lagi dengan kefahaman terhadap hidup beragama. Dalam kita ikhlas memberi, kita harus sedar bahawa, agama itu berfungsi memberi makna kepada kehidupan dan memberi makna kepada tujuan.

Jika dilihat masyarakat jepun, rata-ratanya mereka sudah menguasai kesemua bidang. Apakah yang Islam boleh tawarkan kepada mereka? Adakah kita mahu mengajak mereka kepada Islam dengan menggunakan hujah Islam mengajar teknologi daripada pelbagai bidang, atau Islam juga mementingkan kebersihan, dan begitu juga dengan kepentingan masa dalam surah Al-Asr. Sungguh tidak sesuai jika kita menggunakan hujah tersebut untuk mengislamkan mereka kerana mereka sudah pun mengungguli bidang tersebut. Apakah Negara berteknologi yang paling maju? Siapakah masyarakat yang paling menepati masa dan pembersih? Siapa lagi kalau bukan masyarakat Jepun.

Namun, akhbar bertarikh 8 jun 2008 memuatkan sebuah kisah seorang lelaki telah membunuh orang ramai tanpa sebab di sebuah kawasan di jepun, Akiyabahara. Apabila ditanya apakah motif dia membunuh, jawapannya ialah “ saya sudah bosan menjadi orang baik”. Ini adalah kekurangan bagi masyarakat di sana kerana mereka membuat kebaikan tanpa tujuan.

Begitu juga dengan sebuah kelompok yang suka dengan animasi di sebuah daerah di sana, walaupun mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, namun mereka telah dikaitkan dengan pelbagai kes bunuh diri.

Golongan yang sudah duduk dalam satu keadaan merasakan sudah memiliki segala-galanya tapi tidak tahu mereka melakukan kebaikan itu untuk siapa. Begitu juga dengan hartawan dunia, Donald Trumph. Sungguh pun dia sudah mempunyai kekayaan berjuta-juta ringgit namun, akhirnya dia diceraikan isterinya dan tidak mampu mengecap kebahagiaan dengan wang ringgit.

Di sinilah Islam datang membawa makna. Islam membawa tujuan mengapa kita harus melakukan kebaikan sesama manusia. Islam membawa kebahagiaan yang tidak mungkin kita kecapi dengan harta benda, pangkat dan keluarga.

Al-Baqarah: ayat 30

Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Mengapa kita melakukan kebaikan? Kerana kita adalah hamba Allah. Kita adalah Khalifah!

1 comments:

far hani said...

setiap manusia adalah KHALIFAH....pemimpin... pimpin diri sendiri dulu, baru bleh pimpin orang lain......^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...