• RSS

12 January 2013

ISLAM itu apa ya?

Bismillah.. Selawat dan salam buat Rasulullah saw yang telah membawa ISLAM kepada kita sehingga ke hari ini.

Malam tadi, saya menyempatkan masa untuk berusrah bersama-sama adik-adik tahun satu.

tajuk usrah malam ini ialah ISLAM.

Ini adalah antara bahan bantu yang saya gunakan.


Video ini sebagai induksi



Ini sebagai isi kandungan




Dan ini sebagai kesimpulan

07 January 2013

Kelu Lidah


--
-----
-
-
-
-
--
--
--
-
---
--
--
-
---
--
--
-
-
-
--
--
-
--
--
--
-
--
--
--
--
--
-------

---
-
-
---

-
-
-

-
--

-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---
-
-
-
-
-
-
-
-
-

--
-
-

-
-
--

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-

-
-

-

-
-
-
-
-
.....




Semoga bertemu cinta TUHAN..

06 January 2013

2012 dalam kenangan.

Bismillah..Alhamdulillah wa syukrulillah..

2012 dalam kenangan. Sekarang sudah masuk hari keenam tahun 2013.Cepat benar masa berlalu. Setahun bagai sebulan, seminggu bagai sehari. Masa begitu pantas dirasakan. Tanda-tanda kiamat bakal menjengah dalam keadaan makhluk bersedia atau pun tidak.

2012 sarat dengan memori dan pengalaman. Pahit, manis, tawar, kelat, masam semuanya bercampur gaul menjadi rojak kehidupan yang lazat jika diingat-ingat kembali. Saya nukilkan beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang 2012.

Hamizah masuk hospital.

2 Januari sahabat sefikrah saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah usus. Sedikit bahagian ususnya perlu dipotong demi menyelamatkan keseluruhan sistem penghadamannya. Maka, tanpa diminta oleh sesiapa, saya dan Atikah Shaari menemaninya di hospital sehingga hari pembedahan. Sebenarnya, pihak hospital hanya membenarkan seorang sahaja untuk teman pesakit, tapi saya tetap berdegil untuk menemani Hamizah. Bukan tidak yakin dengan kemampuan Atikah, tapi sukar juga kalau seorang sahaja yang menjaga. Sekurang-kurangnya kami berdua boleh bergilir-gilir untuk solat, ke tandas, dan sebagainya. Macam-macam saya dapat lihat sepanjang berada di hospital ini. Tengok kanan, tengok kiri, semua orang terbaring sakit. Ada ibu tua yang anaknya setia menemani di sisi. Ada juga gadis yang pakwenya menyuapkan makanan.  Jururawat yang selalu buat lawak, doktor pelatih yang nervous masa nak cucuk jarum, Doktor senior yang sempoi, dan mak cik cleaner yang tekun berkerja. Semuanya ada watak masing-masing dan saya mengambil kesempatan ini untuk memerhati karenah mereka. Inilah kegemaran saya. membaca setiap kepelbagaian watak manusia. Daripada sinilah akan lahirnya rasa bersyukur dan sifat memahami yang sentiasa saya cuba pelajari. Boleh baca entri pengalaman Hamizah di hospital di sini. Nasihat saya, di mana pun kita berada, jadikanlah diri kita ini seorang pemerhati supaya ia akan mendidik kita untuk belajar mengenai ilmu kehidupan yang jarang kita perolehi secara formal.

Buku

Tahun ini adalah tahun yang saya paling banyak membaca buku. Ada yang dibedah dan ada juga yang tidak dibedah di blog. Membaca dengan bahagia lebih-lebih lagi ketika saya berLM. masuk sahaja semester baru, saya hanya berjaya menghabiskan satu sahaja buku iaitu "Padanya Ada Hikmah" Tulisan Prof Dr Muhaya dan Bahruddin Bekri. Itu pun kerana ia setebal 120muka surat sahaja. kalau tak habis, tak tahulah nak cakap apa. Teruk bebenor.. Maka, buku yang lain seperti "Jangan Berhenti Berlari" tulisan Dr Zaharuddin Abd Rahman dan "Sinergi" tulisan Hilal Asyraf saya hanya baca sekejap-sekejap jika ada kelapangan. Mana tidaknya, setiap kali nak baca, mesti 'hantu' PSM mula datang mengingatkan saya yang dirinya perlu disantuni terlebih dahulu. Adeyh la..

novel terakhir yang saya baca. (pinjam dari bakal pengantin. K.Kiena)

Latihan Mengajar  (19 March-29 Jun)

3 bulan dilatih untuk belajar mengajar. Betul ajar, jadi orang. Salah ajar, jadi orang juga. Orang Utan! hehe.. Malas nak tulis panjang, boleh rujuk di entri ini hingga akhir.

kek sempena majlis perpisahan anjuran anak-anak murid

Konvensyen Fiqh Ummah zon selatan (7-8 Julai)

Tidak sangka, UTM dipilih oleh team K-Fiqh Sdn Bhd untuk dijadikan tempat berlangsungnya konvensyen peringkat kebangsaan ini. Dan alhamdulillah berkesempatan juga untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan. Entri khas di sini.

bergambar bersama Al-Mawlid ketika menjual tiket di PERSADA, JB
 

barisan HQ, sukarelawan dan asatizah.

barisan HQ dan sukarelawan


Abang andak kahwin (9-11 November)

9 abang bernikah. 10 majlis di pengantin perempuan. 11 majlis di rumah saya. Alhamdulillah. setelah mengikat tali pertunangan selama setahun dua bulan, akhirnya abang andak atau pun nama sebenarnya Ahmad Farid disatukan dengan pasangannya Siti Aidah. Banyak yang saya belajar untuk majlis walimah mereka ini. memandangkan saya ialah anak bongsu dan perempuan pula tu, maka saya secara automatiknya menjadi orang kanan emak dalam sekalian hal. Warna tema langsir dan khemah, apa yang nak diisi dalam door gift para tetamu, cenderahati untuk geng pakatan rewang, dan banyak lagi lah kebanyakkannya hasil keputusan saya dan emak. Bila warna yang ditanya, maka ofkos lah saya cadangkan warna kegemaran saya. huhu. Hasilnya, walimah orang lain, favourite warna orang lain. Alah.. abang saya tu, lelaki, manalah kisah sangat bab-bab warna ni. Janji, majlis dia setel.. Dan.. sepanjang tempoh pertunangan hinggalah perkahwinan, saya nampak ke mana aliran duit yang selama ini menjadi salah satu syarat untuk berkahwin. Bukan suka-suka untuk meletakkan syarat 'sudah kerja' untuk berkahwin. (bagi lelakilah). lebih-lebih lagi, keluarga marhaen seperti saya. Majlis ala kadar pun, rumah perlu dicat,700 kad mesti diedarkan. Itu pun ada juga yang datang tak berkad. Maklumlah, majlis kenduri kahwin ni adalah salah satu medan untuk berkumpul sedara mara yang jauh apatah lagi yang dekat. begitu juga kawan-kawan. kawan emak saya, arwah abah, dan adik-beradik saya. juga kawan saya. Disebabkan jarak umur adik beradik saya yang jauh, maka tahun walimah juga jauh. Along berkahwin pada tahun disember 1996. Kak Ngah 1999. Abang Uda 2004 dan abang andak 2012. see. nampak tak jarak jauh tu. kerana jarak jauh itulah, semua sedara mara dan kawan-kawan emak abah saya begitu teruja untuk datang ke walimah abang saya. Biar majlis tidak mewah tapi beri kepuasan kepada semua pihak. makanan biar cukup. kerusi biar muat. Selesai sahaja majlis, semua menarik nafas lega. Alhamdulillah..

Gambar pertunangan. Dari kiri: Kak Ngah, Emak, Kak Aidah (Yang Bertunang), saya, mak su, dan Kak Ipah (isteri abang uda) soalan saya: adakah muka saya dengan Kak Aidah sama?!

Alhamdulillah selesai..:)

Handphone hilang (11 November)

Dalam kesibukan ketika majlis walimah di rumah, saya kehilangan telefon touch screen yang pertama saya. Samsung Corby. usianya hanya 9 bulan. Hilang ketika saya charge di dapur rumah sebelah (rumah along). Tak sangka pula boleh hilang dan ada yang nak mencuri. Akibatnya, saya kehilangan semua nombor telefon kenalan dan gambar-gambar berharga yang belum sempat saya transfer ke laptop.


Alhamdulillah.. sebenarnya banyak lagi yang saya tidak sempat untuk kongsikan. 2012 dalam kenangan. mari kita menuju 2013 dengan penuh bermotivasi. Ada harapan yang perlu dihebahkan, ada juga yang hanya dilaungkan dalam hati. Semoga 2013 tahun yang lebih baik. Apa-apa pun, setiap hari kita mesti berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Jom Ubah!



  

27 December 2012

Ada orang tu, nak kahwin dah..:)

Bismillah wa Syukrulillah..

Hamizah baru sahaja menghantar mesej.

"walimah k.kina pijoe 9feb"

Saya terdiam. Disahkan lagi dengan invitation oleh bakal pengantin sendiri di fb.

Sebenarnya ini bukanlah lagi kejutan bagi saya. Kerana instinct saya selama ini sudah pun kuat mengatakan.

Tidak lama setelah saya klik going pada inivitation, bakal pengantin menelefon saya.

"Assalamualaikum, Linda..."
"Waalaikumsalam akak..."
" Linda, akak tak berniat nak tipu awak tau..."

saya tidak mampu berkata apa-apa. dada mula sesak. air mata mula berlinangan.

"Linda..awak nangis ke.."

akhirnya saya tidak mampu sembunyikan. nangis teresak-esak pulak tu. comot betol!

"linda.. awak sorang-sorang ke tu.. kenapa awak nangis...huhu" saya dapat bayangkan macam mana riak muka kak kina ketika ini. separuh cuak.

"manalah saya tahu.. sape suruh akak tepon saya. kan saya dah nangis.. huhu..", jawab saya sambil mengelap baki air mata.

Saya pun tak tahu kenapa saya menangis. mungkin menangis kegembiraan kerana kakak yang selalu berada di sisi saya ini bakal mengecapi kebahagiaan. mungkin menangis kesyahduan kerana selepas ini kakak saya ini sudah menjadi pemilik orang. mungkin..

Entah. saya pun tak pasti kenapa air mata ini keluar.

Kak Khairina atau Kak Kiena yang saya kenali, adalah mudah mesra. Tua setahun daripada saya. mula kenal semenjak saya tahun satu lagi dan mula rapat entah bila. Mungkin waktu, masa, tempat dan program yang merapatkan kami. Selalu menulis komen di blog saya. Selalu juga memberi semangat dan melayan kesengalan di waktu-waktu tertentu.Dalam banyak hal, kami sama pendapat. apabila berbincang mengenai sesuatu isu, biasanya perbincangan tidak bercambah kerana pandangan kami biasanya sama. saling menyokong. minat? kebanyakkannya juga sama. beliaulah yang kenalkan saya dengan video matluthfi. sehinggalah saya ternanti-nanti setiap keluarannya. jenis movie yang kami kongsikan, jenis buku yang kami baca, serius sama. cumanya, bahan Kak Kiena kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris. beliau juga seorang yang tinggi siasah. Kalau tidak, masakan dia dapat menyimpan rahsia terbesar ini sehingga sekarang. huhu. saya hanya tersenyum bila dia cuba menafikan setiap kali. antara ayat popularnya ialah " Entahla Linda.. Akak pun tak tau bila nak kawin.. siapalah akak ni.."

"eaww.. tolonglah.." huhu..

dan..

pasangannya.. saudara Hafizul Hilmi. bukan orang lain. hebat juga. dari sudut siasah dan isu semasa, siapa yang tidak kenal dengan mantan MPM evolusi ini. Pendapatnya di fb kadangkala boleh membuatkan wartawan, Yb dan Pak menteri menggaru kepala dan menahan sabar. Dan, yang paling saya kagumi ialah dari sudut penulisannya. masakan tidak, dua novel remaja sudah terbit hasil tulisannya. Si Blogger Kampung dan Budak Surau.    

Keduanya orang hebat. keduaya suka menulis. terutamanya di blog. Cuba buka sini dan sini . Alhamdulillah. semoga persamaan dan perbezaan menjadi pelengkap kebahagiaan.:)


Barakallahulakuma buat Kak Khairina 'Izzati dan pasangan Hafizul Hilmi. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah oleh Allah Ta'ala.
:)



nota:
1. Sahabat mana yang tidak gembira melihat kebahagiaan sahabatnya..
2. perempuan memang selalu menangis tanpa sebab.
3. kak kiena, jom dating! ^^,

24 December 2012

Dua alam rahsia Tuhan

Bismillah wa syukrulillah..

"wah, anak perempuan Hjh Asmah tinggal seorang. Tak lama lagi tu..."kata Cik Tipah
"ha linda. Tinggal kau sorang tak kahwin lagi. Bila lagi..."kata Pak Manap

Ini antara soalan bertubi-tubi yang ditanya kepada saya ketika majlis walimah abang saya bulan lepas. Dari pagi sampai ke petang. Dari sebelum majlis bermula hinggalah selesai. Semua duk tanya. Bila lagi, bila lagi, bila lagi. Riiiiimas!(dengan gaya matluthfi)

Akhirnya, bila orang asyik bertanya, maka jawapan ringkas ini saya jawab. " Esok! jangan tak datang pula ya!, "

Hmm.. Macam-macam.

Perkahwinan pada saya ialah ibarat memasuki satu alam. Memasuki alam perkahwinan ialah bermaksud melangkah ke alam orang-orang dewasa. Orang yang cukup matang dari sudut ilmu agama, ilmu mengurus emosi dan ilmu mengurus kehidupan diri sendiri dan orang lain.

Sebagai persediaan untuk memasuki alam ini, maka orang pun berpusu-pusu mendaftar kursus kahwin. Itu dari sudut syarat wajib di Malaysia. Persediaan yang lain pula ialah, kerja lebih masa untuk mencari wang kenduri dan hantaran, menajamkan skill memasak, belajar menjahit, membaca buku-buku berkaitan rumahtangga, dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menghantar borang baitul muslim kepada panel bagi yang belum ada calon. Itu semua adalah persediaan yang dilakukan ramai dari kita.

Kebanyakkan orang, hangat bercerita keseronokan berkahwin. Lumrah manusia akan membayangkan yang indah-indah sahaja tentang sesuatu yang belum ditempuhi. Kerana, di alam perkahwinan lah separuh daripada yang haram di dunia ini menjadi halal di antara suami isteri.

Namun, persoalannya di sini ialah, kenapa orang masih tertanya-tanya dan sibuk mencari-cari sedangkan alam perkahwinan ini, Allah sudah tetapkan sejak dulu lagi. Bila? Dengan siapa? Di mana? ketika umur berapa? Semuanya sudah pun ditetapkan hanya menjadi misteri dan rahsia. Kerana misteri inilah, kadangkala manusia begitu asyik untuk berteka-teki dengan kehadiran cinta. Kadang-kala sehingga lagha! (nauzubillah)

Ramai juga dikalangan kita terlupa. Ada satu lagi alam rahsia Tuhan, misteri kepada kita tapi tak ramai untuk orang ingin tahu. Sedangkan, konsepnya sama seperti alam perkahwinan tadi. Di mana? bila? dengan siapa? ketika umur berapa? semuanya kita tidak tahu. Iaitulah alam barzakh. Alam perpindahan roh. Alam kematian.

Cuba kita koreksi diri dan bertanya kepada hati kita yang paling dalam. Apakah perasaan excited kita memikirkan hal-hal alam perkahwinan sama dengan perasaan ketika memikirkan alam kematian. Sejauhmanakah persediaan untuk kedua-dua alam ini seiring? Jika kita suka untuk berteka-teki dengan siapakah kita dijodohkan mengapa tidak kita juga berteka-teki untuk hal-hal kematian kita. hal-hal negeri akhirat kita. Bukanlah bermakna untuk kita meminta-minta mati tapi "bukankah orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan bersedia kearahnya" (Imam Ghazali)

Alam perkahwinan vs alam kematian. Ada matlamat, visi, misi tersendiri.

"Ya Allah berikan aku cinta orang yang mencintaiMu. Jauhi diriku daripada fitnah cinta yang melemahkan pemuda dari mengingatiMu."

Berkahwinlah dengan niat untuk melengkapkan agama bukan sekadar nafsu. Bentengkan hatimu dengan ingat kepada Allah Tuhan yang Maha Mengetahui segala rahsia. Nikah dan mati semuanya rahsia Tuhan!
Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...