Hamizah baru sahaja menghantar mesej.
"walimah k.kina pijoe 9feb"
Saya terdiam. Disahkan lagi dengan invitation oleh bakal pengantin sendiri di fb.
Sebenarnya ini bukanlah lagi kejutan bagi saya. Kerana instinct saya selama ini sudah pun kuat mengatakan.
Tidak lama setelah saya klik going pada inivitation, bakal pengantin menelefon saya.
"Assalamualaikum, Linda..."
"Waalaikumsalam akak..."
" Linda, akak tak berniat nak tipu awak tau..."
saya tidak mampu berkata apa-apa. dada mula sesak. air mata mula berlinangan.
"Linda..awak nangis ke.."
akhirnya saya tidak mampu sembunyikan. nangis teresak-esak pulak tu. comot betol!
"linda.. awak sorang-sorang ke tu.. kenapa awak nangis...huhu" saya dapat bayangkan macam mana riak muka kak kina ketika ini. separuh cuak.
"manalah saya tahu.. sape suruh akak tepon saya. kan saya dah nangis.. huhu..", jawab saya sambil mengelap baki air mata.
Saya pun tak tahu kenapa saya menangis. mungkin menangis kegembiraan kerana kakak yang selalu berada di sisi saya ini bakal mengecapi kebahagiaan. mungkin menangis kesyahduan kerana selepas ini kakak saya ini sudah menjadi pemilik orang. mungkin..
Entah. saya pun tak pasti kenapa air mata ini keluar.
Kak Khairina atau Kak Kiena yang saya kenali, adalah mudah mesra. Tua setahun daripada saya. mula kenal semenjak saya tahun satu lagi dan mula rapat entah bila. Mungkin waktu, masa, tempat dan program yang merapatkan kami. Selalu menulis komen di blog saya. Selalu juga memberi semangat dan melayan kesengalan di waktu-waktu tertentu.Dalam banyak hal, kami sama pendapat. apabila berbincang mengenai sesuatu isu, biasanya perbincangan tidak bercambah kerana pandangan kami biasanya sama. saling menyokong. minat? kebanyakkannya juga sama. beliaulah yang kenalkan saya dengan video matluthfi. sehinggalah saya ternanti-nanti setiap keluarannya. jenis movie yang kami kongsikan, jenis buku yang kami baca, serius sama. cumanya, bahan Kak Kiena kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris. beliau juga seorang yang tinggi siasah. Kalau tidak, masakan dia dapat menyimpan rahsia terbesar ini sehingga sekarang. huhu. saya hanya tersenyum bila dia cuba menafikan setiap kali. antara ayat popularnya ialah " Entahla Linda.. Akak pun tak tau bila nak kawin.. siapalah akak ni.."
"eaww.. tolonglah.." huhu..
dan..
pasangannya.. saudara Hafizul Hilmi. bukan orang lain. hebat juga. dari sudut siasah dan isu semasa, siapa yang tidak kenal dengan mantan MPM evolusi ini. Pendapatnya di fb kadangkala boleh membuatkan wartawan, Yb dan Pak menteri menggaru kepala dan menahan sabar. Dan, yang paling saya kagumi ialah dari sudut penulisannya. masakan tidak, dua novel remaja sudah terbit hasil tulisannya. Si Blogger Kampung dan Budak Surau.
Keduanya orang hebat. keduaya suka menulis. terutamanya di blog. Cuba buka sini dan sini . Alhamdulillah. semoga persamaan dan perbezaan menjadi pelengkap kebahagiaan.:)
Barakallahulakuma buat Kak Khairina 'Izzati dan pasangan Hafizul Hilmi. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah oleh Allah Ta'ala.
:)
nota:
1. Sahabat mana yang tidak gembira melihat kebahagiaan sahabatnya..
2. perempuan memang selalu menangis tanpa sebab.
3. kak kiena, jom dating! ^^,
6 comments:
Terima kasih. Mohon doa agar perkahwinan kami diberkati Allah.
haisyh... nama kita naik pulak...
tuan Hafiz hilmi: Insya Allah..
(^_^): haa nama naik tu, tanda-tanda.. hoho
Linda, jangan nangis tau..nanti tak comel macam mana akak nak carikan calon? :D
InsyaAllah i'm always here no matter what, married or not. Ukhuwwah tu merentasi status seseorang, percayalah! :D
yo lo jer... amin...utk linda jugak
kak kiena: calon? calon utk parlimen mana?ha'ah.. PRU memang nak dekat dah..
Post a Comment