• RSS

20 December 2010

Kasih Tak Bersyarat



Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku



kasih yang tertinggi di dunia ini adalah kasih ibu pada anaknya. seandainya kasih itu boleh diukur dengan mata kasar, sebesar apalah agaknya ya.. adakah sebesar bumi ini? adakah seluas laut? atau adakah setinggi gunung? tidak! kasih ibu pada anaknya tidak boleh diukur. 


kasih seorang ibu pada anaknya bukan dibuktikan dengan belaian kemesraan semata-mata. bukan juga dengan menuruti segala permintaan si anak. Tapi kasih seorang ibu yang sebenarnya adalah dengan mendidiknya dengan syariat Islam yang sebenar supaya si anak beroleh keredhaanNya. tidaklah mampu rasanya untuk kita menyenaraikan tugas ibu sejak dari usia si anak dalam kandungan hinggalah ketika ibu menghembuskan nafasnya terakhir. terlalu banyak.


namun, apa yang kita mampu balas? adakah dengan duit berkepuk di bank? tidak sama sekali. ia tidak mampu dibalas dengan apa jua sekalipun. Segulung ijazah yang kita hadiahkan juga hanyalah sekadar penyejuk hati mereka dan ia belum mampu membalasi jasa ibu. 

ibu tidak pernah meminta apa pun sebagai balasan. Cukuplah sekadar melihat anaknya berjaya, pandai menjaga kehormatan diri, dan patuh pada suruhan Allah itu sudah memadai. Begitu yang pernah emak katakan pada saya. Emak sentiasa meredhai setiap keputusan yang saya lakukan. Emak sentiasa memahami keadaan saya yang jarang pulang ke rumah walaupun jarak antara UTM-Muar hanyalah 2 jam 30 minit. Kerana emak percaya dan yakin, anaknya punyai tanggungjawab. Emak tidak cepat melatah apabila mendengar kata-kata dari si mulut celupar yang menuduh saya tidak selalu pulang kerana saya tidak suka duduk di rumah.

kasih emak terus mengalir deras. Terlalu deras hingga tidak tercari mana akhirnya. 

saya bersyukur dan bangga punyai ibu seperti ini. Ibu yang memahami jarak antara anak dan ibu bukanlah penghalang untuk kasih itu berhenti mengalir. 

terima kasih emak kerana bersedia untuk berkorban perasaan. Rindu emak pada saya dibiarkan berpada. tidak dilayan semahunya. 

Ya Allah! mana mungkin aku cari ibu sebaik ini. Syukurku padaMu Ya Allah atas kurniaan terhebat ini. 

dan buat emak, sayang dan cintaku selepas Allah dan rasulku hanyalah untukmu. Terima kasih emak atas kasih tak bersyarat yang engkau curahkan di sepanjang hayat ini.  






3 Idiots








Kekangan masa pada beberapa bulan lepas, menjadikan pertemuan saya dengan adik-adik usrah tertangguh. Jadi, segera satu tugasan saya berikan pada mereka.
Tajuk tugasan:
Sila hayati filem 3 Idiots dan berikan ulasan mengenai filem tersebut.  
Ini jawapan mereka:
Fadz

  • jangan mudah putus asa dalam setiap perkara yang kita lakukan walaupun mendapat cemuhan daripada sekeliling
  • Beri pertolongan kepada orang yang memerlukan walaupun orang tersebut pernah melukakanhati kita dengan cemuhan.
  •  Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaikwalaupun menghadapi pelbagai cabaran
  • Jangan menghina dan memandang rendah pada seseorang kerana berkemungkinan orang tersebut akan membantukita dalam kesusahan pada masa hadapan 


Husna 

  •    Berusaha bersungguh-sungguh dlam mncapai impian
  • Semangat setia kawan.Sudi membantu dalam masa susah atau senang
  • Belajar perlulah ikhlas bukan terpaksa
  • Tak menerima sesuatu ilmu secara membuta tuli.Harus diketahui dengan memahami ilmu itu sebelum mempraktikkanya.

Hani

  • walau macam mane pon owang tu dh mmbnci kite n lakukan mcm2 pade kite, jgn laa kite brdendam dengan mereka....sesungguhnya, bila perbuatan jahat di balas dengan kebaikan, insyaAllah terbuka hati mereka utk melihat kebaikan kita.....kite boleh aplikasikan dlam kehidupan kite sbgai muslim, bile mreka yg non-muslim tgok kebaikan yg kita lakukan, mudah-mudahan terbuka gak hati diowang.....=)
  • jgn berputus asa!! walau ape pon yg berlaku, pasti ade hikmah di sebaliknya...jgn laa kite putus asa, pastu terjun bangunan ke, bunuh diri....kan berdosa tu..hehe...cbe kita tenangkan diri, muhasabah diri semula...cbe berfikiran positif..ingat!! setiap yg berlaku ada sebab yg mgkin kite x ketahui......Allah itu maha mengetahui...Dia tau ape yg terbaik...
  • don't judge a book by it's cover..even org tu mke nmpk mcm dungu...xbole la nk simpulkn org tu xtau pe2...org mcm tu diam2 ubi berisi...then,,,xleh la nk pndg rendah kat org tuh...sbb idop ni mcm roda..xsmestnye kte akn slalu kat ats..ade masenye kita akan berade d bwah...
  • kita xleh pakse owang utk jdik pe yg kite nak..terpulang laa pade dye nk jdik ape pon.....dye berhak utk mncorak hidup dye sndri...=)

Amira

  • menyayangi sahabat melebihi diri sendiri atau dgn erti kata lain tahap ukhwah yg trtinggi..
  • jgn prnah sesekali merasakn diri kita lebih tinggi dr org lain dgn memandang rendah trhdp seseorg itu..barangkali dia jauh lebih baik dr kita..
  • sntiasa brlaku adil trhadap semua pihak tnpa perlu pnindasan trhadap insan yg kurg bkmampuan drpd kita..perlunya sifat brtimbang rasa..
  • dlm mghadapi kgagalan,sntiasa bfikiran rasional..yg pnting ingt Tuhan..ikut hati,mati..ikut rasa,binasa..
  • pnting nya sifat berani..berani menentang kmungkaran..berani melakukan prubahan..berani kerana benar..
  • prlulah jujur dan brcakap benar agar org prcayakan kita..
  • dlm mnuntut ilmu,jgn hanya hafal semata2,tnpa memahami erti sbnar hafalan kita..seperti mghafal keseluruhan ayat2 suci Al-Qur'an tnpa memahami ertinya sekali..
  • sntiasa brbuat baik trhadap org lain..ingtlah,xkn rugi kalau kita buat baik walaupun dibalas dgn kejahatan..
  • skurang2nya brsangka baiklah..jgn mudah marah tnpa usul priksa..
  • kekayaan harta bkn segala2nya..kekayaan jiwa lbih utama..

01 December 2010

Wo Ai Ni Allah



Tajuk: Wo Ai Ni Allah
Penulis: Vanny Chrisma W
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan muka surat: 292
Novel ini saya baca dua kali untuk saya benar-benar hayati isinya. Ini adalah novel spiritual. Kisah penderitaan keluarga Ateis dalam mencari siapakah tuhan yang sebenar.
Tan Tio seorang penjenayah yang pernah terlibat dengan pelbagai kes rompakan, pembunuhan dan pengedaran dadah sehinggalah dia tiba-tiba sahaja bercakap-cakap mengenai tuhan. Dan dia mendakwa berkali-kali dia bertemu Tuhan dalam mimpinya juga sering menyuruh orang di sekelilingnya agar bertaubat kerana dunia itu bersifat sementara. Maka itu, Ah Liong yang merupakan ketua penjenayah itu menghalaunya keluar daripada kumpulan mereka dan menganggap Tan Tio gila!
Mei Hwa merupakan isteri Tan Tio. Wanita cantik yang berkerjaya dan insan yang paling keras mengatakan tuhan itu tidak wujud. Pergaduhan sudah biasa dalam keluarga mereka. Dia terlalu tertekan dengan suaminya yang dianggap sebenarnya menghidapi penyakit skizofrenia dan gila.
Amei Chan gadis kecil berumur 14 tahun. Dia selalu jadi mangsa pergaduhan ayah dan ibunya dan selalu bersama ayahnya dalam mencari jawapan siapa sebenarnya Tuhan.
 Novel ini membawa kisah penderitaan mereka dalam mengenal siapa itu Tuhan. Bagaimanakah bentuknya, adakah ia boleh disentuh, dihat dan sebagainya. Ya. Mereka derita. Derita batin. Pelbagai agama mereka temui. Puas juga mereka bertemu Fransiscus yang beragama kristian, Sami Chin beragama Buddha dan bersoal jawab dengan Ustaz Rohim di masjid. Sebenarnya Ustaz Rohim telah memberi jawapan yang terbaik. Namun, apabila Tuan Tio mencari tuhan itu secara  logik dan memikirkan Zat tuhan, sudah pasti jawapan ustaz tersebut tidak memberi kepuasan baginya.
Misi mencari tuhan itu pada mulanya hanyalah usaha Tan Tio. Kemudian, diikuti anaknya Amei dan akhirnya Mei Hwa juga turut mencari tuhan. Bagaimana masyarakat Islam, Buddha dan kristian  menangani golongan ini digambarkan dalam beberapa episod. Hanya sedikit reaksi negatif itupun yang ditunjukkan oleh Ustaz Ibnu di awal bab. Selainnya seperti  Ustaz Rohim dan isterinya Siti Maimunah hingga syahid ketika melindungi Mei Hwa, Husain dan Amir doctor psikiatri  yang merawat Amei Chan dan lain-lain lagi semuanya bersikap sewajarnya.
Pelbagai lagi konflik yang digarapkan penulis dalam novel ini bagi mengusik emosi pembaca. Insya Allah jika ia dibaca dengan hati, kita akan bertambah syukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai seorang muslim dan berusaha untuk membuktikan Islam bukanlah sekadar agama keturunan.
Secebis lembaran dalam novel ini,   
“……Dari hubungan, timbulnya perasaan . daripada perasaan timbulnya idaman. Daripada idaman timbulnya tamak. Daripada tamak, timbulnya kejadian. Dari kejadian, timbulnya kelahiran. Dari kelahiran, timbulnya usia tua, kematian, dukacita, ratapan, perasaan sakit, kekesalan dan keputusasaan. ……” ujar Sami Yan Chin.
“…Ambillah sepuluh macam ramuan. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaduk atau kerendahan hati, jadikanlah padanya tumbuhan taubat, taruhlah ke dalam lompang keredhaan, dan tumbuklah dengan penumbuk qanaah. Lalu simpan di kuali taqwa, tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke gelas syukur, kemudian kipasilah dengan kipas harapan, lalu minumlah dengan sendok pujian. Sesungguhnya jika kamu melakukan hal itu, maka akan menjadi ubat bagi segala penyakit dan bencana di dunia dan akhirat…” ucap Ustaz Rohim.

25 November 2010

Kalau Tuhan Dikenali


Artist: Mawaddah
Album: Sembahyang Membina Peribadi Agung
Title: Kalau Tuhan Dikenali

 Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

12 November 2010

Akan Ku Jumpa

tadi terdengar lagu ni di ikim.fm


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki  penat berlari
Namun yakin ku Kau kan ku temui

 

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

 
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri Mu


lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
lirik: Isma Yusoof
artis: Azfar


lagu ini sebenarnya adalah lagu tema drama samarinda syurgamu ramadhan yang di tayangkan di TV3 ketika bulan ramadhan lepas. agak basi juga lah saya baru menulis mengenai lagu ini sekarang.

saya tidak pasti cinta jenis apa yang penulis lirik ini sandarkan.

tapi, tidak salah rasanya jika saya menggunakan cinta dalam lirik ini sebagai cinta kepada Allah. setelah saya ulangi beberapa kali mendengar lagu ini, liriknya berkisar kesusahan dan kesukaran untuk kita memperoleh cintaNya. 

ya! bukan mudah!
tiap kali saya perhatikan, ramai orang mengaku dia mahukan cinta Allah kerana dia percaya dan yakin hanya cinta Allah yang sebenar berbanding cinta pada manusia. tapi, adakah usaha dan amalan kita sejajar ataupun bahasa mudahnya, adakah layak untuk kita perolehi cintaNya sedangkan amalan sekadar cuma.

jangan terlalu mudah mengaku anda sudah perolehi cintaNya. mana buktinya?
dan bagi yang sudah memperoleh cintaNya, sejauh mana anda mampu mempertahankannya? ingatlah.. cinta itu bersifat fleksibel. ia mudah datang dan pergi seiring dengan perlakuan mu. andai anda lalai, cinta itu akan pergi dan hanya hadir pada yang benar-benar mendambakannya.

dengan mad'u yang menunggu dakwahmu, usrah yang tercicir, bermalasan untuk menuntut ilmu, perkara lagha yang mengganti ibadah.. layakkah anda memperoleh cintaNya..

Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Astaghfirullah...

menangislah.. hinalah dirimu di hadapanNya.

 







semoga kita semua memperoleh cintaNya dan tetap istiqamah di jalanNya.. 


jari saya yang menaip  lagi dekat dengan mata saya yang membaca..


wallahualam..


nota:
1. mungkin ada yang mengatakan saya tidak thiqah kerana ini bukan lagu nasyid. 
2. dakwah juga perlukan seni bukan sekadar khutbah

08 November 2010

HARI PERTAMA

Bismillah..

Sudah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini secara serius. Entri sebelum ini pun hanyalah sekadar entri ekspress bagi mengelakkan blog saya berada tercorot di list blog sahabat-sahabat. Eheh =).. (gurau je)

Final Exam
Hari ini HARI PERTAMA bermulanya minggu peperiksaan bagi mahasiswa di seluruh IPTA. Segala ilmu di bilik kuliah yang telah dipelajari selama satu semester bakal diuji kefahamannya. Masya Allah! Tidak terasa masa berjalan.

9/11/2010 : Islam & Isu-isu Semasa
23/11/2010 : Differential Equations 
24/11/2010 : Pembelajaran Sains & Matematik 
25/11/2010 : Pedagogi
26/11/2010 : Linear Algebra
26/11/2010 : Physical Chemistry 1
29/11/2010 : Mekanik



Bulan Zulhijjah
Hari ini juga HARI PERTAMA  bermulanya bulan akhir mengikut kalendar hijrah. Ya. Hari ini 1 Zulhijjah. Dan berikut merupakan kelebihan sepuluh awal bulan zulhijjah dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang tempoh ini.
  KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

Firman Allah :

Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.
 (Al-Fajr :1-2)

Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.



2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

3. Firman Allah I:

 Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.



AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei).  Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.



3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari  :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’

Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’

Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah.
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2715.0

Azam
Apabila bulan zulhijjah mula menjengah, itu membawa signal kepada kita bahawa tahun 1431Hijrah bakal merangkak meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah berjaya menyempurnakan segala azam tahun lepas yang kita selalu budayakan setiap kali menjelang tahun baru. Adakah ia hanya sekadar budaya tradisi? Atau kita sudah pun berjaya mencapai azam tersebut malah melebihi apa yang kita targetkan? Harus sentiasa bermuhasabah. Mungkin sudah ada yang mula menyenaraikan SWOT  (Strength, Weakness, Opportunities & Threat) diri. Walau bagaimanapun ia, jangan kecewa jika azam yang lepas tidak Berjaya dicapai! Selagi mana kamu berusaha untuk mencapai yang terbaik setiap hari bukankah itu dikira mujahadah disisiNya. Ingat! Allah tidak melihat hasil tapi melihat usaha!
Mungkin bermulanya saat ini, kita semua seharusnya merangka-rangka apakah azam tahun baru untuk tahun seterusnya 1432 Hijrah. Tidak kira apa jua coraknya. Mungkin ada yang ingin merangka azam barunya berdasarkan formula SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Timeframe). Dan pelbagai lagi formula lain.
Muhasabah
Sahabat-sahabat, kita manusia biasa yang lemah lagi hina. Usahlah lupa kita hanyalah hambaNya. Walau berpangkat dan glamour, ia hanyalah pinjaman sementara. Taklifan mu itu bakal menuntut haknya di akhirat kelak. Hidupmu yang penuh gelak-ketawa dan senda gurau itu juga mungkin bakal menyaksikan tangisan yang berpanjangan. Ucapan mu di medan dakwah juga bakal menuntut engkau sebagai pelaku utama.
Apa yang saya taipkan di sini juga bakal menyaksikan tuntutan demi tuntutan di negeri akhirat sana. Astaghfirullahalazim..
Allahurabbi, dengan kelemahan dan kelebihan yang Kau anugerahi padaku, jadikanlah kehidupan aku di dunia ini dapat memberi manfaat kepada insan sekalian alam. Jangan Engkau lemparkan kembali cinta yang aku curahkan padaMu ya Allah. walau ku tahu ia tidak setanding cinta Engkau padaku. Istiqamahkanlah aku di jalan ini. Aku ingin berjuang, berkorban demi cinta!



02 November 2010

Bahtera Hamba

Bahtera Hamba
Munsyid: Zulfan

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buas menggunung menghempas dosa

Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi

Jernih danau nurani bersih
Berwudhu’ air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
Telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidupku matiku hanya untukMu

28 October 2010

Dah ok..

Alhamdulillah.. kebobrokan sudah diatasi..

25 October 2010

kebobrokan

di atas kesilapan teknikal, kebobrokan telah berlaku di sini. jadi, buat masa sekarang, blog ini sedang dibaik pulih.

p/s: ceh! macamla ramai sangat yg datang di blog ni..=)

23 October 2010

Festival Busana Muslim: Memartabat atau Menghina?

Islam merupakan agama yang bermaruah tinggi dan dihormati di pelusuk dunia. Setiap syariat yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan hadith telah jelas membawa  kesejahteraan dan kebaikan kepada penganutnya. Islam juga semakin diterima oleh penduduk barat yang bukan beragama Islam. Contohnya ketika serangan tentera Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi bantuan untuk penduduk Gaza yang telah mengorbankan seramai sembilan orang rakyat Jordan yang lalu. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia. Penduduk Amerika dan bangsa-bangsa eropah yang lain turut melakukan bantahan dan berdemonstrasi bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap penindasan orang islam meskipun berlainan agama.  
Namun, apa yang berlaku pada 9 ogos yang lalu amat memalukan. Penganjuran Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion festival (IFF) yang telah diadakan di Monte Carlo, Las Vegas jelas bersifat mempermainkan kesucian Islam itu sendiri.
Aurat
Jika disebut mengenai festival busana muslim, perkara utama yang sepatutnya diketengahkan ialah pakaian yang menutup aurat. Namun apa yang jelas adalah model-model yang menyertai festival ini terang-terangan tidak berpakaian mengikut syarak. Bukan sahaja tidak bertudung malah, pakaian mereka jelas menampakkan susuk tubuh dan menampakkan kulit. Sedangkan dalam Islam jelas menggariskan aurat seorang perempuan itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. 
                                                                                              (sumber:klik sini)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(An-Nur:31)
“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
- Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
 “ Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)
 
Menghina Islam
                                                                                   
Terdapat seorang model yang memakai pakaian berlambangkan tulisan khat bahasa arab ‘Muhammad’ terbalik. Hal  Ini menjadi semakin serius. Ayuh kita imbas kembali  sekitar tahun 2005 dunia digemparkan dengan isu sebuah akhbar di  Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad saw termasuk karikatur yang menunjukkan baginda memakai serban berbentuk bom. Akibatnya Denmark mendapat kecaman seluruh dunia. Termasuklah respons yang ditunjukkan di Negara kita, demonstrasi-demonstrasi tanda bantahan  oleh pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan, parti-parti politik dan juga mahasiswa kampus.  Ini termasuklah pemboikotan barang-barang perniagaannya yang telah mengakibatkan mereka kerugian puluhan juta dolar. Walaupun pada mulanya Perdana menteri Denmark ketika itu tidak mahu meminta maaf kerana beralasan menegakkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar namun setelah diasak dari pelbagai pihak, akhirnya pada tahun 2006, kerajaan Denmark meminta maaf kerana penyiaran tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Bagaimana pula dengan Malaysia sebuah Negara Islam yang terlibat secara langsung dalam festival ini? Jika selama ini Malaysia menjadi antara Negara yang terkehadapan dalam membicarakan isu penghinaan terhadap Islam, tapi kini pemimpin Negara kita telah terlibat dengan menjadi salah seorang peneraju kepada festival yang jelas menghina Islam dan menghina Rasulullah saw khususnya . Di manakah suara-suara ilmuan agama yang berada di barisan kepimpinan kerajaan yang lantang berforum di pentas? Jika hal ini tidak mendapat tindakan sewajarnya, maka sia-sialah sambutan Maulidur Rasul dan perarakan membawa sepanduk yang kita selalu adakan yang kononya membuktikan cinta kita kepada Nabi Muhammad saw. Semuanya tipu belaka.
Misi yang jelas
Kita mungkin tertanya-tanya apakah sebenarnya misi Festival Busana Muslim ini diadakan? (lebih lanjut sila ke www.islamicfashionfestival.com.my ) Apakah perbezaan antara festival ini dengan festival pakaian yang lain? Adakah  untuk memartabatkan atau memberi pendedahan kepada umat Islam seluruh dunia mengenai garis panduan pemakaian seorang wanita? atau ingin membuktikan kesenian Islam dalam pemakaian? ataupun ingin membuktikan islam tidak jumud dalam berfesyen? Walau apa pun jua, perlaksanaan festival ini tiada bezanya dengan festival pakaian yang biasa. Perkataan ‘Busana Muslim’ hanyalah sekadar tiket bagi memancing  minat orang Islam yang tidak hadam akan maksud Islam yang sebenar. Ataupun sebagai topeng untuk menghalalkan festival pakaian di mata golongan cetek agama.
 Peringatan Allah
Umat Islam harusnya sedar dan membuka fikiran seluasnya di atas kemungkaran yang telah berleluasa di dunia ini. Allah Ta’ala telah memberi peringatan-perinagatan kecil kepada hambaNya dengan menurunkan bencana  alam dan wabak penyakit yang sering datang dan pergi . Namun ia masih tidak mampu memberi kesedaran kepada umat manusia. Mahukah kita ditimpa Tsunami seperti di Acheh sekali lagi? Mahukah kita dibenamkan dengan gempa bumi atau tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa suatu ketika dahulu? Mahukah kita mati kesesakan nafas disebabkan oleh penularan virus influenza A H1N1? Atau mahukah kita Malaysia diterbalikkan seperti apa yang kaum Nabi Lut rasai dahulu? Nauzubillah…
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang Telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” (Al-Maidah: 57)
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.” (Al-A’raf: 165)
“(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfal:52)
“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Isra’: 16)
“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh).” (Al-Isra’: 58)
Semoga kita tergolong dikalangan orang mukmin yang diselamatkan Allah dari azabnya. Ini hanyalah pandangan seorang mahasiswa Islam yang semakin takut dengan fitnah dunia. Wallahualam.

13 October 2010

LA = Los Angeles?

sedang sibuk buat latihan Linear Algebra (juga dipanggil Los Angeles) oleh sesetengah rakan saya, tiba-tiba terfikir siapakah yang menemui dan mencipta segala teori yang tidak mudah ini.


Matemtik ialah koleksi ilmu yang dibina berdasarkan aksiom, yang mengkaji hubungan antara aspek kualitatif dengan aspek kuantitatif yang dibina secara deduktif atau induktif. Ia mempunyai beberapa cabang yang lebih kecil seperti aritmetik, mantik, geometri, astronomi, muzik dan seumpamanya
Konsep matematik dalam Islam pula merupakan ilmu yang berhubung dengan kepercayaan mengesakan Allah S.W.T. Perkataan ahad dalam surah Al-Ikhlas merupakan suatu simbol Ilmu Hisab. Dalam Islam angka pertama ialah satu (1), bukannya angka kosong atau sifar seperti yang dianuti oleh ahli fikir barat. Wujudnya satu sebagai angka awal dikaitkan dengan kewujudan Allah. Manakala pendapat angka kosong sebagai terawal adalah pendapat sekular Barat yang menafikan kewujudan Tuhan sebelum wujudnya alam.
Sesungguhnya matematik berkembang selari dengan perkembangan tamadun manusia. Tamadun besar manusia mencatatkan pencapaian gemilang dalam matematik. Tamadun Mesir menunjukkan pencapaian mendalam dalam bidang geometri. Tamadun Yunani menyelidik rahsia alam dan nombor. Tamadun Islam memperkenalkan sistem perpuluhan dalam sistem nombor moden. Tamadun Hindu melahirkan buku astronomi yang bersejarah. Tamadun China mempunyai warisan aritmetik yang bermakna. Tamadun Eropah mewarisi pelbagai budaya dan tamadun sebelumnya dalam pelbagai cabang matematik. Lalu dunia seluruhnya mewarisi sejarah silam secara silih berganti. Tiada tamadun yang terpencil dan bebas dari pengaruh tamadun sebelumnya.
Sebagaimana yang kita maklum matematik sangat diperlukan di dalam urusan seharian umat Islam seperti membeli belah, pengiraan harta pusaka dan sebagainya. Sehubungan dengan itu ramai sarjana matematik telah muncul pada abad pertengahan. Abad kesembilan dan abad kesebelas merupakan zaman keemasan dalam semua lapangan ilmu pengetahuan termasuk matematik. Dalam tempoh lebih kurang tiga abad iaitu sepanjang zaman keemasan pendidikan, telah lahir ramai sarjana Islam dalam bidang matematik. Ahli matematik Islam telah menemui beberapa penemuan baru dalam pelajaran matematik. Penemuan tersebut adalah seperti sistem nombor, sistem perpuluhan aritmetik, algebra, trigonometri, geometri dan sebagainya.
Aljabar adalah merupakan nadi kepada aritmetik dan ilmu ini membicarakan tentang cara memanipulasikan symbol-simbol dengan hukum-hukum tertentu yang berupa pengitlakan kepada aritmetik. Contohnya mengikut aritmetik, 2 + 2 + 2 = 3 x 2, 4 + 4 + 4 = 3 x 4 dan sebagainya, adalah kes-kes khusus kenyatan algebra (umum) bagi x + x + x = 3x, dan x adalah sebarang nombor.
Pengasas ilmu aljabar ialah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Tokoh ini dikenali sebagai bapa sistem nombor moden. Nama beliau turut harum dalam bidang aljabar kerana beliau merupakan penulis buku aljabar yang pertama yang bertajuk Kitab al-Jabr wa al-Muqabalah dalam kurun ke-9. Buku ini ditulis untuk Khalifah al-Makmun, kandungannya berkaitan dengan masalah mencari nilai anu, samada melibatkan persamaan linear atau persamaan kudratik. Masalah mencari nilai yang tidak diketahui dalam persamaan menjadi tema utama bagi ilmu aljabar.
Tujuan aljabar diasaskan pada zaman pemerintahan al-Makmun adalah disebabkan desakan bahawa umat Islam perlu mempunyai sistem pengiraan yang teratur untuk pembahagian tanah, pengiraan zakat, wasiat, perkongsian, perniagaan dan pengukuran tanah. Masalah faraid dan wasiat menjadi perbincangan utama buku tersebut walaupun pendahuluannya melibatkan penyelesaian persamaan kuadratik secara aljabar dan geometri. Dengan ini aljabar merupakan ilmu yang dikaitkan dengan ibadat, dan atas sebab inilah, ilmu ini dikategorikan sebagai ilmu Fardhu Kifayah dalam skema ilmu Islam. Ilmu ini dipelajari di masjid dan pusat pengajian Islam sepanjang zaman kegemilangannya.
Abu Bakar al-Karaji atau lebih dikenali dengan al-Kharki (1020M) telah menulis buku aljabar yang penting iaitu Kitab al-Fakhri fi al-Jabr wa al-Muqabalah. Al-Kharki memadukan aljabar al-Khwarizmi dengan aritmetik Diofantus menerusi analisis yang teliti. Dalam karya-karya tersebut al-Kharki mengembangkan pelbagai konsep aljabar yang melibatkan pelbagai masalah yang melibatkan nombor atau geometri. Bahkan penulis sejarah beranggapan bahawa aljabar Islam mencapai kemuncaknya di tangan al-Kharki dan Samuel al-Maghribi.
Terdapat ramai lagi sarjana-sarjana Islam yang lain turut memberi sumbangan dalam mereka kaedah-kaedah untuk mencari punca persamaan kuadratik, kubik dan kuartik secara analisis dan berangka seperti Thabit Ibnu Qurra (836-911M) dan Ibnu Haitham (965-1041M). Manakala Omar Khayyam (1045-1121M) adalah antara orang yang pertama membuat penemuan teorem binomial.
Kesimpulannya, orang Islam bukan sahaja membentuk algebra yang menjadi alat yang penting dalam analisis saintifik, tetapi juga membentuk asas untuk kaedah dalam kajian percubaan moden yang menggunakan model matematik. Memandangkan al-khwarizmi adalah pengasas kajian matematik orang Islam, maka usaha-usaha orang Islam selepasnya termasuk karya-karya zaman pertengahan, kebanyakannya berasaskan kepada risalah–risalah algebra beliau. Karya-karya al-khwarizmi memainkan peranan penting dalam sejarah matematik, kerana ia merupakan salah satu punca utama bagaimana angka-angka arab dan algebra orang Islam boleh sampai ke Eropah.
Sumber: http://hadarahislamiyyah.blogspot.com/2010/04/perkembangan-bidang-matematik-astronomi.html
  nota kaki: tajuk entri kali ini ..(,")

09 October 2010

HIKMAH




Selak- selak album gambar hari itu, saya perhati pada satu gambar lama. Mata tak berkelip dalam masa beberapa minit. Bibir tersenyum. Kata saya dalam hati,”Comel nya budak perempuan ni.. “ anggaran umur dalam empat tahun kot. Kesal juga di gambar tersebut tiada tarikh yang tercatat. Tak dapat saya nyatakan umur sebenar budak comel itu. Melihat lelaki bersongkok yang duduk di sebelahnya, hati sebak. Senyuman kendur. Allah… cepat betul masa berlalu. Rasa macam semalam abah masih ada. Masuk tahun ni, hampir 8 tahun lebih abah sudah pergi. (Al-fatihah)
 (masih belajar muqadam)
Selak-selak lagi, jumpa pula gambar-gambar saya ketika masih di zaman sekolah rendah. Kelakarnya muka aku! Saya senyum lagi.
Ingat lagi masa sekolah dulu……
Sekitar januari 1997
Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, hati berdebar-debar. Tengok muka cikgu, terus tunduk. Tiba-tiba teringat pesan mak pagi tadi, “ kalau selisih dengan cikgu-cikgu, bagi salam tau!”. Saya pun kembali mendongak. Senyum takut-takut sambil bagi salam. “ Assalamualaikum cikgu.” Perlahan saja suara saya.
Apabila tiba di kelas, dapat jumpa kawan-kawan lama di tadika KEMAS. Saya berasa sedikit kekok kerana saya seorang sahaja murid perempuan yang memakai tudung. Saya mengenepikan perasaan janggal tersebut dan terus duduk di tempat kosong. Apalagi, macam-macam cerita keluar sementara menunggu guru masuk ke kelas.
Sedang sibuk bersembang, tiba-tiba, saya tanya pada mereka satu soalan.
“ kenapa korang tak pakai tudung?”
“mak aku tak bagi. Mak aku kata budak kecik tak apa la” jawab seorang rakan.
“ nak tahu tak, mak aku kata kan, kalau kita tak pakai tudung, nanti rambut kita kena bakar api neraka…” saya mula berdakwah.
“yeke?.. ee takutnya…”.. balas kawan lain.
Keesokannya, masih belum ada kawan-kawan   yang memakai tudung. Saya kecewa.
“kenapa korang tak pakai tudung lagi? Tak takut ke, nanti rambut Allah bakar?” saya bertanya dengan suara yang sedikit meninggi.
Hati saya masih tidak berpuas hati kenapa mereka tak boleh rasa takut sama seperti apa yang saya rasa. Takut rambut dibakar api neraka.
“mak aku cakap tak apa, aku kecik lagi.. kalau dah darjah dua nanti baru lah kena pakai tudung..” balas seorang kawan saya.
“ ish! Ada pulak macam tu. Habis dosa yang sekarang ni, macam mana…?”. Soal saya.
“orang perempuan ni wajib pakai tudung. Dosa besar kalau tak pakai tudung! Kalau mak kau tak bagi kau pakai tudung, kau cakap dekat mak kau, “mak, mak tak takut ke nanti rambut kena bakar api neraka?” saya cuba mengajar.
Semua kawan-kawan perempuan saya, dengar dan diam. Entah apa lah yang diorang fikir masa ni. Kalau remaja sekarang, mesti ada yang cakap begini pada saya,
“ ek eleh, poyo lah budak ni! Kau siapa nak paksa-paksa aku pakai tudung?”
Itu dulu…..
dalam keterbatasan daya berfikir, ketika di tahap preoperational, dan ketika egocentrism yang masih menebal dalam diri (teori Jean Piaget), saya tidak dapat menerima segala yang salah di mata saya. salah tetap salah. Syadid sungguh. Tapi usaha saya tidak sia-sia. Beberapa minggu kemudian, sedikit demi sedikit kawan-kawan saya mula mengenakan tudung. Dan hingga hujung tahun, semua kawan-kawan perempuan saya memakai tudung. Alhamdulillah.. saya pun tak pasti, mereka memakai tudung kerana kesedaran atau pun sudah tidak tahan lagi mendengar teguran dan sindiran saya. (“,)  
bila saya teringat semula perangai saya masa hingusan dulu, astaghfirullah…kejam sungguh! juga Alhamdulillah… mungkin ketika itu saya hanya tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Dan berasa ‘macam bagus’ untuk mengajar orang lain setelah saya diajar oleh mak akan apa yang halal dan haram. Ketika umur 7 tahun itu, apalah yang saya tahu dengan makna HIKMAH!

03 October 2010

Rindu & Air Mata di Ktzi'ot




Tajuk: Rindu & Air mata Di Ktzi’ot

Penulis: Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
Harga: Sem. Malaysia RM16.00 Sabah/Sarawak RM18.00
Novel ini bukanlah seperti novel melayu biasa yang telah ‘berjaya’ melalaikan kebanyakkan remaja dalam dunia percintaan. Tapi novel ini sarat dengan sejarah bangsa yahudi, zionis, kerakusan dan kekejaman tentera mereka melayan tawanan. Kisah percintaan antara Ibrahim Pasha lelaki muslim dan Anastasya gadis berbangsa Yahudi hanyalah sekadar pewarna ala kadar  dalam menghiasi mood keseriusan dan ketegangan setiap babak.
Ibrahim Pasha telah ditangkap oleh tentera zionis kerana berada di kawasan larangan atas tuduhan dia adalah pejuang Islam Hizbullah. Menariknya novel ini adalah ketika bapa saudara rakannya mengatur  strategi untuk membebaskannya  dengan bantuan seorang bekas tali barut Mossad yang sudah insaf kerana  sudah terlalu banyak menghirup darah manusia. terlepas dari mulut zionis adalah mustahil. Namun, itulah yang terjadi. unsur Prison Break ataupun Mission Impossible  dimasukkan ketika usaha menyelamatkan Pasha.
Suka untuk saya berkongsi sedikit fakta yang digarapkan dalam novel ini.
….zionisme adalah gerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air untuk orang yahudi.gerakan antarabangsa tersebut akhirnya berjaya dalam mendirikan Negara Israel pada 1948, iaitu sebagai Negara pertama dan satu-satunya Negara Yahudi moden……..
…….Mossad adalah agensi perisikan Israel. Berperanan mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari segenap Negara yang dianggap mengancam Negara Israel, terutamanya jiran-jirannya, yakni Negara-negara Arab. Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat ataupun M16 dari United Kingdom.Ditubuhkan pada 13 disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel. David Ben-Gurio.  Shiloah mahu sebuah institut penyelarasan pusat yang dapat membaiki perkhidmatan keselamatan keselamatan, dan meyelaras perisikan tentera (AMAN) dengan perkhidmatan Keselamatan Awam (Shin Bet)…..
…..kebanyakkan yahudi adalah daripada Bani Israel purba, yang juga dikenali sebagai Ibrani. Kaum Ibrani menetap di Tanah Israel. Bani Israel menjejaki  salasilah mereka kepada patriakh biblical Abraham melalui Isaac dan Jacob. Monarki bersatu didirikan di bawah Saul dan diteruskan di bawah raja david dan Solomon….
….nama Israel berakar umbi dalam Injil ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel sesudah Berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri. Dalam kepercayaan Kristian, musuh itu adalah Tuhan yang sedang ,menyamar. Negara Bible ini yang diasaskan oleh Jacob. Ia kemudian dipanggil anak-anak Israel atau Orang Israel (Israellite)….
……dalam Al-Quran juga, Yahudi dipanggil bani Israel. Secara Epistemologi, Bani bermaksud anak-anak keturunan, sedangkan Israel adalah nama asli Nabi Ya’kub. Baginda adalah putera Nabi Ishaq bin Ibrahim. Baginda berhijrah ke Haran, wilayah Syria utara dan bernikah di sana. Dengan itu, berkembanglah generasi pertama Bani Isra’el….
Lagu kebangsaan Israel : Hatikvah (harapan)
Selagi tersemat di dalam dada,
Semangat Yahudi yang masih rindukan,
Untuk kaju kea rah timur,
Mata yang masih menatapi kea rah Zion:
Harapan kami masih kekal,
Harapan silam,
Untuk pulang ke tanah bapa kita,
Di Bandar mana Daud berkhemah,
Selagi tangisan dari mata kita,
Mengalir seperti hujan kerahmatan,
Dan keramaian rakyat kita,
Masih membayar penghormatan di kubur bapa kita,
Selagi Tembok berhargakita,
Bermuncul sebelmu mata kita,
Dan di atas kebinasaan Kuil kita,
Mata yang masih penuh dengan tangisan,
Selagi perairan Jordan,
Dengan penuhnya bertambah tebingnya,
Dan di bawah ke laut Galilee
Dengan bunyi gamat gugur,
Selagi berada di lebuhraya Barren
Pintu Bandar raya rendah hati bertanda
Dan dalam kalangan runtuhan bangunan Jerusalem,
Seorang anak perempuan Zion masih menangis
Selaginya tangisan suci
Mengalir dari mata seorang anak perempuan pada negaraku
Dan menaunguntuk Zion di pengawal malam
Dia masih bangun pada tengah-tengah malam
Selagi titisan darah masih dalam urat kita
Mengalir mundur dank e hadapan
Dan pada kubur bapa-bapa kita
Titisan embun masih gugur
Selagi adanya cinta terhadap Negara
Berdegup di hati orang yahudi
Kita masih mempunyai harapan walaupun pada masa kini
Bahawa suatu tuhan yang marah masih mempunyai kesayangan terhadap kita
Dengarkan, O saudaraku di tanah buangan
Suara salah satu visionary kita
Sesiapa yang mendakwa bahawa hanya dengan yahudi yang terakhir
Di situ sahajalah penamatnya harapan kita!
Apa yang dipaparkan di video-video mengenai penderitaan bangsa Palestin kebanyakkannya hanyalah kesan kemusnahan, pendarahan, kematian orang ramai dan sebagainya. Tapi, apa yang ada dalam novel ini, penulis menceritakan dengan terperinci bagaimana tahanan  mereka dilayan dengan amat kejam.
…..terdapat satu ratus lapan puluh jenis penyeksaan yang digunakan oleh Israel terhadap tahanan Lebanon dan Palestin. Yang paling sering digunakan adalah kepala mereka digoncang dengan keras, dimasukkan ke dalam tandas, memukul buah zakar, memainkan muzik dengan kuat di telinga mangsa, dilarang tidur, dicekik, dipaksa duduk di kerusi kanak-kanak hingga beberapa jam, digantung dengan dua tangan, gangguan seksual terutama terhadap tahanan anak-anak di bawah umur, ditelanjangi, diikat kaki dan tangan ke belakang, dimasukkan kedalam penjara secara berhimpit dan dipukul ulu hati mereka.mereka juga menyimbah mangsa dengan air kencing dan tahi yang dimasukkan ke dalam beg yang digantung di bahagian atas kepala mangsa untuk membiarkan air yang kotor itu menitis di atas kepala…….
Menghafal dan menghadam setiap sejarah dan konflik Israel-Palestin dalam novel ini bagi saya bukanlah mudah. Namun, jika dibaca berulang kali dan diikuti dengan kajian sedikit sebanyak daripada pelbagai sumber, Insya Allah Palestin akan terasa dekat dengan anda, pemboikotan terhadap barangan Israel dan sokongan terhadap barangan jenama muslim akan kembali subur dan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Kini, sesetengah ustaz berlulusan PHD  tidak segan silu mengaku selalu berkunjung di sebuah restoran makanan segera . isu kesahihan adakah ia benar menyalurkan sumbangan ekonomi kepada tentera Israel bukanlah isu utama, tapi sejauh mana kita sebagai individu muslim merasa sensitive dan mengharamkan diri daripada menyentuh,memakan dan mengguna barangan yang telah disenaraikan sebagai penyumbang dana kepada tentera Israel yang telah membedil dan melahap daging-daging  saudara seIslam kita, itu yang lebih utama. Setakat mana kebencian kita terhadap keganasan tersebut?
Sudahlah kita tidak mampu lari daripada menggunakan facebook, blogspot, yahoo dan pelbagai lagi material mereka, apalah salahnya kita meminimumkan penggunaan barangan buatan mereka.
Rindu & Air Mata di Ktzi’ot tidaklah terlalu berat untuk dihadam. Namun bukanlah juga terlalu ringan seperti novel-novel biasa. Bacalah! Semoga ia mampu menghidupkan semangat jihad anda dan kuasa empati mampu menjadikan anda lebih bersyukur menghargai nikmat Allah.
Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...