Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw.
23 mei tahun ini. Bukan tarikh pilihan saya. Malah bukan juga pilihan si dia. Mungkin pilihan bersama perbincangan mereka. Maka, apakan daya saya untuk menolak atau membantah. Kuasa seorang perempuan yang lemah ini, terpaksa sahaja menurut walaupun hati tidak redha. Pasrah sebenarnya.
...................................................................................................................................
Minggu lepas, saya berada di medan kemuncak. kemuncak apa? kemuncak bengang. Bengang sehingga sambal ayam penyek pun tak terasa pedasnya. Mana tidaknya, hati saya dipermain-mainkan. Sebelum ini, saya sudah menelefon pihak KPM dan bertanya tentang status permohonan eprd saya. Katanya,
"Permohonan awak telah kita terima. Cuba cik telefon 2 petang ini untuk berurusan dengan Encik Zul", kata pihak KPM bersuara perempuan.
Saya mampu menarik nafas lega kerana stautus "telah diterima' itu.
Namun, keesokan harinya, lain pula yang berlaku,
"Awak punya nombor rujukan 4219 kan? Setakat ni, kita tak ada terima. Sebab, dalam sistem kami, 4218 ada, 4220 pun ada. Yang awak punya 4219 tak ada. Mungkin sebab sistem down, so permohonan tak sampai."kata pihak KPM kali ni, bersuara lelaki.
"Tapi, Cik yang semalam kata permohonan saya dah diterima." Saya cuba mempertikai.
"Owh.. dia tak check la kot semalam" dia menjawab dengan selamba.
"Boleh pulak!" saya menjawab dalam dengar dan tidak.
"Tak apalah dik, apakata awak cuba check semula esok. Mungkin esok server dah ok. So, kita tengok la esok apa yang kita boleh buat." harapan palsu cuba diberikan.
"Ok.terima kasih."jawapan saya dengan hati sebal.
Keesokan harinya, saya menelefon semula KPM dan bertanya mengenai status eprd buat kali ketiga.
"Macam nilah dik, apakata awak buat permohonan cara manual. Sebab, untuk mengelakkan masalah-masalah lain dan supaya awak pun tak perlu tunggu lama." pihak KPM bersuara perempuan. Suara pegawai hari pertama saya telefon.
"Ok.terima kasih"
Bengang. manatidaknya, saya sangat rasa tertipu dengan pegawai KPM yang kali pertama saya hubungi mereka. Dia kata permohonan saya sudah diterima. Tetapi pegawai hari kedua beritahu, "Owh..dia tak check la kot semalam" .. Penipuan apakah? ini yang dinamakan integriti? Pada saya, pihak penyelidikan KPM sangat tidak profesional dalam menguruskan permohonan mahasiswa pendidikan yang perlukan kebenaran mereka untuk kami membuat kajian ke sekolah. Permohonan yang terpaksa dibuat dengan sistem online sangat tidak mesra pengguna. Sudahlah server down. Ditambah pula dengan soalan yang sangat banyak perlu dijawab. Pihak KPM sepatutnya memudahkan urusan. Bukan menyusahkan dan perlu difollow up banyak kali barulah permohonan itu akan dibawa ke pihak atasan.
Dan, akhirnya saya terpaksa akur juga dengan KPM. Buat permohonan secara manual. Isi borang dan pos laju. terbanglah beberapa RM. Namun, saya fikir ia sekadar prosedur. Saya harus bergerak proaktif. Iaitu. jalankan sahaja kajian di sekolah tanpa kebenaran. kalau sekolah tak kisah dan terlupa untuk melihat surat kebenaran maka selamatlah. Jika tidak, pergilah sekolah lain. Dan perkara ini belum lagi boleh dibuat kerana minggu ini cuti sekolah!
Maka, kajian rintis yang paling awal boleh saya buat pun, hari isnin minggu depan. Hmm.. menunggu lagi.
Itulah status PSM saya. 23 mei tarikh yang ditetapkan oleh fakulti pendidikan untuk hantar full PSM dan tarikh akhir untuk supervisor masukkan markah. Kalau berdasarkan timeline yang saya buat, masa yang diperuntukkan cukup-cukup sahaja. Tiada masa tambahan. Harap-harap tiada masalah.
Inilah status PSM saya. Jika ada orang tanya "PSM macam mana?"
maka saya akan jawab, "Jangan tanya."
Geram saya pada pegawai yang menipu, Allah sahaja yang tahu. Saya mampu bersabar jika permohonan itu perlukan semakan yang teliti atau sebagainya. tapi saya tak boleh bersabar dengan orang yang bersifat penipu seperti itu. Seolah-olah penindasan kepada mahasiswa marhaen sedang dilakukan!
Ya Rabbi.. Permudahkanlah urusan saya dan rakan-rakan.
Nota:
1.Doakan saya grad pada masa yang ditetapkan..
2.Hikmah Allah beri ujian ini sangat banyak sehingga tidak mampu saya tuliskan satu persatu di sini.
3. Senyum dan keriangan di luar tidak mampu memberi tafsiran terhadap gejolak hati yang mendalam
4. PakSom : PSM
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago